Jan 12, 2021

Langkah Grooming Kucing Kesayangan Dengan Betul

Saya akan kongsikan cara grooming kucing dengan betul. Ikuti langkah-langkah dibawah ni ya.

1.Potong kuku

Hal yang paling penting sebelum mandi, kalau tak nanti tak pasal-pasal kita kena cakar. Sebaik-baiknya guna pengepit khas kucing boleh didapati dimana2 pet shop, sebab dah ada bentuk senang potong, kalau pengepit kuku manusia pon boleh tapi kena berhati-hati. Potong kuku 2 minggu sekali. Boleh lihat Cara potong kuku kucing dengan betul

2.Bersihkan telinga. 

Bersihkan telinga kucing menggunakan cotton bad atau tisu. Sapu hingga bersih, kadang banyaknya tahi telinga kucing boleh buat mereka gatal-gatal dan seterusnya boleh menyebabkan kurap telinga. Kesian mereka gatal-gatal macam kera.

3.Mata& hidung.
Bersihkan mata dan hidung kucing untuk beri lebih keselesaan pada kucing. Area ni kucing tak dapat nak bersihkan,kadang pernah tengok jgk guna tgn diorang cuma xbersih la, jadi kita kena tolong la. Biasa kita nampak mata-mata berair, hidung berair, boleh bersihkan guna tisu yang dibasahkan dengan air suam.

4.Gunting bulu
Untuk kucing yang bulu lebat, tengok bulu kat kaki dia, kalau ada potong sebab nanti tak selesa jalan sebab licin, area poo pee dia, takut lekat poo kt bulu dia nanti. Kucing aku ada 3 ekor bulu lebat amat kat bahagian tu, kadang dia berak melekat poo dia, fening pala sentuh dia busuk, jadi potong la sikit kasi pendek bulu tu. 
Ni si bulat,tengok ada bulu kat kaki dia, aku potong la sikit.

Si Hero ni banyak kali poo dia melekat kat bulu, dia akan panggil aku tolong bersihkan. Aku potong la sikit bulu bahagian punggung dia kasi clear, walaupon susah bdk ni nak dok diam 🙄

4. Sikat Rambut.

Ingat kita ja ka kena sikat rambut, kucing pon kena, tujuannya untuk hilangkan sel-sel bulu mati, bulu yang rosak. Perasan tak ada kucing yang muntah-muntah keluar bulu tu. Tu bulu dia waktu dia grooming diri sendiri, banyak bulu dia telan, so kita bantulah dia dengan sikap, kesian dia.



Aku guna yang macam ni senang pegang.

Yg macam ni pon boleh.

5.Masuk kapas dalam telinga

Sebelum kan Kucing Kesayangan masukkan kapas dalam telinga untuk mengelakkan air masuk dalam telinga.

7.Mandi
Ok, yang dinanti-nantikan, korang handle la kucing korang, mungkin ada yang kucing diam, ada juga yang lasak time mandi 🤣 Pakai sarung tangan untuk elakkan sakit terkena cakaran maut, kena pandai pujuk suh dia bertenang dan gosok-gosok dulu. Bila dah ok, mandilah pelan-pelan. Boleh mandi guna Syampu biasa atau syampu kutu. Bagi kucing tiada masalah kutu, pakai syampu biasa sahaja. Syampu yang xda byk bahan campuran. Yang natural sahaja. Mandi kira-kira dalam 5-10minit ja, jangan terlalu lama. Gosok semua bahagian kecuali bahagian muka kucing. Keringkan dengan tuala yang dah dibeli khas untuk kucing, jangan guna tuala kita plk, kalau boleh guna tuala besar senang nak kesat seluruh tubuh.

8.Hairdriyer.
Selepas kesat seluruh tubuh, keringkan kucing dengan hairdryer. Set suhu sederhana, jangan terlalu panas. Ada kucing yang tak reti dok diam, boh ja dalam sangkar sambil keringkan. Pastikan betul2 kering. Kalau tak nanti kucing mudah dijangkiti bakteria.




9Perfume Kucing.
Langkah terakhir, bergantung pada korang,  kalau ada perfume Kucing, sapukan kasi diorang wangi 🥰. 


Dec 16, 2020

Maksud disebalik najis kucing pencinta kucing kena tau.

Dari kecil sampai aku membesar, macam-macam pengalaman dah lihat najis makhluk bernama kucing ni🤣 Tertanya-tanya juga kenapa yang tu laguni, yang ni lagutu. Semuanya berpunca daripada makanan depa la, sama la macam kita gak 🤭

Dulu mak aku selalu bagi kucing lauk ikan + nasi, bila aku dah membesar aku dah banyak baca pasal dunia kucing ni baru aku tau nasi tak sesuai untuk kucing, depa bukan macam kita. Kalau kasi nasi + apa2 lauk, najis depa jadi lembik, susah nak sedok. Kadang ada yang terkerincit tak sempat masuk litter box.

Aku nasihatkan kat korang  janganla kasi nasi, nanti najis kucing tak normal, dalam jangka masa yang panjang, kucing boleh ada masalah penghadaman. Bagi makanan diorang ja, dry food or wet food. Kalau rebusan isi ayam dan ikan boleh juga kasi 2-3 kali seminggu, isi ayam kasi protein lebih, aku suka kasi dekat kucing aku demam, bila dia makan isi ayam boleh tambah tenaga.

Kalau kita nak tukar makanan baru pastikan jangan bagi sepenuhnya makanan baru tu, letak separuh mknn lama separuh yang baru.





Cara Potong Kuku Kucing dengan betul

1. Tenangkan kucing - Bergantung pada kucing, ada yang mudah, ada yang susah nak kasi kuku dia. Apa2 pon cuba gosok-gosok dia dulu, pegang tangan dia kita akan nampak kuku keluar dr kepompong tu.

2. Guna pengepit kuku manusia atau pengepit kuku khas kucing. Pastikan pengepit tajam.

3. Potong elakkan terkena di kawasan pink mcm gmbr dibawah.  


4. Kalau guna pengepit kuku kita, jangan potong sisi, potong macam gambar kat bawah.



5. Siap. Kalau tersalah potong, kuku kucing keluar darah, boleh sapu minyak masak atau minyak gamak. 

Ubat-ubat Merawat Kucing (Berkesan 👍)

Antara ubat-ubat kucing yang aku sediakan, yelah, tak semua yang mampu asal kucing sakit je hantar ke doktor haiwan, kalau sakit2 biasa ja bolehlah rawat sendiri, kalau tak berkesan boleh pergi ke doktor haiwan. Tapi sepanjang guna ubat-ubat kat bawah ni Alhamdulillah berkesan. 


Ubat sakit mata- Biasa aku guna ubat Terramycyn, beli di farmasi sini Rm9. Pengalaman aku rawat kucing keempat-empat ekor sakit mata serentak. Mata sampai bengkak dan macam nak terkeluar wei, jadi aku ke farmasi dia kasi ubat ni sebab time time PKP vet xbuka. Kalau bengkak teruk dalam 10 hari juga mata kucing pulih lengkap, kalau x teruk dlm smggu dh surut bengkak. Alhamdulillah, saya masa tu sapu ubat sambil menangis dan berdoa moga depa cepat sembuh😭 korang pon masa sapu tu sambil berdoa juga tau. Kasi bersih dulu mata dengan udara suam, pastu baru sapu ubat ni. Sapu 2kali sehari. 

Lepas bengkak tu dah surut, mata kucing masih berair, kena rajin bersihkan dengan air suam lalu sapu kunyit kat mata depa, guna tisu tau, kunyit tu sama ada nak tumbuk atau blend boleh belaka, yang kita nak airnya. Jangan terlampau cair. Dalam 2, 3 hari mata dah kering. Aku xtangkap gmbr kucing masa bengkak tu. Sbb org kata mata kucing sensitif dgn kamera. Sebelum ni aku pernah beli ubat sakit mata yang titik tu, lupa dah nama apa ubat tu, makin bengkak dan mati kucing tu sebab tu aku takut nak guna yang titik😥

Bagi kucing yang selsema pon boleh sapu kunyit kat nombor dia. In Shaa Allah sembuh. Sepanjang aku amalkan kunyit ni memang tak pernah tak berkesan.



Kulat Ubat, kurap, kudis, luka, sporo- Aku beli ubat ni kat shoppe. Harganya taklah terlalu mahal, harga mampu milik, yang dalam bekas bulat S3 tu rm10, dan yg spray F7 tu Rm18. FP1 tu rm7. Beli salah satu pon dah ok dan korang boleh beli satu set terus tu dalam rm35. Sebab kalau botol bulat jenis krim tu senang sapu kalau bahagian selit seperti luka kurap kt hidung,  kepala, telinga ka. Dan ubat ni juga boleh digunakan untuk manusia, hari tu tangan aku terjangkit, jadi aku sapu krim ni berkesan juga. Ubat ni dia ada tulis jg boleh sapu area mata, tp aku tak berani cuba sebab tekstur dia kasar mcm scrup. Alhamdulillah, selama guna memang berkesan, aku sapu dekat kucing yang mak aku pungut kat jalanan, dia ada kurap kat kepala, kesian dia mak aku panggil dia botak. Jadi sekarang dah tak botak lagi. 😍 Aku ada ja gambar sebelum dan lepas tapi nanti aku jumpa gambar tu aku upload, byk sgt gambar 🤣
Yang FP1 tu aku guna untuk Luka kucing gaduh, Luka-luka yang berair kita boleh sapu tu untuk keringkan luka.


Ubat kutu- Kutu merupakan salah satu punca terjadinya kurap selain persekitaran kotor. Jadi, benda paling wajib ada. Ubat kutu sebenarnya banyak jenis, ada yang jenis syampu, ada yang jenis pakai rantai tu. Aku beli yang gini sebab senang, kita letak kat tengkuk ja (ikut kesesuaian dos). Guna sebulan sekali. Alhamdulillah, suka tengok kucing dah tak menggaru macam kera dah. Yang bestnya automatik kulit xda masalah kurap. Aku beli kat shoppe dalam rm19 macam tu.

Selain tu, sediakan juga minyak masak atau minyak gamak, boleh sapu tempat bulu2 kucing yang gugur. Contohnya dekat telinga yang kita selalu tengok, bulu gugur hingga botak telinga. Boleh sapu, lama2 bulu tumbuh balik. Untuk kurap pon blh sapu.

Satu lagi ubat cacing, kena sediakan, kasi 3 bulan sekali atau memerlukan nasihat Dr. Dia bergantung kucing jgk. 

Ubat-ubat ni kena selalu ada, kalau kita sayang kucing kita .. Ha..Awak-awak boleh kongsikan ubat lain yang murah dan berkesan di ruang komen ya. 



TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...