BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 29, 2012

ANTARA IDEAL DAN REALITI- BELAS KASIHAN.



Aku sangat setuju dengan kata2 penulis Sofiyah Satuyah Rasin yang berbunyi..

" Manusia mempunyai suara hati yang tersepit antara panggilan suara hati dengan realiti yang berlaku"

Keadaan ini dimana keinginan ingin membantu sesama manusia tidak dapat dipenuhi kerana 'realiti' tidak membenarkan. Inilah hakikat daripada Dia yang Al-Qadir dan Al-Muqtadir. Kuasa mutlak untuk mentakdirkan sesuatu peristiwa ke atas hamba yang bergelar manusia adalah milik Allah yang Al-Qadir. Dia jugalah yang Al Muqtadir, yang Maha menentukan apa yang dilalui oleh setiap makhluk-Nya.

'Ideal' yang dimaksudkan ialah apa yang sepatutnya dilakukan mengikut peraturan dan hukum termasuk kebaikan2 yang tercetus dari suara hati yang murni.

Melihat kesusahan orang lain sepatutnya membantu...
Melihat kezaliman sepatutnya membanteras.
Dosa dan larangan wajib dijauhkan...
pahala dan suruhan ditegakkan...
Hak diberi..
Tanggungjawab dilaksanakan....


'Realiti' bermaksud apa yang mampu dilakukan bergantung kepada situasi berlaku. Dalam keinginan meronta untuk melakukan ideal, pelbagai  cabaran dan rintangan dilakukan. Ada yang benar2 menjadi halangan dan adakalanya kelemahan itu sekadar alasan untuk tidak berbuat.

Aku teringat dengan peristiwa yang terjadi ke atas aku... Masa aku tengah jalan2 dengan kawan2 ke kawasan KL.. Aku ternampak seorang wanita pengemis yang sedang dukung seorang baby, kecil lagi baby tu...  di bawah jambatan...dan ada seorang kanak lelaki bersamanya... Wanita tu berbaju lusuh... rambut dan badanya xterurus... begitu juga anaknya..aku lihat dari jauh... di hadapan aku ada jalan raya...
Dalam fikiran aku " kesianya anak dia, xde tempat tinggal ke..?? macam mana dia bagi makan anak dia..?? mana ayah dia???ayah dia pengemis jugak ke..?? "

soalan2 aku tu xterjawab.... terdetik suara hati ingin membantunya " kalaula aku ada rumah sendiri, aku bawak diorang tinggal bersama aku, macam, mana aku nak bantu diorang..? bagi duit  yang aku mampu bagi  pon dah ok.."   aku xdapat nak pergi tengok diorang sebab kat depan aku ada jalan besar...xde tempat lalu lintas pon... Pada masa yang sama kawan2 semua dah jalan kat depan tinggal aku kat belakang...kawan2 aku pon sempat juga lihat tapi masa tu semua mau cepat2...

suara hati untuk membantu tidak dapat dipenuhi.. Aku terus jalan kehadapan mengejar kawan2ku yang ingin menuju ke sesuatu tempat.. Hanya perasaan simpati dirasai tanpa berbuat apa2. Realitinya..?? kamu semua dah faham kan....???  

Aku hanya mampu berdoa kepadaNya..

banyak lagi peristiwa yang berlaku kat kita semua dimana wujudnya keliru iaitu antara ideal dan realiti...




P/S= Time nak g dinner kolej, kawan aku sebut pasal kejadian ni, pastu aku nangis...sebab kesian kat anak dia...dan tanya diri aku kenapa aku xdapat bantu dia....kenapa...???  sok seh sok seh hingus keluar sbb nangis, make up pon dah hilang...

0 COMMENT. ( ^_^ ):