Apr 9, 2011

NEVER SAY NEVER


AKU YAKIN YANG AKU BOLEH LAKUKAN SEMUA INI
AKU YAKIN AKU BOLEH BUAT.
AKU YAKIN APA YANG AKU BUAT ADALAH BETUL.
AKU YAKIN SUATU HARI NANTI MATLAMAT AKU AKAN TERCAPAI.
AKU YAKIN APA YANG AKU BUAT MEMPUNYAI HIKMAH DI SEBALIKNYA.
AKU YAKIN AKU BUAT ADALAH IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T
AKU YAKIN ALLAH PASTI MENOLONGKU KERNA AKU BUAT PERKARA YANG BAIK.


AKU TIDAK AKAN  PERNAH  MENYERAH KALAH.
AKU TIDAK AKAN PERNAH MENGUNGKAPKAN KATA-KATA 'TIDAK BOLEH'
AKU TIDAK AKAN PERNAH MENJADI MANUSIA 'X' YANG SELALU MENGATAKAN TIDAK, APA YANG AKU INGINKAN ADALAH MANUSIA 'Y' YANG SELALU MENGATAKAN YES PASTI BOLEH AKU LAKUKAN.
WALAUPUN AKU TERPAKSA MENGORBANKAN, TENAGA, MASA DAN WANG RINGGIT.
AKU AKAN TETAP LAKUKAN SEDAYA UPAYAKU.
KERNA AKU ADALAH AKU.
JUST DO IT.............

Apr 3, 2011

JUST DO IT.



"JUST DO IT " ITULAH PRINSIP HIDUP AKU... KALAU AKU BERKEHENDAK, BERKEINGINAN DAN BERKEMAHUAN DALAM MENCAPAI SESUATU, APA YANG PASTI AKU AKAN BUAT DULU. PASAL RISIKO, CABARAN DAN DUGAAN TIPU LA AKU KATA  XDE SEMUA 2, ITU AKU XNAMPAK SEBAGAI SATU KELEMAHAN MELAINKAN KEBAIKAN DAN SEMANGAT UNTUK TERUSKAN HIDUP. APA YANG MEMENINGKAN DAN YANG MEMBERI TEKANAN KEPADA KITA, KITA JANGAN LAYAN PERASAAN SEBEGITU. JUST THINK POSITIF TAPI JANGAN BUAT DEK JER DENGAN PERASAAN TU, KITA KENA BERTINDAK DENGAN SEMAMPU-MAMPUNYA, KALAU KITA TIDAK BERTINDAK KEADAAN AKAN MENJADI SEMAKIN PARAH DAN DIRI SENDIRI PUN AKAN MERANA, SEKIRANYA KITA BERTINDAK SEKURANG-KURANGNYA KEADAAN AKAN BERUBAH DAN AKAN HIDUP DENGAN HARMONI.

 APA YANG KITA LAKUKAN AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR SEKIRANYA KITA BERFIKIRAN POSITIF DAN BUKA MINDA. JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BAKAL MEMBERI BANYAK FAEDAH KEPADA KITA, TAKUTLAH PADA SESUATU YANG TIDAK MEMBERI APA2 FAEDAH KEPADA KITA. 

JANGAN KISAH PADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN, KISAHLAH PADA APA YANG KITA KATAKAN.

USAHA TERLETAK DITANGAN KITA, KEJAYAAN TERLETAK DITANGAN TUHAN.
AKHIR KATA JUST DO IT... HEHE SAJA NAK NAIKKAN SEMANGAT DIRI.

Mar 22, 2011

Motivasi Cinta




Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yangn melakukan cintanya padamu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu, Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak bepaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu rindukanlah aku pada seseorang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.... AMIN....

Feb 19, 2011

Motivasi Hari IIni dan Hari Esok

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu ada waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini MATAHARINYA menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik2nya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini jg.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehiingga tidak tersempit dia antara dua kehidupan, masa lalu dan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi di masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.


Pusatkanlah sepenuh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khuyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang allah berikan, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepaa orang lain.


Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak, jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun. Tanamlah kebaikan sebanyak2nya pada hari itu. Memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengingat Tuhan, dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh ( mengharapnya). Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki isteri, suami anak2, tugas2, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur...

 SAMA2LAH KITA RENUNG2KAN....

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...