BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Nov 8, 2013

Gua Musang oh Gua Musang.


Gua Musang? Mungkin ramai yang belum kenal dengan sebuah daerah ni. Gua musang merupakan sebuah daerah yang terletak di sebuah selatan negeri kelantan yang mana merupakan sempadan antara negeri Kelantan dengan Pahang, Perak dan Terengganu. Gua Musang tempat aku dibesarkan bukan tempat membesar yer. Apa yang ada di Gua Musang? Anda pergi melawat Gua Musang.. Pasti Gua-gua disana yang menjadi tarikan..hehe.. Sebenarnya banyak tempat menarik di gua musang cuma aku yang xbanyak melancong dan melencong walaupun tempat aku sendiri.. Pergilah ke sungai Neggiri atau sungai ketil kalau nak berakit ka, berkayat ka.. Pergilah ke Taman Herba (taman Etnobotani) kalau nak rock climbing, flying fox atau abseiling.. Aku tak pernah g rock climbing, ni semua salah abang aku, dia dah banyak kali pergi tapi tak pernah nak ajak aku..tak pernah cerita dia pergi mana2, aku tau dia ke sana sini pon melalui kawan aku.. Kawan aku selalu tanya " Farah..kau xikut abang kau ke g daki bukit..?" Jawapan aku "hah yaka?(dalam hati)... Aku ada hal,malas nak ikut.." Kat rumah aku buat muka masam dia buat det..ja. (Emo sekejap)

Rumah aku terletak di tengah-tengah bandar antara bandar baru dan bandar lama.. Di kawasan DUN Galas yang tak pernah dimenangi oleh PAS kecuali pada PRU 2008 yang tergempar tu..  Dulu banyak padang, pokok dimana tempat aku bermain layang2, sorok2, guli dan segala macam jenis mainan zaman dulu tapi sekarang dah banyak bangunan, sebab tulah aku tengok budak2 dok main atas jalan.. takda tempat bermain rupanya.. Tapi aku bertuah sebab rumah aku dekat dengan hospital, sekolah, stesen bus, keretapi dan shopping mall...hehe.. Senang apa2 nanti..

Pemandangan dari atas

(apa yg paling aku suka ialah gua)

Bandar Baru

Hospital 

Stesen Keretapi


Sungai Neggiri

Taman etnobotani (Tempat PLKN)

Gua Madu- tempat yg sering aku lepak suatu ketika dahulu.
 Tempat yang terkenal dengan sup gearbox..


Zaman kecik2..

Iman yang comel






Tengok gambar.. semua berlatar belakangkan gua.. Sebab tu nama Gua Musang... Kenapa Musang? Sebab Gua tu musang punya... Dia ada sejarahnya.. Ceritanya begini.. Pada suatu ketika dahulu, ada sekumpulan orang asli keluar memburu, mereka ternampak Musang mengejar Ayam hutan di kawasan gua (salah satu gua) tu, tetiba ayam hilang.. Kejadian berulang pada hari berikutnya, Mereka menganggap gua itu gua musang punya maka diberi nama Gua Musang.. 

Waktu kecik2 dulu aku selalu dengar cerita misteri dari kakak dan abang aku berkenaan salah satu gua yang terdapat di gua musang... Ada harta karun la,ada penjaga la..ghost la..  masa tu aku terbayang macam cerita Ahmad Albab, aku pernah mengajak kakak aku pergi semata2 nak cari harta karun.. nak tau betul ke tidak.. Tapi sampai sekarang aku belum pernah menjijak kaki ke gua tersebut.. Tidak ada sorang pon yang ingin temankan aku...





9 COMMENT. ( ^_^ ):

Aefa Aerisya said...

best nye sungai neggiri tu.. mencabar hehe.. xpernah pergi gua musang.. nnti ada rezeki nk g sana :)

farazura said...

hehe..ada rezeki singgah la..

Intan Nasuha said...
This comment has been removed by the author.
Intan Nasuha said...

Fara.. Awk blh x.. Bagithu saya tempat yg berdekatan dgn kolej polytech mara kesedar.. Dekat gua musang. Please i need your inform

Intan Nasuha said...
This comment has been removed by the author.
Intan Nasuha said...

Kptm kesedar dekat tak dengan bandar baru uda..

farazura said...

Salam, maaf baru baca komen nasuha. KPTM dkt dgn taman etno, tgh2 bandar baru n bandar lama. Nasuha nk study situ ka? Kalu study situ ada asramanya blkg kptm. Nk tanya lbh lanjut bole email sy farahazuraazura@yahoo.com

khairul said...

Like this.. Aku ore muse pom x th byak pasal muse ni

farazura said...

Haha..yoko