Sep 7, 2012

KELUHAN SMS DARI SI DIA.



" Geram betul dengan bf aku tu, aku text tak balas..." keluh kawanku.

" kadang2 Lelaki ni tak suka berSMS" Celahku.

" dahla lambat balas, aku antar mesej panjang2, aku dak letak dah tanda soal tapi dia jawab sepatah dua ja.. geram betul"keluh kawanku lagi.

" wei, lelaki tu simple, tak macam kita complex, kita ni suka kan berkias bagai, tapi depa idok la faham mana apa yang kita cakap kan..?? ko perasan x...??" celahku lagi.

"A'ah..memang pon... aku ni beriya2 ingat dia faham apa yang aku cakap, tapi respon dia macam tak da pape pon.. Wei, aku rasa nak bawa ko la p jumpa bf aku, aku nak suh ko tengok dia, dia tu betul ke suka kat aku, sebab dia kata suka kat aku tp tak pernah pon dia kata dia cinta aku, aku yang selalu terhegeh2 selalu kata kat dia " kata kawanku.


" Amboi....ko Ingat aku ni paranormal ke yang boleh baca hati orang..???? haha...
Wei, sesetengah lelaki memang macam tu wei,  susah sangat dia nak luahkan perkataan tu... sebenarnya, dia tunjuk perasaan cinta kat ko tu dengan cara dia sendiri tapi, kita perempuan ni tidok la tahu...mano la tau bahasa tubuh lelaki, atau apa2 pon.. kita nak dengar dari mulut dia sendiri, tapi dia susah la plk nak luahkan... Kita ni nak jugak dia bagitau kat kita kan....Pastu kita ni jadila pikir yang bukan2.. Tapi takkan kita nak paksa dia bagitau kat kita kan... hayoyo... So,ko tunggu dan lihat ja...haha.." balasku.


" betul jugak ehhh...."



* DAH MACAM CIKGU CINTA LA PULAK AKU NI.



Sep 6, 2012

JANGAN BERSEDIH.


Gambar dari pakcik google.

KATA2 DIBAWAH AKU AMBIL DALAM BUKU JANGAN BERSEDIH..

KATA2 ITU TERSIRAT SERIBU MAKNA... SELAMAT MEMBACA..


Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan  segala kemungkinan di masa akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari ini.

 Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menhilang.

Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang dan menbuat hakikat2 yang ada berubah.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha’, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari nyaitan dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.

Jangan bersedih ! sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadat, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka,dan hanya akan membuat anda menjadi pesimis.

Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebingungan.
Jangan bersedih ! sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, da sedekah, ada perbutan baik dan ada amalan yang member manfaat.

Jangan bersedih ! dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tiada melakukan sebarang aktiviti. Solatlah …… bertasbihlah …… bacalah…….. menulislah……. Bekerjalah…… terimalah tetamu…… bersilaturrahim…… dan merenunglah.

Jangan bersedih ! sesungguhnya Allah sentiasa membela anda, para malaikat selalu memintakan keampunan untuk anda, orang2 mukminin bersatu mendoakan diri anda setiap kali selesai solat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik , dan diatas semua itu rahmat Allah selalu meyertai.

Jangan bersedih ! sesungguhnya satu kebaikan itu  akan dibalas dengan sekali ganda, bahkan gandaannya boleh jadi lebih daripada itu. Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan kejahatan  yang serupa kecuali jika Allah memberikan keampunan.  Betapa maha pemurahnya Allah dengan semua ini  sehingga tiada yang boleh menyamai dan menandingi kedermawanannya.

Jangan bersedih ! kerana andalah pemegang teguh tauhid dan misi agama, ahli kiblat dan dalam diri anda terdapat dasar cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Anda merasa menyesal apabila melakukan dosa, dan gembira ketika melakukan kebaikan. Anda memiliki kebaikan tetapi tidak menyedarinya.

Jann bersedih ! sebab anda  selalu berada dalam kebaikan, baik dalam keadaan sengsara mahupun bahagia, baik dalam keadaan kaya mahupun miskin, dan baik dalam keadaan tertekan mahupun kemudahan.

Janhgan bersedih ! kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena2 telah mengering, lembaran2 ketentuan pun telah dilipat, dan setipa perkara telah ditetapkan! Betapapun , kesedihan anda tidak dapat mendahulukanatau mentakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang twlah ditetapkan.

Jangan bersedih ! sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman,menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang, dan mngembalikan aliran sungai ke sumbernya semula.

 Jangan bersedih ! kerana kesedihan  itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah dimana-mana, mengubah cuaca langit dan merosatkan keindahan bunga2 yang sedang mekar ditaman.

Jangan bersedih ! kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, ibarat seorang yang meniup bejana dari kulit yang berlubang, dan ibarat seoranga yang menulis di atas air dengan tangannya.

Jangan bersedih ! sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagian dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu,jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam2 anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagian dengan ketakutan, dan jangan mensia2kan waktu anda yang masih tersisa , kerana Allah tidak menyukai orang yang mensia2kan waktu.




CARILAH SAHABAT.

sahabatku dunia akhirat.


Hayatilah kata2 ini...


Saat kukunjungi kekasihku, ia berkata kepadaku:

“ siapakah yang ada di balik pintu? “
Kujawab:
“ yang ada dibalik pintu hanyalah aku. “
Ia berkata:
“ kamu keliru dalam pengertian cinta
Kerana dalam ungkapanmu
Kamu pisahkan antara aku dan kamu
Setahun telah berlalu
Saatku kembali datang kepadanya
Mengetuk pintu rumahnya dengan lembut
Dia berkata kepadaku ‘ Siapa kamu?”
Kujawab “Lihat sendiri, masa tidak kenal
Tetapi aku yakin yang ada di balik pintu
Tiada lain hanyalah kamu.”
Ia berkata kepadaku:
“Sekarang kamu baru memahami erti cinta
Dan mengenalnya dengan baik,
Untuk itu
Silalah masuk, wahai belahan jiwaku.”




Aug 20, 2012

APA YANG BERLAKU DI HARI RAYA...??

Hai SelamaT Berhari Raya Yang Kedua... Semalam aku beraya Sakan.. Aku p Redah semua rumah yang aku kenal...rumah jiran, kawan2 aku dan sanak saudara yang dekat2... Bukan aku kutip duit raya..aku g kutip makanan simpan makanan dalam perut aku... Gila..banyak sungguh aku makan, selagi boleh makan, aku makan...Aku main rdah jer apa sahaja makanan.. semua campur2 dalam perut...

Pada malamnya... Aku dalam kritikal... Aku dalam wad Berak... hahaha... Aku tak tau aku tersilap makan apa sampai tandas dah jemu dengan aku, asyik tgk muka aku jer dalam tandas.. Dan aku juga tak boleh nak tido, asyik ke tandas jer... Tandas jer yang terbayang dalam kepala aku, benda lain takdak dah... Sampai aku mimpi, masa tu aku dalam LRT KL, aku gelabah cari tandas, nak membuang... Adoi..Tuhan saja yang tahu aku masa tu... Tapi nasib baik ia sekadar mimpi... Aku ingat betul2 dah, kalau betul2 tak tau la apa yang jadi dengan aku... haha...

Korang jangan jadi macam aku yer..

Dodle raya yang comel-sweet-lawa





TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...