BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Sep 20, 2017

Pertemuanku dengan bidang jahitan.

Aku ada degree tapi kerja guna SKM. Aku terpesong jauh dgn bidang aku. Kisahnya bermula apabila terdetik di hati "kalau la aku pandai menjahit". Aku seorang yg xminat pakai baju ikut trend, mcm baju petak2, bulat2, mata2 dan sebagainya. Aku xgemar memakai baju yg ramai org beli di pasaran. Aku nak baju yg aku pakai xda satu pon yg sama dgn org lain.( Amboii.. kemain cerewet kau ya.. ). So, aku mula ambik keputusan untuk belajar menjahit scra online pd wktu tu aku dlm kerja kontrak. Mula2 kata dlm hati "boleh ke org keras & kurang sabar mcm aku ni menjahit?". Then, aku set dlm kepala "Belum cuba belum tahu, yg penting yakin & usaha". Belajar online slma sebulan aku cuba potong baju jubah A cut. Sebab masa tu xda mesin jahit lg, aku hantar kedai. Sungguh mengcekik darah tukang jahit tu ambik upah. Nak tahu brp harga sepasang jubah A cut yg dihantar siap potong, sediakan pelapik leher lg? Rm55.. Brp sen la yg ditolak potong sendiri tu. Aku xtau knp tkg jahit tu letakkan hrga yg tggi, Xda yg pelik2 yg aku minta mcm bahu kedut ke, tangan kedut ke, aku minta A cut biasa je, dr segi kekemasan dia biasa jela sbb jubah A cut simple, xda hat pelik2, jahit sejam boleh siap. Lainla kalau aku nk bju tu siapkan cpt blh la ltk hrga mcm tu. Mgkin dia dk kt bandar sbb tu mengcekik. Haha. Nak ambik upah kenalah bersesuaian dgn kualitinya juga. Maafkan mak jemah byk ngomen. ok tinggalkan bebelan itu.

lps habis kontrak keje slama 2 thn aku pi keja dgn kak ipar kt kedah. Dlm 2 bln lps tu tetiba ada akak ni tawarkan aku ambik SKM, kelas ahad-khamis kol 9am-5pm, cuma byr utk sijil + insurans rm130. Kebetulan buat kt kmpg lps tu aku decide utk ambik SKM menjahit selama 8 bulan utk thp 1-2. Disitula bermulanya aku sebagai seorang tailor. Entah kenapa, aku ni jenis yang berani & yakin kot, sbln dua bln bljr terus ambik tempahan. Bermula dgn tempahan dr family, sahabat handal, orang kampung sampailah dgn org xkenal, Alhamdulillah org sampaikan dr mulut ke mulut. Yakin & usaha tu perlu untuk kita belajar & cari pengalaman, kalau kita takut2 nak jahit baju org sdgkn kita boleh, habis sampai bila kita xnk melangkah ke dpn, jgn simpan kemahiran yg kita ada.

Kenapa aku xminta kerja lain yg layak dgn status pemegang degree? Aku ingat lagi ada lecturer kata kat aku yg aku xboleh itulah, xleh kerja inilah, sebabnya lecturer kata aku pemalu, aku pon xtau mcm mana dia boleh kata aku ni seorang yg pemalu, aku rasa aku muka xtau malu adalah.. haha.. sampai sekarang aku makan hati, tapi satu kerja dia xsebut iaitu berniaga. Yes, I can do it. Semua org boleh buat jika berkeinginan. Semua org boleh berubah dr pemalu kpd xtau malu.haha.. lagipon semua yg berlaku ada hikmahnya. Selepas kemalangan menimpa aku setahun yg lepas. Kaki aku belum pulih sepenuhnya.(aku xnk cerita pjg nanti nangis,boleh lihat entry aku sblm ni). Nasib baik aku terlintas nk belajar menjahit. Allah temukan aku dengan bidang menjahit. Dan kerja aku sekarang adalah tailor. Tailor yg tidak mengcekik org. Haha.. Harga upah yg aku ambil adalah harga standard + cas2 lain (bergantung pd customer request), harga mampu milik bab kata Dato najib. Kalau offline lokasi aku di gua musang. Online pon bole xda masalah boleh pos laju. Aku boleh jahit macam2 pattern/design baju, just tunjuk nk mcm mana In shaa Allah boleh. Tp taraf2 gaun pengantin mak jemah x berani lg. Setakat ni ambik baju tunang design yg aku boleh buat saja. Byk lagi ilmu yg aku kena aku belajar sbnrnya. In shaa Allah kalau xda halangan nk belajar jahit baju pengantin pula.

Awak2 yg tersesat di blog ini @pon cari tukang jahit kalau sudi jenguklah album jahitan sy di fb farah azura. saya xdpt nk upload gmbr di blog sbb guna hp je. Boleh inbox kt fb sebarang pertanyaan. Nanti saya update baju + harga sekali. Entry ni cuma mukadimah je. hehe

Sekian, Assalamualaikum.

Jul 25, 2017

Bila Jemu Melanda Rumah Tanggamu

Assalamualaikum pembaca.
Harini mak jemah nk tunaikan janji mak jemah trlepas taip dlm post sebelumnya. Mak jemah nak kongsikan tips mcm mna nk buat kalau rumahtangga yg kita bina tetiba @ sudah sampai masa menjadi hambar/tawar/jemu/bosan.

Selepas sekian lama berkahwinan & melayari bahtera cinta bersama pasangan kamu,tetiba kamu berasa jemu/bosan bersama pasangan. Mengapa jadi begini? sebab ada hal2 tertentu yg kamu rasa sdh bosan diulang2 @ tiada perubahan. Satu lg,kamu rasa pasangan kamu tidak seperti awal2 bercintan cintun dulu, dlm erti kata lain, Apa yg kamu inginkan xdpt dipenuhi oleh pasangan, pasangan kamu yg kamu kenal sebelum nikah,jauh berbeza selepas nikah. Penyakit jemu sebegini selalu berlaku dlm rmh tgga. Bila jemu sebegini melanda kamu perlu ikhtiar sedaya mungkin untuk selamatkan rumah tangga. Mcm mna nk buat tu? Meh mak jemah kongsikan tips yg mak jemah pernah terbaca dlm buku (lupa tajuk buku) suatu ketika dahulu. Maaf la mmg mak jemah xdak pengalaman dlm hal ini sbb blm ada pasangan tp apa slhnya skdr berkongsi.

1. Kenalpasti punca/sebab.

Masa ni ego kena simpan dan kunci elok2. Kamu perlu bertanya kpd pasangan apa yang membuatkan dia jadi macam acuh xacuh bila bercakap/bersama dgn kamu, jgn malu bertanya, kalau xboleh nk tanya berdepan, tulislah surat kasi kt pasangan. Tanyalah apa yg pasangan xsuka & suka ttg diri pasangan. Yg penting bila kamu perasan tentang perubahan sikap/tgkahlaku pasangan, kamu perlu bertanya, jgn biarkan terlalu lama. Kalau boleh tanya sehingga dia bagi jawapannya, jgn biarkan pasangan pendam je dlm hati. Kalau xtau sbb mcm mana kita pulihkan kembali melainkan kamu dpt meneka sendiri dgn tepat puncanya.

2. Tukar keadaan.

Bila kita dh tahu puncanya, kita boleh teruskan agenda kita iaitu dengan cara menukar keadaan,bukan menukar pasangan ok!.

Jika kamu bosan sebab xbanyak masa terluang utk pasangan. Mohon cuti pergi melancong sekali sekala, kamu pergi berdua ja dgn pasangan kalau anak2 ad org nk jaga. Time melancong ni la kamu boleh rileks2 , romantik2, bermanja2 dgn pasangan. Mana taknya depan anak malu nk romantik2.

Jika si suami bosan dgn fizikal isteri, maklumla sjk beranak trs jd lain. Bagi isteri pakaila baju lawa2, muka taruhlah bedak skt, jgn bedak sejuk sdh la, berlawa2 skt dpn suami,kasi suami xjemu xbrkelip memandang kamu. Ni penting jgk tau walaupon si isteri dk rmh ja, xpela isteri comok2 sbb jaga anak,yg penting dh melawa. Kalau badan si isteri xmenyenangkan suami (maklumlah lelaki ni suka yg yg langsing2, yg indah2 dimata) kasi duit lebih skt utk bg menyenangkan di mata. Kedua2 ok, bkn isteri saja yg kena. Si suami jgn sayang duit nk bg kt isteri utk melawa, hang jgk yg senang, ni x kadang tu hang dk tgk pompuan cantik luar sana, lepas tu hang bandingkan dgn isteri hang, hang merungut. Itu bermakna hang dh pertikaikan suri hati yg dh diciptakan untuk hang. Hang igt x hang yg membuat pilihan utk jadikankan dia isteri?. Kalau hang dpt terima dia seadanya xtimbullah rasa jemu, xyah hang keluarkan duit untuk buat isteri hang jd macam yg hang suka. Aduhh.. sory tetiba plk Mak jemah jd garang. haha..

Sekali sekala pergilah tgk wayang berdua, tgk cerita yg pasangan suka. Mak jemah cadangkan tgklah horror movie. Kenapa horror? hang try dulu pi tgk, lepas tu hang tgk perubahannya mcm mana. Kasitau kt mak jemah.

Jika puncanya si isteri asyik masak menu yg sama, apa kata si isteri cuba menu yg special skt, bagi suami rasa yg lain dr yg terbiasa.

Jika puncanya si suami lama dh dk berkenan dengan seorang perempuan, dlm kata lain suami berkeinginan nak tambah isteri. Masa ni si isteri kena kawal emosi, jangan terus serang, kungfu, silat, karate semua keluar, pinggan yg xda sayap pon boleh terbang. Masa ni si isteri mula rasa rendah diri, rasa kekurangan. Isteri kena tanya dulu kenapa dia nak tambah lg. Kalau suami kata nk bantu si janda, check dulu mampu x dr sg kewangan. Kalau mampu isteri boleh kata kt suami " awk blh tanggung dia, asal jgn kawen dgn dia". Betul apa? Asal suami nk kawen sebab simpati? Kalau suami nk kurangkan beban wanita tu trskanlah bantu dia, kalau isteri xrela, xkan suami sanggup nk leraikan segalanya?. Kalau sbb nafsu semata2 baik xpyh la wahai kaum suami, sampai ke sudah xcukup2. Hang kena sedar kadang Allah menguji hadirkan org lain dlm keluarga hang, Allah nk tgk sejauhmana kesetiaan hang pdNya & juga isteri. Hang jgn ingat nk seronok kt donia ja. Ok, Apa yg penting sekali kena jaga pergaulan dgn berlainan jantina, sbb kadang syaiton menghasut sat ja hang dh jatuh ditimpa tangga. Jika hang terjatuh bangkitlah & kembalilah pd yg maha Esa.

Sekali sekala tulisla surat cinta pd suami/isteri. Xsemestinya atas kertas sebab cintaku bukan diatas kertas dato siti kata. Byk medium lbh cpt,tepat, & padat. Zmn bercintan cintun dulu bagai nak rak pi search ayat berbunga2,skrg bila dh sah pasaipa malu pulok? Romantik dgn suami/isteri hang jugok.

Akhir kata, buatla apa sahaja cara untuk kembalikan sinar dlm rmh tangga kalian, selagi mampu.. selamatkanlah rumah tangga kalian. Yg penting Doa jgn tinggal.

Assalamualaikum..

Jul 8, 2017

Kerelevanan poligami.

Bila disentuh pasal poligami tentu kaum lelaki suka. kaum wanita pula duka. haha. Tiada isteri yg sanggup dimadu. Yang ada tu mungkin satu pengorbanan seorang isteri demi menjaga rumah tangga yang dibina daripada berkecai begitu sahaja. Iye, mungkin ada isteri yang menunjukkan dia tiada masalah sekiranya bermadu,tapi sejauhmana dia ikhlas/redha jika dimadu?.

Orang selalu kata nak payung emas kasilah encik suami berkahwin lagi, bawa madu untuk si isteri. Adakah payung emas itu benar2 wujud? Tidak, payung emas tidak wujud, tidak ada dalil yg mengatakan ia wujud, yg ada hanya cerita reka2an @ hadis palsu berkenaan payung emas. Jadi, para isteri yg kasi suami kawen lain jgn terlalu mengharapkan payung emas. Nanti merajuk pula, bila tiba masa kita disana bertanya "mana payung emas untuk saya?". Tapi, tak mengapa xda payung emas, anda ada pahala yg Allah bagi berkat dari pengorbanan & kesabaran anda bagi orang lain kongsi suami. Tak semua isteri dikurniakan kesabaran setahap itu. Dulu, aku prnh terbaca status pensyarah aku kt fb, beliau ada buat kajian berkaitan poligami. Soalan dituju kpd kaum lelaki/suami dlm list friendsnya. Soalan berbunyi "Adakah anda berkeinginan untuk memiliki isteri lebih satu?" Kalau ya,nyatakan sebab. Lebih ramai yang jwb Ya, antara sebab diringkaskan:

-Nak bantu kaum hawa yg memerlukan bantuan.
- Mampu dari sg kewangan, yakin boleh adil.
-Naluri Lelaki ingin punya lebih dari satu isteri.
-Sunnah Nabi S.A.W
- Jika dikasi lampu hijau oleh isteri, just follow.
-Inginkan keluarga besar.
-Ingin kelainan dlm rumah tgga.

Ada juga yg tidak berkeinginan mempunyai isteri lebih dari satu atas sebab:

-Isteri sy sdh ckp sempurna di mata sy.
-Tak boleh, nnti kecoh dunia..haha
-Hanya ada satu nama dlm hati sy iaitu isteri sy.
-Xsanggup hancurkan hati isteri.
-Rasanya satu isteri sdh ckp utk buat keluarga sy bahagia.
-Isteri amanah Allah,mmg dia xsempurna,sy pon xsempurna, sampai bilapun sy brhrp hanya dia seorang menyempurnakan sy.

Nak berbahas pjg2, aku bknla arif sgt, mmg poligami tu xslh tp yg slh bila niat tu tersasar. Kalau ada yg nk berpoligami sebab bosan asyik dk ngadap isteri sorang tu ja kt rmh, kalau begitu..sampai bila2 pon xckp. Teringat kata2 ustaz Pahrol kalau bosan/jemu melanda rumah tangga, tukarlah keadaan bukan tukar pasangan. Take Note yer.Tukar keadaan tu mcm mana? Nanti mak jemah ada masa, mak jemah kongsikan tips. X pon boleh search blog ustaz pahrol.

Kaum suami kena sedar xsemua isteri boleh terima poligami. Yg ada mgkin satu dlm sejuta, dan hanya satu dlm sejuta kaum suami yg xterfikir nak berpoligami.. eh..gitu plk kan. Kalau aku jadi lelaki, aku nak tergolong dlm satu dlm sejuta tu. Dan kalau aku jd wanita aku xnak tergolong dlm satu dlm sejuta tu. Bg aku,isteri tu bknnya nasi, nk ditambah2.

"elerr..ckp blh la, kalau kau jd lelaki, kau blm tentu mampu menepis godaan/keindahan donia ni.."

Ya..Walaupon aku bukan lelaki, aku tahu x mudah nk menepis godaan syaiton bila berdepan dgn wanita. Aku sendiri pon bila nampak wanita cantik, xberkedip jgk. Hang janganla kata aku ni lesbian plk. Penglihatan lelaki & wanita tu berbeza. Apa yg perlu buat?. Tepuk dada tanya iman.

Kaum suami jika teringin berpoligami ada baiknya berfikir dahulu dampaknya pd semua org terdekat.Mak jemah xnak leter pjg2, nanti ada plk yg kecam mak jemah.

Assalamualaikum.

*Aku belum berkahwin,hanya memberi pendpt.

Jun 21, 2017

Kisah pedih zulfarhan- Kenapa org xtolong? (Bystander effect)

Disebabkan aku ni seorang tailor, tiap hari aku dk iron baju, fikiran aku msh dk igt2 kisah pedih arwah zulfarhan. Dlm kepala otak ak asyik dk tanya "kenapalah dlm ramai2 xdak org nk tolong?". Tetiba dh dpt key. Dah teringat apa yg aku bljr dulu dlm subjek psikologi sosial. Tajuk presentation aku plk tu. Kemungkinan org xtolong tu sebab dipengaruhi oleh bystander effect. Bystander effect tu mksdnya org yg xbertindak utk menolong individu yg dlm kesusahan tapi hanya melihat.BE ni byk berlaku dlm kes jenayah/dlm situasi yg memerlukan pertolongan. Masa presentation tu aku bg cntoh budak yg kena gilis berlaku di China tu. Ingat dak? Ramai yg berhenti tgk saja bdk tu/xmahu tlg. Mgkin sama jgk dgn kes zulfarhan, Ok, Mcm mana BE ni berlaku? Pertama, sebab org tu letak tggungjwb dkt org lain. Org tu tgk org lain/ramai pon xtlg,why dia kena tolong? So, dia rasa akan ada org lain yg akan tlg, dia xtlg pon xpa. Kedua,sebab makna kita sendiri bila brdepan dgn situasi. Misal kata, kita xtlg sbb rasa ad sbb tertentu org xtlg, @ kita tkt akan menyusahkan diri kita,satu lg aggp benda tu xteruk sgt. Dlm erti kata lain kita gagal faham situasi & keliru. Dlm presentation aku tu byk tekankan kpd
Altruism. Gapo plk Altruism? Lawan kepada bystander effect, iaitu org yg suka menolong tanpa mengharapkan blsn. Nampak org dlm kesusahan terus dia pi tlg.

Itu just pandangan aku la,apa yg aku igt. Awk2 blh search bystander effect ni utk faham lbh details. Mgkin bhg psikologi jenayah/psikologi sosial byk create article psl ni. Ok, Apa yg aku nk ckp kita semua mmg xterlepas dlm mengalami situasi begini. Apa yg kita kena buat? bila tgk org minta tlg/perlukan pertolongan, kita pergi je tlg jgn tgk2 org ramai di sekeliling, tp kalau ada awk dgn si peminta tlg je, kena hati2 sbb skrg kan ramai yg berpura2 minta tlg walhal ad udang di sebalik mee. Satu lg, sikap "empati" perlu ada dlm diri kita, bukan kosong tau. "empati" tu sikap belas kasihan kita pd org lain. Yg mana kita dpt rasa apa yg org lain rasa. Barulah kita terdetik nk tlg. Marilah kita bersama2 amalkan sikap Altruism.

Assalamualaikum

Jun 20, 2017

Kisahmu yang pedih.

Setiap kali aku iron baju, mesti aku teringatkan kes buli/dera penuntut UPNM Zulfarhan yg kesnya masih disebut2 di dada akhbar @ laman sosial sehingga sekarang. Masa mula2 baca kes ni, Banyak mengucap.. Ya Allah.. beginikah generasi skrg. Aku cerita dkt mak.

"Ya, Allah, xda sape nk tolong ke, xkan ramai2 xdak sorang pon nk tlg, kalau ma blh ghaib, ma g dh tolong" Kata Mak yg ingin jadi "bu peri" yg blh selamatkan org teraniaya. Tapi ia hanya "kalau".

Semoga ibu mangsa tabah, kalau jd kt ank aku sendiri pon mesti aku nk suspek dpt hkmn yg setimpal. Xpe, Allah di pihak yg benar, kalau depa xdpt hkmn (jk trlibat) di dunia,kt pdg masyar menanti.. #KauTunggu

Aku terkena iron xsampai sesaat pon sudah rasa sktnya. Inikan pula seluruh bdn third degree burn. Xdapat nk bygkn sktnya. Knp depa2 yg terlibat ni xdak sorang pon yg terdetik di hati nk tolong? Mungkin depa buat ramai2, kurang rasa bersalah sbb kalau sorang kena,semua kena. Mungkin ada hat bersubahat tutup mulut tu just mampu tengok je, mungkin tgk xdak org hat tolong, buat pa dia nk tolong. Haishh.. byk pula kemungkinan aku. Kalau pembuli tu sorang je, blh la jgk mangsa tu melawan pertahankan diri. Hanya kerana laptop je sanggup buat kwn sendiri. Ni mesti laptop tu penting sgt bg si suspek tu, doh.. sampai sedemikian rupa dibuatnya. Aku pernah jg jd mangsa buli, waktu tu drjah 6, minah sekelas dgnku ni dia mcm "koya ganah" skt, dia suka ketuk kepala aku dgn pen, byk kali aku bersabar tp suatu hari tu aku tgh mkn keropok lekor dlm kelas, dia di dpnku, dia ketuk dgn pen kali pertama aku diam, just marah2 comel, kali kedua dia ketuk kebetulan aku ternampak botol mineral yg aku bwa ke sekolah,terus aku ambil ketuk kepala dia. Lepas tu, mulalah tarik menarik tudung, rambut.. Ada sorak belah dia, ada sorak belah aku. Bila cikgu dtg, blh pula tiba2 jd mcm xda pape berlaku, cpt2 pakai tdg & bersiap sedia utk belajar. haha... lawak plk bila teringat. Lepas kejadian tu, kitorang jd kwn baik tp skjp je, lps habis upsr, dia pindah ke mana entah,sampaila sehingga sekarang aku xjumpa2 dgn dia, aku msh ingat nama, muka plk igt2 lupa. Itulah aku, xkan senang2 org nk pijak kepala aku. Walaupon aku dlm kategori pelajar yg pendiam, nampak berjurus, kecik plk tu.. tp aku bukan lurus bentul,terlajak baik macam bawang putih dlm sinetron tu.. Kita xblh diam kalau dianiaya. Kalau skt2 tu blh la sabar, bila rasa over sgt, kena jd bijak. hehe.. Ehh.. dh terlajak cerita ni. Stop.

Semoga arwah tenang disana. Al-fatihah

Assalamualaikum.

Jun 19, 2017

Kehilanganmu yg dulu

Assalamualaikum.. pejam celik pejam celik tggal bbrp hari lagi nak Raya. Ramadhan pula bakal pergi meninggalkan kita.. Ramadhanku yg sekarang x seperti Ramadhanku yg dulu. Dulu, tarawih jarang sekali missed. Bila dh bergelar tailor, tarawih terpaksa missed. Kadang baca Quran mcm nk kejar2. Asyik dok pikir nk siapkan bju org je, itupon aku belum ada mesin high speed, so aku xambik tempahan byk, ambik ikut kemampuan aku & tahap kemampuan mesin aku untuk merempit selaju mana. Alhamdulillah, pandai juga aku bajet nk ambik kain byk mana..hehe.. tu pon ad lagi makcik & akk yg rayu2 minta nk selit2 lg. Mmg xambik la,sape suruh hantar kain lmbt..hehe.. bkn tolak rezeki, cuma kita sndiri yg tahu thp kemampuan kita tara mana, & kita sendiri yg pilih nk ambik byk mana, takkan nak jahit bju lg mlm raya? Ehh. Rugi xambik sbb duit tu.. Tak.. Aku lg rasa rugi bila ramadhanku berlalu dgn begitu sahaja. Terus terang aku ckp, aku terasa kehilangan, kehilangan Ramadhan ku yg dulu. Beginilah nasib org bergelar tailor di bulan Ramadhan.

Ok, bju org dh setle,tggl bju mak, adik2 n bju sndiri je lg, aku hrp aku dpt siapkan dgn cpt, aku hrp msh berkesempatan utk mengutip pahala, org kata bln Ramadhan ni bulan Allah lelong pahala, bersepah2 pahala, cuma kita sendiri antara nak rebut @ tak, nk ambil ke x. Saya ucapkan semoga sukses kepada tailor2 di luar sana yg sdg setlekan tempahan. Semoga mencapai target. Mungkin thn akan dtg, kita boleh urus masa dgn cara berhemah lagi.

Jun 18, 2017

Sunyi Sepi

Sunyi.. Sepi.. Kudengar rintik-rintik hujan yang tenang
Mengajakku berhenti seketika dari mengerjakan sesuatu dan termenung sejenak, tanpaku sedar airmata jatuh dipipi, sama ada sesuatu yg sudah membuatku berasa kehilangan atau sesuatu yg membuatkan aku ketemui.. Jadi, apa itu sesuatu? Aku tidak tahu..