Feb 3, 2011

Jangan Bersedih



                INGATLAH!!! TUHAN ADA BERSAMA KITA


                   JALANI HIDUP APA ADANYA,JANGAN BERSEDIH!!

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan  segala kemungkinan di masa akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari ini.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menhilang.
Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang dan menbuat hakikat2 yang ada berubah.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha’, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat.
Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.
Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari nyaitan dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.
Jangan bersedih ! sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadat, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka,dan hanya akan membuat anda menjadi pesimis.
Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebingungan.
Jangan bersedih ! sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, da sedekah, ada perbutan baik dan ada amalan yang member manfaat.
Jangan bersedih ! dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tiada melakukan sebarang aktiviti. Solatlah …… bertasbihlah …… bacalah…….. menulislah……. Bekerjalah…… terimalah tetamu…… bersilaturrahim…… dan merenunglah.
Jangan bersedih ! sesungguhnya Allah sentiasa membela anda, para malaikat selalu memintakan keampunan untuk anda, orang2 mukminin bersatu mendoakan diri anda setiap kali selesai solat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik , dan diatas semua itu rahmat Allah selalu meyertai.
Jangan bersedih ! sesungguhnya satu kebaikan itu  akan dibalas dengan sekali ganda, bahkan gandaannya boleh jadi lebih daripada itu. Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan kejahatan  yang serupa kecuali jika Allah memberikan keampunan.  Betapa maha pemurahnya Allah dengan semua ini  sehingga tiada yang boleh menyamai dan menandingi kedermawanannya.
Jangan bersedih ! kerana andalah pemegang teguh tauhid dan misi agama, ahli kiblat dan dalam diri anda terdapat dasar cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Anda merasa menyesal apabila melakukan dosa, dan gembira ketika melakukan kebaikan. Anda memiliki kebaikan tetapi tidak menyedarinya.
Jann bersedih ! sebab anda  selalu berada dalam kebaikan, baik dalam keadaan sengsara mahupun bahagia, baik dalam keadaan kaya mahupun miskin, dan baik dalam keadaan tertekan mahupun kemudahan.
Janhgan bersedih ! kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena2 telah mengering, lembaran2 ketentuan pun telah dilipat, dan setipa perkara telah ditetapkan! Betapapun , kesedihan anda tidak dapat mendahulukanatau mentakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang twlah ditetapkan.
Jangan bersedih ! sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman,menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang, dan mngembalikan aliran sungai ke sumbernya semula.
 Jangan bersedih ! kerana kesedihan  itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah dimana-mana, mengubah cuaca langit dan merosatkan keindahan bunga2 yang sedang mekar ditaman.
Jangan bersedih ! kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, ibarat seorang yang meniup bejana dari kulit yang berlubang, dan ibarat seoranga yang menulis di atas air dengan tangannya.
Jangan bersedih ! sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagian dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu,jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam2 anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagian dengan ketakutan, dan jangan mensia2kan waktu anda yang masih tersisa , kerana Allah tidak menyukai orang yang mensia2kan

Feb 1, 2011

Terima Kasih.

Terima kasih kerana pernah membuat aku gembira.
Terima Kasih kerana pernah hadir dalam fikiranku.
Terima Kasih kerana pernah memberiku semangat.
Terima Kasih kerana sudi mendengar luahan hatiku.
Terima Kasih atas nasihat yang diberi.
Terima Kasih kerana pernah membuatku tidur dengan airmata.
Terima Kasih kerana pernah mengajarku erti kehidupan.
Terima kasih kerana pernah membuat aku tersenyum
Terima Kasih atas segala-galanya.
Walaupun itu semua tidak beerti bagimu
Tetapi ia sangat beerti bagiku
Hanya satu yang kamu perlu tahu
Bahawa aku tidak pernah ada rasa salah faham terhadapmu
Cuma kamu yang tidak mengerti.
Kamu ingin menang sendiri, kamu terlalu ego.
Walaubagaimanapun,aku aku tidak pernah menbencimu.
Semoga kamu buang sifat egomu.
Aku turut mendoakanmu
semoga kamu bahagia. ^_^

Jan 29, 2011

JALANI HIDUP APA ADANYA.

Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan , pnh rupa dan byk warna. Semua itu bercampur- baur dgn kecemasan dan kesulitan hidup dan kamu adalah sebahagian dari dunia yg berada dlm kesukaran.Kamu tidak akan pernah menjumpai seorg ayah, ibu, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yg padanya tidak terdapat sesuatu yg menyulitkan. Bahkan kadangkala pd setiap hal itu trdpt sesuatu yg buruk dan tidak kamu sukai. Maka dgn itu, padamkanlah panasnya keburukan pd setiap hal itu dgn dinginnya kebaikan yg ada pdnya. Itu kalau mahu selamat dgn adil dan bijaksana kerana setiap luka ada harganya.

Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hati yang saling berlawanan, dua jns yg slg brtolak blkg, dua kubu yg slg bertentangan, dan dua pndapat yg brtentangan yg baik dgn yg brk, kebaikan dgn kerosakan, kebahagian dgn kesedihan. Dan setelah itu, allah akan mengumpulkan semua yg baik, kebagusan dan kebahagian itu di syurga. Adapun yg buruk, kerosakan dan kesedihan di neraka.

Maka jalani hidup ini sesuai dgn kenyataan yg ada, jgn larut dlm khayalan dan jgn kamu menerawang ke alam imaginasi. Hadapi hidup ini dgn apa adanya ; kawallah jiwa kamu untuk dpt menerima dan menikmatinya. Bagaimanapun, tdk mungkin semua teman tulus kpd kamu dan semua prkara sempurna di mata kamu sbb ketulusan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kesempurnaan dunia.

Jan 28, 2011

welcome to blogger


HAI... NI POST FIRST AKU Haha.. aku bru ja buat blog.. sbnrnya aku dh lama nk buat blog tp aku ni krg mahir dlm bab ni...sebelum ni asyik tengok blog orang jer... teringin nak ada blog sendiri.....  kalau aku buat blog time aku boring bolehlah aku mengisi masa boringku kt blog ni... aku buat blog sebab minat menulis.Nak berkogsi pengalaman ilmu dan sebagainya..  Skrg aku dh msk sem 2 kat UM,stkt ni stdy ok la.. kdg2 tension jgk kalu pikir pasal asignment.. kalau blh aku nk wat siap2 asignment 2..tp tjk pon blm plh,buku pon blm cari.. mcm mna nk buat.. apa da.. kalu asgnment dh siap semua msti rsa lega... huhu.. Adoi, perlu ka aku bercerita ini semua? hehe.. mula-mula memang macam ni, no idea lagi, nanti lepas ni kita lihat aku bakal buat blog aku lain dari yang lain. Bukan update pasal apa yang diorang makan, kat mana diorang pergi ja macam kebanyakan blog. Macam takde manfaat pon kan? Maaf aku jenis yang terus terang, bukan niat nak mengata sebab aku faham diorang buat begitu untuk kebahagiaan diorang, nak diorang gembira, jadi kita biarkan jela, jangan sibuk nak mencari kesalahan orang, kesalahan kita pulak tidak ditonjol.. Alamak, aku dah mula. K BYE

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...