BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Nov 4, 2012

Soalan Ramalan Psikologi: Memilih Pasangan.



Psikologi minda


Macam biasa, bila aku boring, tak tau nak buat apa(kononnya,padahal kena siapkan tesis)...haha

Aku ni minat dengan blog2 psikologi so, aku taip la kat google blog psikologi, aku jumpa blog ni. blog psikologi

Ada post pasal soalan ramalan psikologi: memilih pasangan... 
Apa lagi aku try la.. jawapan aku ikut urutan 3,1,2,5,4. 

Korang cubala kalau nak tahu. Aku just nak share... Walaupon ia hanya ramalan psikologi, namun ada jugak kebenarannya.

Ia berkenaan sebab mengapa seseorang tu memilih pasangan.
Soalannya berbunyi begini: 

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Sekiranya anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan lakukan terlebih dahulu mengikut urutan KEUTAMAAN dan KEPENTINGAN diri anda sendiri.
Yang pastinya semua perkara tersebut mestilah juga diselesaikan. Susunlah mengikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Pejamkan mata..
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Bagaikan situasi sebenar, anda perlu membuat keputusan dengan segera..

Setelah membuat keputusan, inilah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Susunan jawapan anda akan menunjukkan apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan.

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih:
Menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air:
Menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis:
Menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
Menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu :
Menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda..

Macammana dengan keputusan anda? Apakah yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba. 

2 COMMENT. ( ^_^ ):

Aperture Kinetics said...

Ingatkan soalan ramalan spm keh3. Tutup api air mendidih dulu! Terbakor rumah karang..

farazura said...

haha.. ambik spm er thn ni..?
guck luck...