Feb 29, 2012

Kenapa Kita Tidak Bantu Orang?




Aku sangat setuju dengan kata2 penulis Sofiyah Satuyah Rasin yang berbunyi..

" Manusia mempunyai suara hati yang tersepit antara panggilan suara hati dengan realiti yang berlaku"

Keadaan ini dimana keinginan ingin membantu sesama manusia tidak dapat dipenuhi kerana 'realiti' tidak membenarkan. Inilah hakikat daripada Dia yang Al-Qadir dan Al-Muqtadir. Kuasa mutlak untuk mentakdirkan sesuatu peristiwa ke atas hamba yang bergelar manusia adalah milik Allah yang Al-Qadir. Dia jugalah yang Al Muqtadir, yang Maha menentukan apa yang dilalui oleh setiap makhluk-Nya.

'Ideal' yang dimaksudkan ialah apa yang sepatutnya dilakukan mengikut peraturan dan hukum termasuk kebaikan2 yang tercetus dari suara hati yang murni.

Melihat kesusahan orang lain sepatutnya membantu...
Melihat kezaliman sepatutnya membanteras.
Dosa dan larangan wajib dijauhkan...
pahala dan suruhan ditegakkan...
Hak diberi..
Tanggungjawab dilaksanakan....


'Realiti' bermaksud apa yang mampu dilakukan bergantung kepada situasi berlaku. Dalam keinginan meronta untuk melakukan ideal, pelbagai  cabaran dan rintangan dilakukan. Ada yang benar2 menjadi halangan dan adakalanya kelemahan itu sekadar alasan untuk tidak berbuat.

Aku teringat dengan peristiwa yang terjadi ke atas aku... Masa aku tengah jalan2 dengan kawan2 ke kawasan KL.. Aku ternampak seorang wanita pengemis yang sedang dukung seorang baby, kecil lagi baby tu...  di bawah jambatan...dan ada seorang kanak lelaki bersamanya... Wanita tu berbaju lusuh... rambut dan badanya xterurus... begitu juga anaknya..aku lihat dari jauh... di hadapan aku ada jalan raya...
Dalam fikiran aku " kesianya anak dia, xde tempat tinggal ke..?? macam mana dia bagi makan anak dia..?? mana ayah dia???ayah dia pengemis jugak ke..?? "

soalan2 aku tu xterjawab.... terdetik suara hati ingin membantunya " kalaula aku ada rumah sendiri, aku bawak diorang tinggal bersama aku, macam, mana aku nak bantu diorang..? bagi duit  yang aku mampu bagi  pon dah ok.."   aku xdapat nak pergi tengok diorang sebab kat depan aku ada jalan besar...xde tempat lalu lintas pon... Pada masa yang sama kawan2 semua dah jalan kat depan tinggal aku kat belakang...kawan2 aku pon sempat juga lihat tapi masa tu semua mau cepat2...

suara hati untuk membantu tidak dapat dipenuhi.. Aku terus jalan kehadapan mengejar kawan2ku yang ingin menuju ke sesuatu tempat.. Hanya perasaan simpati dirasai tanpa berbuat apa2. Realitinya..?? kamu semua dah faham kan....???  

Aku hanya mampu berdoa kepadaNya..

banyak lagi peristiwa yang berlaku kat kita semua dimana wujudnya keliru iaitu antara ideal dan realiti...


P/S= Time nak g dinner kolej, kawan aku sebut pasal kejadian ni, pastu aku nangis...sebab kesian kat anak dia...dan tanya diri aku kenapa aku xdapat bantu dia....kenapa...???  sok seh sok seh hingus keluar sbb nangis, make up pon dah hilang...

Feb 25, 2012

MACAM MANA NAK HIDUP INDAH.



Masa berblogwalking... jumpa wedsite ni koleksi terbaik haha... memang terbaik la... banyak jugak info2 yang menarik..

Menang hidup tak selalu indah kan dan amat sukar untuk kita kecapi keindahan itu...

ada beberapa point yang perlu kamu ambil perhatian kalau kamu ingin hidup indah...

1. CINTA.
hiduplah dengan cinta, mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2.RESPECT.
memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. membuat orang senang itu menyenangkan, let get do it.

3.BERSYUKUR.
Tak ada yg lebih daripada kata hidup, berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. mari jadikan hidup penuh syukur.

4.BAHAGIA.
Kata orang, bahagia itu relatif tapi punya tanda minimal yakni senyum. Orang yg berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yg paling manis. Bukankah senyum pada sahabat tu satu ibadah.. kan..

5. FORGIVENESS.
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya dan orang lain. Hidupnya yang penuh kemarahan, yg akhirnya membuat ia tertekan , padahal jadi orang pemaaf lebih menyenangkan.


6. BERBAGI 
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN 
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN 
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. Jadi carilah kedamaian di dalam dan di luar hati anda.







Feb 14, 2012

MUZIK YANG BUAT KITA SEDIH.


















aku suka bonar dengar muzik macam gini.... bukan dengar untuk menangis tapi sekadar relakskan minda... huhu. sebenarnya banyak lagi muzik2 yang sedih cam gini..., xsanggup aku mendengarnya, habis airmata aku nanti..hahaha..  biasanya kaum hawa la yang mudah sangat nangis dengar muzik sebegini... kaum Adam?? jangan harap la... depa menangis sbb2 yg tertentu ja.. kalau ada, angkat tangan....

Kalau dalam movie, filem, drama, video dan sewaktu dengannya mesti diorang akan pakai muzik2 yang sedih macam ni dalam babak yang sedih... itulah yang buat penonton sampai nangis, kalau tanpa lagu agak2 korang akan nangis tak...??? hehe.. rasanya sesuatu cerita yang berjaya buat penonton tu nangis sebab ada babak sedih beserta dengan muzik yang sedih.... kalau babak sedih muzik rock xjadi la beb... hahaha..

kalau dalam novel la kan, untuk buat para pembaca yang membaca sampai nangis pulak cam mana eh...??
mungkin melalui kata2 kot...






Jan 30, 2012

LAW OF ATTRACTION.




Korang tahu x apa itu law of attraction??

sains minda ada mengatakan bahawa apabila kita fokus fikiran kita pada sesuatu, gelombang elektromagnet yg terpancar dari minda kita akan menarik apa saja yg berkaitan dgn perkara yg kita fikirkan itu. tujuannya, fikiran liar kita itu berubah menjadi realiti di dunia sebenar.

Maksudnya, apa yang kita selalu fikirkan tu, ada something yang menarik benda2 atau perkara2 yg kita fikirkan tu untuk menjadi kenyataan.

maksud lainnya, minda kita akan menemukan kita dgn orang2 tertentu, situasi2 tertentu  dan perkara2 tertentu spya kita dapat apa yg kita hajatkan.

dia ada macam2, low of attraction dalam cinta atau perhubungan, dalam bisness atau kerjaya kita dan dalam impian kita sendiri.

contohnya macam kamu kerap sgt dok fikir pasal kereta toyota camry iaitu kereta idaman kamu kamu akan perasan yg mata kamu cpt menangkap kereta toyota camry tu lalu lalang, melintas bersimpang siur dia mata kamu. kamu ingin memilikinya suatu hari nanti, setiap hari kamu akan bayangkan kamu naik kereta yg kamu suka, jadi kamu akan berusaha untuk mendapatkannya.

contoh lainnya, kalau kamu sukakan someone, dalam kepala dok fikir dia ja, xda orang lain, asyik dia ,dia dan dia jadi something yg akan menarik kamu untuk terserempak, terjumpa atau terlihat dgn someone yg kamu fikir tu. betul beb..

Ha.. itulah sedikit penjelasan apa itu law of attraction..aku jumpa dgn perkataan ini semasa aku menghadiri sesuatu seminar yg mmg hebat la... bila dah tahu apa yg dimaksudkan dgn perkataan tu, so aku try la buat dalam hidup aku ni, dgr saja tak cukup aku mesti try wat. nak test jer macam mana.

aku wat dgn cara aku sendiri.. first, aku ambik satu buku kosong, macam buku diary la, lepas tu aku tulis kat  buku tu apa yang aku nak tapi kemahuan  dalam satu jangka yang pendek la..

hehe..ari tu aku tulis " Dia mesti mintak no. telefon aku" kat buku law of attraction aku.

selepas beberapa hari kemudian, betul la beb dia mintak no. tepon aku tapi aku memang xsangka betul la sebab dia ni bukan senang beb..mmg xdisangka.

lepas tu ada pulak ari tu, bila hp aku senyap je dgn mesj dri dia, 3 hari dia xmesej, aku cuba la try kata & bayangkan supaya dia send mesej kat aku malam ni dalam jam 10-11 malam, lepas tu mesej dia masuk jam 10.52 malam..haha..xsangka...serius ni aku bagitau... aku cuma test jer, xder niat nak menggatal haha..


bagi student la, kalau kamu rasa takut sangat nak buat presentation dalam subjek yg kamu ambil tu kan, cuba kamu fikir  dan bayangkan sesuatu yang positif semasa kamu present nanti, malam sebelum tido tu kamu bayangkan yang kamu berdiri di depan dengan keadaan yakin, setiap lontaran kata kamu begitu semangat, dan mendapat respon yg memuaskan dari audiens. Pasti hari presentation kamu keesokan harinya berjalan dengan baik.

kata orang minda kita yang mencorakkan diri kita. betul kan...!!

minda kita ni adalah tanda kekuasaan Allah yang maha Esa. minda kita adalah aset utama kita sebagai pakej pelengkap utk kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. hanya kerana kita ada minda, kita diangkat menjadi makhluk superior spt yg diceritakan Al-quran.

situasi yg sy bagitau tu adalah contoh yg diambil dari dunia sebenar. ia bukan megik, tapi kerja minda. apa yang kita fikir tu, ia akan datang pada kita, dimuncul dalam hidup kita, ditarik supaya dapat ditemukan dgn kita. jangan pula kamu kata what nonsense yer.

kalau nak cuba, boleh cuba..jangan lupa disertakan dengan doa.. hehe


just FOR share..^^

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...