Apr 15, 2012

Betuk ke ahli Psikologi Boleh Baca Fikirran Orang?





Kamu semua pernah baca fikiran orang x...??dalam kata lainnya, meramal fikiran orang, kalau sebut bole "baca fikiran" mcm tak betul ja sebagaimana orang ramai yg xbetul percaya bhwasanya psikologist tu bole baca fikiran orang.. (mcm komplek ja ayat aku)

Haha... sebenarnya, bukan senang nak baca fikiran orang kan...
hanya terdapat segelintir manusia sahaja yang dapat baca fikiran orang tapi apa yang diabaca olehnya bukanlah sepenuhnya betul...

Aku post ni sebab teringat kat pakcik yang suka baca fikiran orang ni...
Dia pelanggan kedai makan mak aku....chinise... dia boleh baca masa depan kita... ayoyo.. macam tukang tilik.. Disebabkan dia boleh baca orang, mak aku selalu suruh dia baca mak aku...

Pastu mak aku citer la kat aku... aku ni bukan percaya sangat...aku sajer mengangguk-anggukkan apa yang mak aku citer... saja nak sedapkan hati mak... aku bagi jer telinga aku ni kat mak...haha
tapi apa yang pakcik tu cakapkan kat mak aku... ada jugak betulnya...apa yang dia bagitau tu berlaku...
Macam mana pakcik tu boleh membacanya sdgkan dia taklah kenal sangat mak aku..

Sebab pakcik tu boleh baca orang bila bersemuka dengan orang tu, aku selalu mengelak diri dari berhadapan dengan pakcik tu...

Tapi suatu hari, masa pakcik ni datang beraya kat rumah, aku la yang kena buat air dan hantar kat pakcik tu... masa aku letak air atas meja tu, dia bagitau aku...

" Kamu ni sebenarnya manyak olang suka ma... tapi kenapa kamu tidak bagi dia ketuk kamu punyer hati... Kamu jangan macam itu la... kamu kena buka jugak pintu hati kamu, bagi dia masuk ma..."

"loading...???????????"

masa tu aku betul2 tak faham apa benda la yang pakcik tu cakap... aku talak paham ma... berkias2 pulak tu..

Tapi sekarang bila ingat balik, baru aku faham....

Betulkah aku begitu...??? sampai sekarang..?? entahlah...aku pon tak tahu... hanya Tuhan saja yang tahu apa yang ada dihatiku...





Mar 27, 2012

KISAH HATI



SUATU HARI ALLAH TELAH MENGAMBIL SEPARUH DARIPADA HATIKU KEMUDIAN  ALLAH MEMBERI HATIKU ITU KEPADA SESEORANG....


SEJAK DARI ITU HATIKU MULA RASA RESAH...BINGUNG..HARU BIRU.. KERANA SEPARUH HATIKU TELAH DIBERI KEPADA SESEORANG...

AKU CUBA MENGHILANGKAN PERASAAN SEPERTI ITU DENGAN CARA MELUPAKAN SAHAJA... TAPI APAKAN DAYAKU... HATIKU TETAP TIDAK TENTERAM...


HATIKU MULA MENCARI SEPARUH LAGI HATIKU ITU, TERTANYA2 KEPADA SIAPAKAH ALLAH MEMBERI...


SUATU HARI, ADA SESEORANG YANG MENGAKUI BAHAWA HATIKU ADA PADANYA...
HATIKU TIDAK PERCAYA KERANA TIDAK MERASAKAN YANG SEPARUH HATIKU ITU ADA PADANYA....


KEMUDIAN, ADA LAGI SEORANG YANG MENGAKUI BAHAWA HATIKU ADA PADANYA...
NAMUN, HATIKU MASIH LAGI TIDAK DAPAT MERASAKAN BAHAWA ADA PADANYA...


SETELAH PENAT MENCARI SEPARUH HATIKU ITU, HATIKU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MELUPAKAN SEGALANYA...


NAMUN, IA TIDAK SEMUDAH YANG KUSANGKA...


SUATU HARI, KETIKA SEDANG MENJALANI HIDUP SEHARIAN...
TIBA2, JANTUNGKU BERDEGUP BEGITU PANTAS DAN HATIKU MULA TIDAK TENANG..


HATIKU BERASA BAHAWA SEPARUH LAGI HATIKU BEGITU DEKAT DENGANKU...

HATIKU CUBA UNTUK MENDAPAT TAHU SAMA ADA IA BENAR ATAU TIDAK SEPARUH HATIKU ITU ADA PADA SI DIA...


NAMUN... IA TAK SEMUDAH YANG KUSANGKA....
HATIKU HANYA DAPAT MEMBUAT JANGKAAN TAPI KEPASTIANNYA HATIKU TIDAK DAPAT..

SAMPAI SEKARANG HATIKU MASIH LAGI TERTANYA2..

ADAKAH ALLAH BERI SEPARUH HATIKU KEPADANYA..???

ATAUKAH SEBALIKNYA...??

JAWAPAN HANYA ADA PADA ALLAH...


BETAPA SIKSANYA JATUH CINTA PADA SESEORANG...
LEBIH2 LAGI BILA DIA ADA DEKAT DENGAN KITA...SERIBU PERTANYAAN HATI TIDAK DAPAT TERJAWAB...
TOLONG YA ALLAH JANGAN BUAT AKU JATUH CINTA DENGANNYA JIKA DIA BUKAN BUATKU...




Mar 25, 2012

LOVE STORY : CINTA ITU MELEMAHKAN ATAU MENGUATKAN..???





Pasal cinta lagi... boring r kan... saja jer mau update blog...

kalau kamu kan.. kamu rasa cinta tu akan melemahkan kamu ker akan menguatkan kamu dalam hidup yang kamu jalani..??


susah kan nak dapat jawapan yang tepat....?? ada yg kata cinta akan melemahkan kita... ada juga yang kata cinta akan menguatkan kita...

cinta yang melemahkan kita tu maksudnya cinta yang boleh buat hidup kita xsenang..
orang kata makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah.. 
disitu ada dia, disana ada dia, disini ada dia...
pokoknya kemana2 saja dari ufuk timur hingga ke barat sentiasa dia di kotak fikiran...
sampai buat kerja pon tergangu...kalau ingat dia..

kalau itu dah parah...kena pergi berubat jumpa dr tu.. haha..

cinta yang menguatkan kita pula cinta yang bagi semangat kat kita dalam apa saja aktiviti kita...
bila kita ingat dia, kita akan jadi semangat... dia jadi pendorong dan motivasi bagi kita..
bila dia xder, semangat kita jadi surut....

adoi..macam2 la..

Ni ada satu kisah cinta kawan aku.. baca ye murid2.. haha..cikgu cinta ke ni.. haha..

Kawan aku telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang dikenalinya masa dia bekerja..
Kawan aku tu cantik.. si jejaka apa lagi, pantang tengok pompuan cantik kan.. dia pon udjust la kawan aku tu.. ala..bila lelaki tu dah bagi no. tel dia apa lagi..kawan aku ambik la..kalau xambik nanti takut lelaki tu kata sombong pulak..
-----------

Rupa2nya kawan aku pon ada hati kat lelaki tu, dia respon lelaki tu....
dia kata lelaki tu betul2 sukakan dia... Dia sangat gembira time dia cite kat aku...
aku nampak dia gembira sangat, sampai mau menari2 chiki dance.. haha..
aku pon sangat gembira, tumpang gembira bila tengok kawan aku gembira...
aku dapat rasa apa yang dia rasa....
aku kan kawan yang berempati....hehe

------------

Suatu hari kawan aku terima mesej..

 " sory..saya rasa baik kita putus jer, mungkin saya kurang baik untuk awak, saya harap awak dapat lelaki yang lebih baik daripada saya, terima kasih atas segalanya2 sepanjang perhubungan kita, awak sangat baik ." 

" tapi kenapa...tolong jelaskan pada saya.."

" kan saya dah bagitau... saya tak layak jadi milik awak.."

" itu bukan alasannya, mesti ada sebab lain, tolong jelaskan..."

Lepas tu... kawan aku tak lagi terima mesej dari lelaki tu.. dia call pon tak dapat...
masa tu aku pon ada sekali tengok dia nangis2...sedih sangat...aku cuba tenangkan dia..tapi makin aku tenangkan dia, makin dia nangis, pastu aku pon nangis sama....
aku dapat rasakan apa yang dia rasa...betapa sakitnya..
pastu aku tengok dia tergesa2 ke bilik dia.. aku pon p la jugak nak tengok apa kena dengan dia.
dia ambik kotak panadol.. dan ambik banyak2 panadol.. aku tanya " kau nak bagi kat sape panadol banyak2 ni..?? ( aku tanya sebab xterpikir pon dia akan buat macam2)

pastu dia masukkan semua panadol yang dia bukak satu2 tu dalam mulut..
aku halang la dia, aku tolak kepala dia ke bawah..nak suh dia luak balik...

dia marah kat aku, dia kata " biarla aku nak mati.., kau jangan masuk campur"

aku tak henti2 halang..pastu dia kalah jugak dgn aku... dia tertelan dua biji panadol...

nasib baik tak telan semua tu... aku cakap kat dia " ak eleh..nak bunuh diri telan panadol jer, tak jadi tu..." 
dia pon gelak2 sambil menangis berang dengan kata2 aku... haha... aku ni sengal...

lama2 kawan aku dah ok, dia dah bole terima hakikatnya...
kesian betul kawan aku..dia jadi lemah sebab cinta..
tapi aku tak habis pikir...kenapa lelaki tu buat dia cam tu...
alasan dia xleh terima la..pastu hilang dengan gitu jer...

ingat yer kawan2... hati2 dengan cinta..
jangan sampai melemahkan kita.... 
kalau ia menguatkan kita xpe..
tapi kan..rasanya kedua2nya akan jadi kat kita kan...!!

harap Allah tabahkan hati kita..bila berhadapan dengan keadaan yang boleh melemahkan kita..





Mar 16, 2012

6 JENIS KATEGORI PERCINTAAN.

 APA ITU CINTA..??

CINTA MERUPAKAN GERAKAN HALUS YANG ADA DI DALAM JIWA DAN SANUBARI SESEORANG. PERASAAN INI ADALAH SENI SEHINGGA SUKAR UNTUK DILIHAT PERKEMBANGAN..

KALAU IKUT KAMUS DEWAN, CINTA ADALAH PERASAAN KASIH SAYANG TERHADAP SESEORANG.

PADA ASASNYA CINTA MEMBAWA MAKSUD BEKERJA BERSAMA2, KETAWA BERSAMA2, MEMBANGUN BERSAMA2 DAN HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.


BAGAIMANA KAMU MENDEFINISIKAN CINTA..??

TENTU BANYAK ISTILAH CINTA KAN... MISTERI SUNGGUH CINTA NI...TAK TAU MANA SATU ISTILAH YANG BETUL2..

SAPE TAU CINTA TU APA.. PUT YOUR HANDS UP.. HEHE..XYAH LA..

DALAM KAJIAN HENDRICK, BELIAU MENGATAKAN TERDAPAT BEBERAPA JENIS KATOGORI PERCINTAAN IAITU:

  1. CINTA EROTIK.      
  • Merupakan pemilihan teman yang menimbangkan penarikan fizikal. Ni bagi perempuan dan lelaki yang pilih teman hidup berdasarkan tarikan fizikal. contohnya, pilih orang yang cantik/ handsome/ smart tak kira la dari segi rupa paras, cara berpakaian dan sebagainya.
( Gambar hiasan )
     2. CINTA LUDUS.
  • Merupakan seseorang yang memandang percintaan sebagai mainan. Macam cinta monyet la dikatakan. Cinta ludus ni kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Tak habis2 lelaki ni..
( comel kan monyet ni)


    3. CINTA STORGE.
  • Merupakan cinta yang kekal. maksudnya percaya cinta hanya pada yang satu.

    4. CINTA PARAGMATIC.
  • Merupakan cinta yang merancang. maksudnya kita sendiri yang merancang untuk dapatkan pasangan hidup.
( cepat..satu langkah lagi..hehe)


     5. CINTA MANIA.
  • Merupakan jenis cinta yang mengganggu emosi yang dapat membawa kesan fizikal seperti kekurangan tido. Kebanyakan berlaku dalam kalangan remaja tapi golongan dewasa dan tua ada jugak. Macam orang kata tido tak lena, makan tak kenyang, mandi xbasah. Hah tu dia.. susah betul tu.. Nasib baik aku lena tido, makan kenyang, mandi pon basah...haha..

     6. CINTA AGAPE.
  • Merupakan jenis cinta yang sanggup mengorbankan diri sendiri. Ni lagi parah ni..Pengorbanan mendatangkan kebaikan dan keburukan pada diri sendiri..
( ibarat citer ni la, sanggup korbankan cintanya demi seorang sahabat... hehe)



Macam Dr. Cinta la pulak aku ni.. haha..

So, Anda dalam kategori yang mana..??










TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...