Gambar dari pakcik google.
KATA2 DIBAWAH AKU AMBIL DALAM BUKU JANGAN BERSEDIH..
KATA2 ITU TERSIRAT SERIBU MAKNA... SELAMAT MEMBACA..
Jangan bersedih!
Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu,
akan membuatmu khuatir dengan segala
kemungkinan di masa akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari
ini.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan
membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan
harapan akan menhilang.
Jangan bersedih! Sebab
kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat
orang yang mendengki senang dan menbuat hakikat2 yang ada berubah.
Jangan bersedih!
Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha’, dan menyesali sesuatu
yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat.
Jangan bersedih !
sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan
semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak
mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.
Jangan bersedih !
sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari nyaitan dan kesedihan itu adalah
rasa putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi dan kegagalan yang
menyakitkan.
Jangan bersedih !
sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadat, malas untuk
berjihad, putus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka,dan hanya akan
membuat anda menjadi pesimis.
Jangan bersedih !
sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit
saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebingungan.
Jangan bersedih !
sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, da sedekah, ada perbutan
baik dan ada amalan yang member manfaat.
Jangan bersedih ! dan
jangan menyerah kepada kesedihan dengan tiada melakukan sebarang aktiviti.
Solatlah …… bertasbihlah …… bacalah…….. menulislah……. Bekerjalah…… terimalah
tetamu…… bersilaturrahim…… dan merenunglah.
Jangan bersedih !
sesungguhnya Allah sentiasa membela anda, para malaikat selalu memintakan
keampunan untuk anda, orang2 mukminin bersatu mendoakan diri anda setiap kali
selesai solat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik
, dan diatas semua itu rahmat Allah selalu meyertai.
Jangan bersedih !
sesungguhnya satu kebaikan itu akan
dibalas dengan sekali ganda, bahkan gandaannya boleh jadi lebih daripada itu.
Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan kejahatan yang serupa kecuali jika Allah memberikan
keampunan. Betapa maha pemurahnya Allah
dengan semua ini sehingga tiada yang
boleh menyamai dan menandingi kedermawanannya.
Jangan bersedih !
kerana andalah pemegang teguh tauhid dan misi agama, ahli kiblat dan dalam diri
anda terdapat dasar cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Anda merasa
menyesal apabila melakukan dosa, dan gembira ketika melakukan kebaikan. Anda
memiliki kebaikan tetapi tidak menyedarinya.
Jann bersedih ! sebab
anda selalu berada dalam kebaikan, baik
dalam keadaan sengsara mahupun bahagia, baik dalam keadaan kaya mahupun miskin,
dan baik dalam keadaan tertekan mahupun kemudahan.
Janhgan bersedih !
kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena2
telah mengering, lembaran2 ketentuan pun telah dilipat, dan setipa perkara
telah ditetapkan! Betapapun , kesedihan anda tidak dapat mendahulukanatau
mentakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau
mengurangi apa yang twlah ditetapkan.
Jangan bersedih ! sebab
kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda
zaman,menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke
masa lalu, berjalan ke belakang, dan mngembalikan aliran sungai ke sumbernya
semula.
Jangan bersedih ! kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca,
membuat air bah dimana-mana, mengubah cuaca langit dan merosatkan keindahan
bunga2 yang sedang mekar ditaman.
Jangan bersedih !
kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir
ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun
yang kuat pintalannya, ibarat seorang yang meniup bejana dari kulit yang
berlubang, dan ibarat seoranga yang menulis di atas air dengan tangannya.
Jangan bersedih ! sebab
usia anda yang sebenarnya adalah kebahagian dan ketenangan hati anda. Oleh
sebab itu,jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam2 anda
dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagian dengan ketakutan, dan jangan mensia2kan
waktu anda yang masih tersisa , kerana Allah tidak menyukai orang yang
mensia2kan waktu.
No comments:
Post a Comment