Mar 27, 2012

KISAH HATI



SUATU HARI ALLAH TELAH MENGAMBIL SEPARUH DARIPADA HATIKU KEMUDIAN  ALLAH MEMBERI HATIKU ITU KEPADA SESEORANG....


SEJAK DARI ITU HATIKU MULA RASA RESAH...BINGUNG..HARU BIRU.. KERANA SEPARUH HATIKU TELAH DIBERI KEPADA SESEORANG...

AKU CUBA MENGHILANGKAN PERASAAN SEPERTI ITU DENGAN CARA MELUPAKAN SAHAJA... TAPI APAKAN DAYAKU... HATIKU TETAP TIDAK TENTERAM...


HATIKU MULA MENCARI SEPARUH LAGI HATIKU ITU, TERTANYA2 KEPADA SIAPAKAH ALLAH MEMBERI...


SUATU HARI, ADA SESEORANG YANG MENGAKUI BAHAWA HATIKU ADA PADANYA...
HATIKU TIDAK PERCAYA KERANA TIDAK MERASAKAN YANG SEPARUH HATIKU ITU ADA PADANYA....


KEMUDIAN, ADA LAGI SEORANG YANG MENGAKUI BAHAWA HATIKU ADA PADANYA...
NAMUN, HATIKU MASIH LAGI TIDAK DAPAT MERASAKAN BAHAWA ADA PADANYA...


SETELAH PENAT MENCARI SEPARUH HATIKU ITU, HATIKU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MELUPAKAN SEGALANYA...


NAMUN, IA TIDAK SEMUDAH YANG KUSANGKA...


SUATU HARI, KETIKA SEDANG MENJALANI HIDUP SEHARIAN...
TIBA2, JANTUNGKU BERDEGUP BEGITU PANTAS DAN HATIKU MULA TIDAK TENANG..


HATIKU BERASA BAHAWA SEPARUH LAGI HATIKU BEGITU DEKAT DENGANKU...

HATIKU CUBA UNTUK MENDAPAT TAHU SAMA ADA IA BENAR ATAU TIDAK SEPARUH HATIKU ITU ADA PADA SI DIA...


NAMUN... IA TAK SEMUDAH YANG KUSANGKA....
HATIKU HANYA DAPAT MEMBUAT JANGKAAN TAPI KEPASTIANNYA HATIKU TIDAK DAPAT..

SAMPAI SEKARANG HATIKU MASIH LAGI TERTANYA2..

ADAKAH ALLAH BERI SEPARUH HATIKU KEPADANYA..???

ATAUKAH SEBALIKNYA...??

JAWAPAN HANYA ADA PADA ALLAH...


BETAPA SIKSANYA JATUH CINTA PADA SESEORANG...
LEBIH2 LAGI BILA DIA ADA DEKAT DENGAN KITA...SERIBU PERTANYAAN HATI TIDAK DAPAT TERJAWAB...
TOLONG YA ALLAH JANGAN BUAT AKU JATUH CINTA DENGANNYA JIKA DIA BUKAN BUATKU...




Mar 25, 2012

LOVE STORY : CINTA ITU MELEMAHKAN ATAU MENGUATKAN..???





Pasal cinta lagi... boring r kan... saja jer mau update blog...

kalau kamu kan.. kamu rasa cinta tu akan melemahkan kamu ker akan menguatkan kamu dalam hidup yang kamu jalani..??


susah kan nak dapat jawapan yang tepat....?? ada yg kata cinta akan melemahkan kita... ada juga yang kata cinta akan menguatkan kita...

cinta yang melemahkan kita tu maksudnya cinta yang boleh buat hidup kita xsenang..
orang kata makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah.. 
disitu ada dia, disana ada dia, disini ada dia...
pokoknya kemana2 saja dari ufuk timur hingga ke barat sentiasa dia di kotak fikiran...
sampai buat kerja pon tergangu...kalau ingat dia..

kalau itu dah parah...kena pergi berubat jumpa dr tu.. haha..

cinta yang menguatkan kita pula cinta yang bagi semangat kat kita dalam apa saja aktiviti kita...
bila kita ingat dia, kita akan jadi semangat... dia jadi pendorong dan motivasi bagi kita..
bila dia xder, semangat kita jadi surut....

adoi..macam2 la..

Ni ada satu kisah cinta kawan aku.. baca ye murid2.. haha..cikgu cinta ke ni.. haha..

Kawan aku telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang dikenalinya masa dia bekerja..
Kawan aku tu cantik.. si jejaka apa lagi, pantang tengok pompuan cantik kan.. dia pon udjust la kawan aku tu.. ala..bila lelaki tu dah bagi no. tel dia apa lagi..kawan aku ambik la..kalau xambik nanti takut lelaki tu kata sombong pulak..
-----------

Rupa2nya kawan aku pon ada hati kat lelaki tu, dia respon lelaki tu....
dia kata lelaki tu betul2 sukakan dia... Dia sangat gembira time dia cite kat aku...
aku nampak dia gembira sangat, sampai mau menari2 chiki dance.. haha..
aku pon sangat gembira, tumpang gembira bila tengok kawan aku gembira...
aku dapat rasa apa yang dia rasa....
aku kan kawan yang berempati....hehe

------------

Suatu hari kawan aku terima mesej..

 " sory..saya rasa baik kita putus jer, mungkin saya kurang baik untuk awak, saya harap awak dapat lelaki yang lebih baik daripada saya, terima kasih atas segalanya2 sepanjang perhubungan kita, awak sangat baik ." 

" tapi kenapa...tolong jelaskan pada saya.."

" kan saya dah bagitau... saya tak layak jadi milik awak.."

" itu bukan alasannya, mesti ada sebab lain, tolong jelaskan..."

Lepas tu... kawan aku tak lagi terima mesej dari lelaki tu.. dia call pon tak dapat...
masa tu aku pon ada sekali tengok dia nangis2...sedih sangat...aku cuba tenangkan dia..tapi makin aku tenangkan dia, makin dia nangis, pastu aku pon nangis sama....
aku dapat rasakan apa yang dia rasa...betapa sakitnya..
pastu aku tengok dia tergesa2 ke bilik dia.. aku pon p la jugak nak tengok apa kena dengan dia.
dia ambik kotak panadol.. dan ambik banyak2 panadol.. aku tanya " kau nak bagi kat sape panadol banyak2 ni..?? ( aku tanya sebab xterpikir pon dia akan buat macam2)

pastu dia masukkan semua panadol yang dia bukak satu2 tu dalam mulut..
aku halang la dia, aku tolak kepala dia ke bawah..nak suh dia luak balik...

dia marah kat aku, dia kata " biarla aku nak mati.., kau jangan masuk campur"

aku tak henti2 halang..pastu dia kalah jugak dgn aku... dia tertelan dua biji panadol...

nasib baik tak telan semua tu... aku cakap kat dia " ak eleh..nak bunuh diri telan panadol jer, tak jadi tu..." 
dia pon gelak2 sambil menangis berang dengan kata2 aku... haha... aku ni sengal...

lama2 kawan aku dah ok, dia dah bole terima hakikatnya...
kesian betul kawan aku..dia jadi lemah sebab cinta..
tapi aku tak habis pikir...kenapa lelaki tu buat dia cam tu...
alasan dia xleh terima la..pastu hilang dengan gitu jer...

ingat yer kawan2... hati2 dengan cinta..
jangan sampai melemahkan kita.... 
kalau ia menguatkan kita xpe..
tapi kan..rasanya kedua2nya akan jadi kat kita kan...!!

harap Allah tabahkan hati kita..bila berhadapan dengan keadaan yang boleh melemahkan kita..





Mar 16, 2012

6 JENIS KATEGORI PERCINTAAN.

 APA ITU CINTA..??

CINTA MERUPAKAN GERAKAN HALUS YANG ADA DI DALAM JIWA DAN SANUBARI SESEORANG. PERASAAN INI ADALAH SENI SEHINGGA SUKAR UNTUK DILIHAT PERKEMBANGAN..

KALAU IKUT KAMUS DEWAN, CINTA ADALAH PERASAAN KASIH SAYANG TERHADAP SESEORANG.

PADA ASASNYA CINTA MEMBAWA MAKSUD BEKERJA BERSAMA2, KETAWA BERSAMA2, MEMBANGUN BERSAMA2 DAN HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.


BAGAIMANA KAMU MENDEFINISIKAN CINTA..??

TENTU BANYAK ISTILAH CINTA KAN... MISTERI SUNGGUH CINTA NI...TAK TAU MANA SATU ISTILAH YANG BETUL2..

SAPE TAU CINTA TU APA.. PUT YOUR HANDS UP.. HEHE..XYAH LA..

DALAM KAJIAN HENDRICK, BELIAU MENGATAKAN TERDAPAT BEBERAPA JENIS KATOGORI PERCINTAAN IAITU:

  1. CINTA EROTIK.      
  • Merupakan pemilihan teman yang menimbangkan penarikan fizikal. Ni bagi perempuan dan lelaki yang pilih teman hidup berdasarkan tarikan fizikal. contohnya, pilih orang yang cantik/ handsome/ smart tak kira la dari segi rupa paras, cara berpakaian dan sebagainya.
( Gambar hiasan )
     2. CINTA LUDUS.
  • Merupakan seseorang yang memandang percintaan sebagai mainan. Macam cinta monyet la dikatakan. Cinta ludus ni kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Tak habis2 lelaki ni..
( comel kan monyet ni)


    3. CINTA STORGE.
  • Merupakan cinta yang kekal. maksudnya percaya cinta hanya pada yang satu.

    4. CINTA PARAGMATIC.
  • Merupakan cinta yang merancang. maksudnya kita sendiri yang merancang untuk dapatkan pasangan hidup.
( cepat..satu langkah lagi..hehe)


     5. CINTA MANIA.
  • Merupakan jenis cinta yang mengganggu emosi yang dapat membawa kesan fizikal seperti kekurangan tido. Kebanyakan berlaku dalam kalangan remaja tapi golongan dewasa dan tua ada jugak. Macam orang kata tido tak lena, makan tak kenyang, mandi xbasah. Hah tu dia.. susah betul tu.. Nasib baik aku lena tido, makan kenyang, mandi pon basah...haha..

     6. CINTA AGAPE.
  • Merupakan jenis cinta yang sanggup mengorbankan diri sendiri. Ni lagi parah ni..Pengorbanan mendatangkan kebaikan dan keburukan pada diri sendiri..
( ibarat citer ni la, sanggup korbankan cintanya demi seorang sahabat... hehe)



Macam Dr. Cinta la pulak aku ni.. haha..

So, Anda dalam kategori yang mana..??










Mar 6, 2012

Kenapa Kita Sering Marah?




I'M SO SCARED... SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK KISAH YANG MENAKUTKAN YANG TERPAPAR DI DADA AKHBAR...

KISAH SI SUAMI BUNUH  SI ISTERI...
SI PAKWE BUNUH SI AWEK..
SI IBU BUNUH SI ANAK...
SI ANAK BUNUH SI EMAK...
SI AYAH BUNUH SI ANAK... & MACAM2 LAGI LA...
YANG TERBARU SAYA BACA TADI SI ADIK BUNUH SI ABANG...

KENAPA BOLEH BERLAKUNYA KEJADIAN SEBEGINI???

SALAH SATU FAKTORNYA IALAH... EMOTION... EMOSI MARAH...

APABILA BERLAKUNYA BIBIT2 PERGADUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN, MASING2 INGIN MEMPERTAHANKAN DIRI SENDIRI & SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA ENGGAN MENGALAH...

SAYA RASA ANDA SEMUA TAHU KAN BILA SESUATU PERGADUHAN ITU MUNCUL.. API2 KEMARAHAN AKAN NAIK MENDADAK... KEPADA SESIAPA YANG SETLEKAN MASALAH MEREKA PAKAI EMOSI, MAKA AKAN TERJADILAH PERKARA YANG TIDAK DIINGINI...
SEBALIKNYA, KALU PAKAI OTAK YANG RASIONAL, PERKARA YANG BOLEH MEMBAWA MUSIBAH DAPAT DIELAKKAN....


SEBENARNYA, EMOSI KITA NI SUSAH BENOR NAK KAWAL KAN....
CUBA ANDA BAYANGKAN PENGALAMAN ANDA SEWAKTU SEDANG MARAH & BERGADUH DENGAN SOMEONE... MACAM MANA EMOSI ANDA SAAT ITU...???
MAKI SAJA XPUAS HATI... SEBAB 2 LA ANDA CARI JALAN LAIN YANG MEMUASKAN HATI ANDA...

SEMASA EMOSI MENGUASAI DIRI ANDA, ANDA DAH XDAPAT NAK PIKIAT DAH APA KESAN, APA YANG AKAN TERJADI SELEPAS ITU...XSEMPAT..HUHU..

SEBAGAI CONTOH, SAYA INGAT LAGI WAKTU SAYA KECIL DAHULU, ABANG AKU  KE-2 BERGADUH DENGAN ABANG KE-3 SEBABNYA SI ABANG KE-3 MENGAMBIL ROJAK BUAH ABANG KE-2...( XLEH BLAH MOTIFNYA)

MAKI PUNYA MAKI, XPUAS HATI... LEPAS 2 AKU TENGOK ABANG KE-2 MAKIN MARAH & EMOSIONAL, PERASAAN AKU MASA 2 TUHAN SAJA YANG TAHU, TAKUT...MENANGIS LAGI... AKU DAH AGAK AKAN BERLAKU PERKARA XBAIK...


ABANG KE-2 DENGAN EMOSI YANG SANGAT TINGGI MENGAMBIL SEBILAH PISAU & LEMPAR PISAU KE ARAH ABANG KE-3.. PISAU 2 TERKENA KAT PINGGAN....


NASIB BAIK MASA 2 ABAH & PAKCIK AKU TIBA PADA WAKTUNYA, SEBELUM 2 MEREKA PEGI KERJA.. MAK PULAK PEGI BUAT KETUPAT KT KELILING KMPG...


BAWA LA KE HOSPITAL, NASIB BAIK SELAMAT....
ABANG KE-2 AKU 2 KENA ROTAN... HAHAHA...

APA YANG AKU TAKUT SEKARANG NI IALAH ADIK2 AKU...
HARI 2, TIME AKU BALIK UMAH ADIK LELAKI AKU CITE DIA BERGADUH DENGAN SI ABG TP BUKAN ABG KE-2... KATANYA KENA TAMPAR, SAKIT.....TELINGA SEBELAH KANAN RASANYA DH XLAMA 2....


SO, APA YANG AKU NAK KATAKAN DISINI... SEKIRANYA ANDA NAIK ANGIN BUKAN BUANG ANGIN YE... JANGANLAH SESEKALI PAKAI EMOSI... PAKAILAH OTAK YANG RASIONAL.... FIKIR DULU APA KESANNYA SEKIRANYA ANDA BERTINGKAH LAKU SEBEGITU, TAKE A MOMENT LATER, JANGAN MAIN HENTAM TERUS. KALU XFIKIRKAN KESAN KE ATAS ORANG LAIN , FIKIRKAN KESAN KE ATAS  ANDA SENDIRI..

AKU TABIK DENGAN ORANG YANG PANDAI JAGA EMOSINYA, LEBIH2 LAGI EMOSI MARAH...

NAK MARAH SESEORANG BIARLAH BERPADA-PADA...
JANGAN KELAK DIRI YANG MERANA...


JANGAN BIARKAN EMOSI MENGUASA ANDA..APABILA BERHADAPAN DENGAN SITUASI MERUNCING... BURUK TAU NAMPAK...CER SENYUM....^^ KAN COMEL...


Mar 5, 2012

LOVE STORY: SILA LUAHKAN PERASAAN ANDA SEBELUM TERLAMBAT.



Hari ni aku nak share satu kisah cinta, kisah yang benar.... Tapi bukan kisah aku ye...kisah kawan aku, senior aku...

KISAH CINTA  DI UNIVERSITI.

WATAK: TINI. ( bukan nama sebenar)
                HISYAM.( bukan nama sebenar) lelaki pertama.
                JOE.( bukan nama sebenar)lelaki kedua.

Kisah mereka bermula ketika di tahun satu pengajian. Tini berkenalan dengan hisyam melalui laman sosial muka buku macam cinta muka buku najwa latif la katakan. siapa add siapa?? of courst la lelaki yang add pompuan...huhu Si Tini approve je la untuk tambahkan kenalan. Di info mereka sama university dan sama fakulty cuma department lain2... Setiap kali Tini update status si hisyam mesti akan like & komen sekali, setiap kali Tini online nama hisyam muncul kat chat  toint toint( bunyi 2 mesej chat) macam tu ke bunyinya..??? argh...lantakla.. Si Tini ni layan macam biasa jela, takde topik yang best pon, yang ditanya si hisyam, hanya soalan macam ni yang ditanya.... AWAK APA KHABAR??  BUAT APA?? SIHAT KE?? DAH MAKAN KE?? TAK PERGI MANA2 KE? Adoi...xde soalan lain ker...? aku pon dah naik bosan....haha aku pulak yang komplen.. 


-------------

Si Hisyam tak pernah pon nak ajak si Tini berjumpa, tiba2 mereka terserempak secara tidak sengaja di fakulti. Kalau la dah nampak sama nampak takkan nak buat dek je kan, dalam facebook bukan main lagi takkan kat luar malu2... tapi kenyataannya Si Tini memang seorang yang pemalu, tapi kalu dengan orang yang buat dia selesa dia tak malu...  kalau dengan lelaki, dia taknak mulakan dulu, harus lelaki yang kena tegur dulu...sebenarnya Tini dah banyak kali nampak Si hisyam dengan member2nya, yang Tini tahu si Hisyam ni aktif jugak orangnya....

Sejak dari pertemuan mereka berdua jadi rapat, Si tini dah tak malu dah dengan Hisyam.... kadang2 time boring hisyam mengajak Tini tuk temankan dia pergi tengok wayang, membeli belah, pergi ronda KL...dan banyak lagi.... 

------------


Bulan demi bulan, minggu demi minggu, hari demi hari mereka dah melangkah ke tahun 2, result mereka berdua amatlah ok. Suatu hari Tini dah jatuh cinta dengan Hisyam , dia dapat rasakan cintanya tu semasa cuti sem, Tini boleh diibarat makan xlalu, tido xlena, mandi tak basah... Dia akan nampak bayang2 Hisyam dimana2 sahaja dia berada, dia juga mimpikan Hisyam, Dia rasa ingin cepat2 balik ke universiti...( kalu aku xnak balik universiti, xpuas dok umah..haha) sebab nak jumpa si Hisyam.. Tapi dia sembunyikan perasaannya itu demi sahabat.. dia takut kalau dia jatuh cinta dengan Hisyam, persahabatan mereka akan rosak.

Suatu hari Hisyam call Tini, dia mengajak Tini ke sesuatu tempat, tempat itu ialah taman bunga.. haha..
Tini ni punyerlah gemuruh & seronok sebab menyangka Hisyam juga suka kat dia, bukan dia jer, Tini fikir Hisyam mesti nak kata yang dia sukakan Tini sebab ajak Tini ke taman..xpernah2 suruh teman g taman..

Bila sampai je kat taman, mereka cari tempat yang sesuai, perangai Tini berubah, dia jadi kelam kabut tak tentu hala dan xselesa dan malu2... lepas tu Hisyam mula perbualan dulu..

Hisyam : Aku ada sesuatu nak bagitau kau  ni...

Tini : apa dia?? bagitau je la..

Hisyam : Sebenarnya, aku ni sukakan kau dah lama... sejak dari laman muka buku lagi...

Tini : ergh...... kau ni betul ke??  ( buat2 terkejut) aku... a..ku.... a..ku....

Hisyam : Ting tong.... huahahahahaha.........

Perkataan ting tong tu maksudnya hisyam hanya bergurau... Tini dah masak dengan perangai dia, hisyam selalu bergurau macam tu...xpernah nak serius... dia seorang yang gila2 sikit sebab tu la Tini sukakannya sebab dia boleh hiburkan Tini...  lepas perkataan ting tong keluar dari mulut hisyam, hisyam lari pergi ke arah budak2 yang bermain kat taman tu.. Tini sangatlah marah dan bengang.....sepanjang perjalanan balik ke universiti Tini hanya diam... hanya Hisyam yang banyak mulut, dia tak perasan langsung dengan perubahan mood Tini..

Dah beberapa kali Tini cuba menjauhi Hisyam sebab masih marah, hisyam cuba call & tel Tini tapi Tini tak hiraukan... Hisyam pon buat dek je.. bukan nak pujuk...

--------------

Suatu hari masa Tini tengah cari buku kat library untuk buat assignment, tetiba datang seorang lelaki yang mengaku dirinya dah banyak kali lihat Tini.. (jeng3 lelaki ke2 baru muncul iaitu joe)

Joe: hai nama saya joe, saya dah banyak kali lihat awak kat library ni.. boleh tak saya nak kenal awak..??

Tini; ergh.... bole....

Joe; nama awak apa?? boleh tak bagi no tel awak?? saya rasa saya dah lambat ni nak g kelas..kelas saya kol 2.00..

Tini; saya Tini.. ergh.....019_______

 ( Tini bagi jela no tel, kalu tak bagi kesian pulak kat laki tu mesti dia malu, nak tipu kata xde tel, memang tipu la kan..nak bagi no olok2, Tini orang yang jujur)
si lelaki tu gentle benor terus mintak no tel...

--------------

perangai si Joe sangat berbeza dengan Hisyam... Joe lebih serius, xsuka berjenaka, skema... joe pulak budak yang gila2, klakar, susah nak serius.. tapi Tini lebih sukakan hisyam...

Tini masih lagi berhubung dan bertemu dengan hisyam tapi xseperti sebelumnya.. Tini lebih banyak mengelak untuk bertemu hisyam.. dengan si Joe pulak Tini berhubung melalui SMS jer sebab mereka jarang jumpa, Joe di fakulti lain...

Suatu hari , Joe ajak Tini bertemu sambil study kat library. Dalam tengah2 mereka berdua berborak kosong, tetiba si Joe ucapkan perkataan ni..

Joe: Tini... sudikah awak jadi kekasih saya..?? sebenarnya saya sukakan awak...

Tini: ergh..........(malu la konon)..

Tini diam jer pastu mengangguk2 kepala... Tanda setuju la tu...
Tini tak tahu nak bagitau apa masa tu, kalau ditolak takut Si Joe sakit hati... lagipon joe baik hati jugak...Tini tak sampai hati nak meolak pon ada...

lepas tu Joe & Tini jadi pasangan kekasih....


-----------------


Suatu hari, semasa bufday Tini , Hisyam bagi hadiah kat Tini.. Bila habis kelas dan balik kolej, Tini terus buka hadiah tu.. Hisyam bagi seutas jam kat Tini..dalam kotak tu juga terisi sekeping kertas, dilipat kecil2.. 

" HAI WEH...AKU NAK BAGITAU KAU SESUATU, AKU SUKAKAN KAU, AKU NAK KAU JADI KEKASIH AKU.. BOLEH X...? SEBENARNYA MASA KITA DATE KAT TAMAN HARI TU, AKU BETUL2 TAPI AKU TAKUT KAU TAK TERIMA AKU" 

Lepas tu, Tini hantar SMS kat Hisyam.

" KAU DAH TERLAMBAT LA WEI, AKU DAH ADA SOMEONE, ITULAH KAU, KALAU KAU TAK MAIN2 DENGAN AKU HARI TU, TENTU SEKARANG KAU DAH JADI PAKWE AKU TAU"


So, Tini memilih Joe untuk jadi kekasihnya walau pada hakikatnya dia cintakan Hisyam tak cintakan  Joe, Tini tak sampai hati nak lukakan hati , akan cuba mencintai Joe dan cuba menganggap Hisyam sebagai sahabat baik tak lebih dari tu...

TAMMAT...

Kesian kat Hisyam kan... Itulah..lambat luahkan perasaan... Sebenarnya, keberanian memainkan peranan penting dalam setiap luahan hati yang ikhlas...
so, luahkan perasaan kamu sebelum terlambat...TAPI apa apa pon Jodoh tu di tangan Tuhan, kita cuma berusaha ja..








TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...