Mar 9, 2014

Khabar Sebuah Pesawat MH370


Kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku kepada pesawat itu?

Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat orang meminta pertolongan.

Mak aku juga sedih katanya, mak aku cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah anaknya sendiri. Sekarang mak aku sudah jarang bekerja begitu, sudah penat katanya, memang fizikalnya tidak penat tetapi emosi yang penat. Banyak kisahnya, nanti aku ceritakan kemudian kalau aku tak lupa.

Menurut firasat mak aku, kapal terbang tersebut tenggelam jauh di dasar laut, kapal terbang tersebut tidak hancur. Sekarang masih ada penumpang yang hidup. Tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Wajah2 sedih, panik, cemas dan suara2 penumpang meminta tolong bergema dalam minda mak aku, ia membuatkan mak aku menitiskan air mata. 

Mak..boleh tak mak lakukan sesuatu?- Tanya adik
Itu pekerjaan Allah-Kata mak.


Ia cuma firasat mak aku, kata orang firasat kadang betul, kadang tidak. Apa-apapun yang penting marilah sama2 kita berdoa untuk keselamatan penumpang dan berharap semoga ada keajaiban berlaku. 


Mar 4, 2014

Waris dari pengalaman.


Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke?

Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang tinggi bila nak berhadapan dengan abah, membuatkan aku tidak sakit sama sekali. Memang orangnya tidak cedera parah, tp motornya parah di bahagian depan dan belakang, plat hilang, lampu depan belakang hancur. Kalau abah aku tahu mesti teruk aku kena marah. Adik2ku tak henti2 menakutkan aku sehingga membayangkan muka abah berubah seperti singa mengamuk. Namun, realitinya tidaklah seperti apa yang aku bayangkan. Realitinya abah langsung tidak marah walaupon motor parah dan harga membaikinya mesti tinggi. Dia hanya berwajah selamba seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku pada motor. Adik aku yang lebih2, mereka sangat suka mengejekku “Abah, kak rosakkan motor abah”. Aku menghembus nafas panjang, aku tertanya2 kenapa abah tidak marah. Mungkin mood abah baik kot. Aku hanya tersengih2 jela bila berdepan dengan abah.

Beberapa tahun kemudian, abah ada beli motor berwarna biru, katanya nak bagi kat aku untuk ke sekolah. Tapi malangnya aku masih lagi tidak yakin untuk bawak motor. M?otor tu jadi motor kegunaan untuk semua orang, Aku guna juga tp hanya jadi penumpang.

Masa kita kecil dulu, hanya memberontak saja semua permintaan kita ditunaikan oleh mak ayah bukan? Tapi kami tidak diajar begitu, kami tidak suka meminta2, apa yang kami inginkan, perlu usaha sendiri, kami tak ingin menyusahkan mak abah, nak biskut oreo, badminton, makanan atau benda yg mahal sedikit ,itu semua kena simpan duit sekolah terlebih dahulu ataupun menjual buah-buahan yg dipetik dr kebun abah. Kalau keinginan yg memerlukan jangka masa agak lama untuk kami kumpulkan duit, kami pakai cara lain, caranya tak susah, Cuma tunjukkan diri sebagai anak yang rajin pergi sekolah, rajin mengemas rumah, dan dpt keputusan yg cemerlang dalam exam, hooray!! abah belikan 2 basikal yang berwarna merah dan biru, merah untuk aku, biru untuk akak.


Sekarang berkeinginan untuk belajar kereta ja, motor yg beroda dua itu membuatkan aku tidak yakin, lainlah kereta yg beroda empat. Ok, seperti biasa jika ada keinginan, kena usaha sendiri, let’s start!



Feb 26, 2014

Ingin Bahagia? Pergilah Memancing!




Setiap kali mengimbau waktu kecil, senyuman lucu pasti menyelit dan mencelah, diiringi dengan ketawa kecil. Mengimbau kembali kenangan2 lama merupakan caraku yang terbaik untuk membuatkan diri ini sentiasa bertenaga, entah mengapa aku berasakan diriku seolah-olah tidak bertenaga jika tidak ada gelak tawa. Betul kata orang, ketawa itu ubat. Mungkin suatu hari aku harus mencari pendamping yang boleh membuatkan aku selalu ketawa. Zizan rajalawak? Tidk..nanti Emma Maembong mencari aku.. haha.. Ok dah..

Apa yang aku imbaukan, Waktu kecil dulu, aku dan adik-beradik banyak menghabiskan masa di sungai sebab sungai hanya beberapa langkah sahaja dari rumah. Banyak aktiviti yang kami buat, antaranya mencari etak, udang, memancing, main tarzan, pertandingan siapa handal terjun, siapa menyelam lebih lama dan banyak lagi. Tapi sejak banjir, kebanyakan orang tidak ada selera untuk melakukan aktiviti disitu. Kesian pulak aku lihat budak sekarang, mereka tidak dapat rasa apa yg kita rasa dulu. Mereka banyak bermain iphone, ipad, dan segala macam i lagi.

Ingin bahagia? pergilah memancing! Ya, memang dulu kami selalu melakukannya.

Memancing merupakan salah satu aktiviti tegar kami. Sebut sahaja memancing, suasananya kalah dari suasana di pasar malam, ia seakan suasana di hari raya. Meriah gitu. Masing-masing nak batang kail, tali pancing dan umpan yg terbaik. orang kata batang kail tak boleh dilangkah nanti susah untuk dapat ikan. Betul ka? Abang aku mengamuk bila diberitahu tali pancingnya dilangkah oleh adiknya tp tak tau siapa, dia sanggup buat yang lain.

Apa yang bahagianya memancing ni? Ia memberi kita kepuasan yang gila, gembira melompat-lompat bila dapat ikan, berasa puas dengan hasil yang kita usahakan sendiri. Aku pon pernah merasakannya.Walaupun tidak mendapat ikan sekalipun, kita juga berasa puas, puas sehari suntuk dapat memancing. Tapi memancing ni banyak juga larangannya, tak boleh bising, nanti ikan lari. Kami adik-beradik mananya tak bising, sorang bising sikit kena marah, nak bercakap kena pakai bahasa isyarat. Yang penting lg, kita kena bijak mencari point kat mana harus kita campakkan umpan kita tu, kena ada gerak hati sendiri kat mana tempat yang ikan mudah makan umpan. Salah campak, sangkut kayu, berus gigi pon boleh sangkut.

Harus sabar dan terus bersabar menunggu ikan. Mungkin tak semua orang suka memancing, memancing ni perlu sifat sabar yg byk, lebih baik pergi ke pasar beli ikan apa yang kita nak. Aku pernah terbabas, kadangkala aku ni jenis yg tidak sabar, aku tidak suka menunggu tp melihat orang lain boleh bersabar, knp kita tak boleh, jangan give up sudah, give up semasa memancing tandanya kita memperlekehkan diri kita sendiri. Ingat lagi dulu, bila sorang give up dah taknak memancing, orang akan bersorak “HOOOOOOOOOOO” ia kelihatannya seperti kita buat salah.


Kita akan mendapat kepuasan apabila kita minati sesuatu yang kita kerjakan. Sama la dengan apa yang kita kerjakan sekarang, asalkan kita minat, all is well.


Feb 25, 2014

Edisi Cinta: Pertanyaan dari pembaca


“nak tanye klu ade org tu kate die suke kat kite tp cara dia luahkn prasaan tu cam main2 je btul ke die ske kte ye...tp die slalu brsifat mlindungi dri sye ni..
die jgak slalu curi lhat kearah sye...tp kmi xpenah brckap walaupon skali..die penah cakp i luv u kt sye dpan org rmai tp cra die xmeyakinkn sye yg die suke kt sye”

Ni salah satu soalan dari pembaca blog. Sudah lama aku meninggalkan title cikgu cinta sebab cikgu sendiri tidak jumpa2 cintanya.  Bila orang bertanya, aku cuba la menjawabnya walaupun aku ni bukannya pakar sangat. Terima kasih sudi bertanya.

Secara lumrahnya , lelaki ni sukar untuk tonjolkan perasaan yg dia suka kat someone walaupun jauh dari sudut hati dia sukakan someone tu. Ini mungkin sebab sudah diasuh sejak dari kecil lagi jgn ada sifat suka melayan perasaan. Sebab tu lelaki pandai sembunyikan dan melupakan perasaan mereka dgn mudah. Tetapi, lelaki cuba menonjolkan perasaan dgn cara dia sendiri, yg mungkin sukar utk wanita ketahuinya. Mengikut cerita saudari ni, mungkin lelaki tu menunjukkan perasaannya dengan cara melindungi saudari. Tapi dari zaman ke zaman lelaki sekarang dah berani, kalau ada yg suka dia bagitau terus terang sebab takut wanita idaman dikebas urang.

Namun demikian, wanita pula yang kita ketahui secara lumrahnya lebih menjurus kepada emosi, jadi mereka lebih suka kalau lelaki menyatakan cintanya sesuai dengan kehendaknya iaitu melalui kata2 atau ucapan. Wanita mau lelaki menyatakan cinta dgn sejujurnya bukan? Mungkin apa yg ditonjolkan oleh lelaki tu kepada saudari tidak tepat dengan apa yang saudari inginkan.

 “dia luahkan perasaan tu macam main2 je”- Mungkin lelaki tu menyatakan cintanya sambil gelak2, muka tak serius.? Ia kelihatannya tidak match bukan? Yang wanita inginkan sebenarnya menyatakan cinta sambil menunjukkan emosi yg betul2 dia sukakannya. Kalau tidak sesuai dengan apa yg wanita nak, wanita kurang yakin, ragu2 dan kurang percaya yg lelaki tu sukakanya.


Ramai yang kata wanita ni kompleks, ia membuatkan lelaki tak tahu bagaimana lagi cara untuk menyatakan perasaannya. Zaman dulu, ramai lelaki mengambil cara dgn mengutuskan surat, mereka letak surat cinta bawah meja kerja atau meja sekolah. Mcm mana aku tau? Ramai pakcik dan makcikku bercerita hal yg sama, surat itulah yg membuatkan hubungan mereka terjalin. Zaman canggih sekarang takkan nak bersurat2. Tapi surat yg ditulis dengan tangan sendiri dengan surat yg ditaip itu berbeza.

Sekian,


Feb 19, 2014

Teknik yang diguna dalam MLM??

MLM? Apa benda tu? MLM yang nak aku ceritakankan ini bukan Maharaja Lawak Mega, bukan juga Multi-Level Modelling dan bukan juga Multi-Level Mouthaking. Aku nak cerita pasal Multi- Level Marketing. Ya, mungkin sudah ada yg mengenalinya dan ada juga yg belum kenal dengan MLM. MLM ni sejenis perniagaan bergantung kpd produk yang dijual dan berapa banyak kos yg perlu dikeluarkan oleh kita untuk menyertainya. Tujuan entry bukannya semata-mata ingin memperkenalkan apa yang dikatakan MLM tu cuma ingin mendedahkan sesuatu yang anda tidak tahu atau tidak menyedari apa yang berlaku dalam MLM.

“Sebenarnya aku taknak join tapi entah kenapa tiba-tiba aku terjoin pulak”
“ Entahla, aku pon tak tau, dah terlajak join”

Inilah salah satu rungutan dari orang yang pernah terlibat dengan MLM. Sorry to say, bukan nak burukkan MLM cuma terdapat segelintir mereka dalam MLM ni pakai cara tipu. Kalau mereka betul2 berniaga dengan cara yg betul its ok la.

Sebenarnya mereka ni sangat bijak bermain psikologi dengan orang sekeliling. Kalau yang bagitau direct to the point tu mungkin okay lagi. Ini tidak, ada yang sanggup menipu. Mungkin itu cara mereka untuk cari makan. Kalau kita seorang pekerja, mereka menawarkan kita ke tempat interview yg menjanjikan pekerjaan yang ada masa depan, kalau kita seorang pelajar, mereka menawarkan kita untuk ke sesuatu tempat seminar kerjaya, workshop, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Padahal, mereka membawa kita ke tempat mereka, sungguh indah khabar dari rupa. Perlu diingatkan, sebaik sahaja kita melangkah kaki ke tempat tersebut, fikiran kita sudah dikawal oleh mereka. Mereka tonjolkan peribadi yang baik, berpakaian kemas, bersopan santun, pandangan manis, kata2 mereka macam orang yang hebat.

Apa yang mereka buat sampai kita tak boleh berfikir dengan jernih?

Pertamanya, selesai sahaja sesi introduction produk yg mereka jual, keputusannya bergantung kepada kita samaada nak atau tidak, ada setengah orang senang untuk diperdaya dan ada juga masih lagi boleh menepisnya. Mereka cuba manipulasikan kita dengan cara memberi kita pilihan. Misalnya mereka berkata “ Nak bayar hari ni ke esok?”. Kita tak kata pon yang kita nak join kan. Mengikut pembacaan aku la, bila kita diberi pilihan spt ni otak kita dikawal oleh minda bawah sedar ataupun dipanggil minda kewarasan kita. Kita dah tak sempat nak fikir apa2, tak beri peluang kepada kita untuk memikirkan alasan lain, kita Cuma jawab soalan yang ditanya iaitu hari ni atau esok. Bagi yang dapat mengawal minda bawah sedar tu ok la. Susah ke nak kawal minda bawah sedar ni?

Cara ni kita boleh buat kat suami, anak, adik, kakak atau orang lain kalau kita nak cepat2 capai target kita. Misalnya kita terus bagi soalan macam ni “ Abang, holiday minggu depan nak g bercuti kat Indonesia ke Thailand? Jangan pula kita tanya “Abang, minggu depan boleh x kita p bercuti?” Kalau tanya macam ni, suami akan bagi alasan “ Abang nak rehat kat rumah jer” (Ini hanya ulasan sampingan)

Then, teknik yg mereka gunakan foot in the door, ia istilah psikolgi. Mereka minta kita wang sedikit dahulu, bukan sepenuhnya. Misalnya, join dengan diorang memerlukan sejumlah wang seribu, diorang akan minta 500 dahulu. Apa akan jadi bila kita bagi duit tu? Mesti la kita sayang nak tinggalkan, alang-alang kita dah bagi duit tu, kita pon join la awalaupon hati tidak mahu. Mereka ni sangat bijak sekali, bila kita menukar fikiran untuk tidak terlibat dan ingin kembali wang kita. Apa yang mereka buat? Mereka terus psiko. Mereka sangat pandai berkata-kata, mereka mengubah fikiran kita dari yang negatif ke positif dengan sekelip mata sahaja. Kita pula terkena lagi.

Selain tu, ada juga yang meminta terus kepada jumlah wang yg besar kemudian baru minta jumlah yang kecil. Dalam psikologi ia dinamakan teknik door in the face. Nampaknya ada juga yang sanggup memberi sekaligus dalam jumlah wang yang besar tapi ia hanya segelintir sahaja, kebanyakan dari mereka mampu memulakan dengan jumlah wang yang kecil. Mungkin orang tu kaya. Jumlah yg besar kita dah bagi, takkan kita nak tinggalkan macam tu ja kan? Minta balik.. jangan harap dia mau bagi, dia hanya akan terus mempengaruhi kita.

Sorry to say, bila difikirkan balik, berkat ke duit yang mereka dapat tu dengan cara menipu orang? Yela, mungkin kalau kita berkata perkara yang sebenar pada awalnya, kejayaan agak tipis. Untuk cepat macam tu la.

*Aku boring,aku menulis


Feb 15, 2014

DIA BUKAN GILA..

Keluar dari kereta. Cuaca agak panas sekali, cahaya matahari berada tepat di kepalaku, dahiku mengerut dan automatik anak mata aku mengecil sedikit. Sambil menunggu bus datang, aku, mak dan anak buah aku lepak kat kedai makan sekejap. Selesai order minuman, aku melihat sesuatu yang tak kena.

“ Mak.. try mak tengok orang tu, dah la dok telengtang, kaki kotor pulak tu, dia tak malu ker orang tengok dia? “ tanya aku kat mak aku.

Mak aku tak nampak orang mana yang aku maksudkan sebab pandangan mak dilindungi oleh tiang di kedai tu. Kemudian, aku tak puas hati, bila orang tu jalan kat belakang aku, aku tanya lagi mak aku.

“ Ni mak, belakang orang ni, dia betul ke tak ni? Tak pakai selipar.. Selamba jer dia ambik kuih makcik kedai tu” tanya aku.

“ Owh dia ni.. Dia orang tak betul la, dia selalu g kedai Cit kau tu, bila dah dapat makanan, dia pergi” Jawab mak aku.

Terkejut dengan apa yang mak aku bagitau. Sebabnya? aku agak takut dengan orang gila, lebih2 lagi dia berada di belakangku. X.. Bukan salah dia, dia bukan gila, Cuma something wrong yg berlaku kat otak dia.

Orang tu berpakaian elok dan rambutnya kemas bersikat, pakai T-shirt jersi Chelsea lagi, mungkin peminat Chelsea tapi satu ja yg membuatkan dia nampak tidak kena iaitu dia memakai kain pelekat pada jam 1 petang, di kedai yang banyak orang. Wajahnya dan gayanya seperti orang normal. Sebelum aku masuk kedai tu, aku sempat melihatnya (sebab dia pakai kain pelekat la aku lihatnya), responnya? Dia memandang aku kemudian memandang budak kecik yg aku pimpim then terus pandang ke arah lain dengan pantas. Kalau sekali kita tengok dia, kita cuma menganggapnya orang normal macam kita.

Kali ni aku jumpa orang xnormal yang tak kacau orang dan orang lain juga tak kacaunya x seperti pakcik awie dan makcik senah yg pernah aku ceritakan. Mungkin orang lain dah terbiasa dengan dia, mereka tidak marah dia mengambil kuih sesuka hatinya, mereka juga tidak marah dia ulang alik, ke hulu ke hilir, tempat yang sama. Malah tidak ada sorang pon respon kewujudannya itu mengganggu orang lain. Berulangkali dia pergi ke kedai runcit sebelah tu kemudian dia datang balik kat kedai makan. Sebenarnya apa yang orang tu cari?? Pertanyaan ini yg bermain di kepala aku sebenarnya.

Orang kata, orang sakit mental ni boleh sembuh dengan ubat2 yang doctor bagi. Tp adakah org tersebut akan pulih sepenuhnya atau perlu bergantung kepada ubat? Pakcik awie dari dulu sampai sekarang masih lagi tidak berubah, masih berpelekat, tidak berbaju, dan bungkusan kecil yang diikat dengan kain pelekat, selalu dibawanya kemana sahaja. Tiada siapakah yg sudi merawat pakcik awie? Aku agak kesian juga sebab orang ramai sering mengganggu dan membulinya walaupon dia tak kacau orang.

Penyakit mental ni ada banyak jenis tp macam mana kita nak cam yg berbahaya atau tidak berbahaya kpd org lain?


*Berapa banyak soalan da.. sekadar berkongsi cerita..


Feb 9, 2014

Sehebat Ujian

Siapa kita di mata orang lain itu tidak penting, yang penting siapa kita dimata kita sendiri dan yang paling penting dimata Allah.

Tapi kadangkala keadaan membuatkan aku menilai sesuatu yang kurang baik pada diri aku sendiri. Aku merendahkan diri aku sendiri. Aku terlalu menyalahkan diri aku sendiri. Aku sedar ia tidak baik untuk aku, aku juga cuba untuk tidak beranggapan yang sedemikian. Tapi apakan daya, bila difikirkan balik apa yang terjadi itu adalah hakikat. Aku menerimanya. Tapi ia bukan penamat masih ada jalan penyelesaian lain. Hapuskan dan mengubah apa yang tidak kena. Percayalah dengan iklan anda mampu mengubahnya..hehe..


Ujian Allah tu sungguh indah.. Ia buat kita jadi lebih matang.. hebat kan?

Jan 16, 2014

PEMUJA RAHSIA

Diam-diam.. Kita memujanya..
Diam-diam.. Kita mengintainya..
Diam-diam.. Kita mengintipnya..
Diam-diam .. Kita utuskan surat kepadanya..dan beri macam2..

Kamu.. Secret admirer atau pemuja rahsia, Takkan semuanya nak secret..
Atau lebih baik ia secret untuk selama-lamanya..

Sebenarnya, apa pemuja rahsia ni nak dari kita? Sampai bila dia nak rahsia?
Adakah kehadiran pemuja rahsia ni lebih banyak beri kesan negatif berbanding positif?

Pada siapa aku harus bertanyakan soalan ni???


Jan 10, 2014

Manusia dan Tekanan



Manusia dan Tekanan memang sukar untuk dipisahkan. Semua orang pernah berasa tertekan bukan. Tidak perlu aku terangkan lagi bagaimana rasanya. Kita tertekan dengan macam2 masalah. Tertekan dengan masalah kerja, pelajaran, rumahtangga, sahabat, pasangan. Haiwan ada masalah tak? hehe..

Bila perhatikan orang-orang sekeliling, bermacam cara mereka cope masalah stress diorang. Kadang2 buat aku tergelak juga.

Bagaimana orang coping stres?

Adik aku bila dia stress dia menari dan memekik  sorang2 katanya. Dia menngadu masalah stress tu pada aku. Kerjanya yang buatkan dia jadi stress. Aku menasihatinya dan last2 aku kata itulah kerja. Mana2 sama ja. Then, dia diam.

Ada sorang kawan aku ni bila dia stress, jelas nampak diwajahnya, muka ketat ya amat, mata merah. Aku nak tegur pon takut.

Ada juga bila stress, pergi meraung atas bukit, tempat yg kurang orang lalu lalang, luahkan segala apa yang buat dia stress (macam dalam filem tu). Aku tidak pernah cuba cope dengan cara ini.

Ada yang tido sepanjang hari. Bila dia tido dia dah tak pikir masalah dia tu katanya. Habis bila dah bangun stress balik ka? Ya.. datang balik. Jadi, cope cara ni kurang berkesan.

Ada yang pergi shopping2, cuci mata ke sana sini. Katanya boleh hilangkan stress. Bila aku banyak duit kot aku guna cara ni.

Lecturer yg stress dengan pelajar yg mengadu banyak masalah padanya. Apa cara terbaik? Start kereta, pi balik umah, tinggalkan tempat yang buat kita stress tu. Tapi bagi yang terikat dengan masa bekerja tak boleh buat dengan cara ni.

Kat tempat kerja aku dulu, pekerja tu stress, kelam kabut betul buat kerja, sampai apa yang dia buat tu banyak silap. Bila bos check, hasil kerjanya kurang berkualiti. Kena berhadapan dengan bos balik. Tapi bagus la, sebab kerja banyak dia stres, pada masa yang sama dia cuba selesaikan masalah stress dia tu. Masalah berhadapan dengan bos tu, jangan risau, bos boleh bodek..

Mak aku stress? Dia mengamuk.. habis semua barang musnah.. tak lama lagi kosong la rumah aku. (sory mak, sy jadikan mak contoh). Semakin banyak barang yang dimusnah, semakin kurang stress..

Kanak-kanak ada stress tak? Ada, Cuma kita ja yang tidak mengganggapnya sebagai stress. Kecuali mereka yang betul2 memahaminya. Diorang kanak-kanak lagi, mungkin diorang tak dapat nak berbuat apa2. Cuma bergantung harap pada kita.


Setiap orang ada tahap tekanan yang berbeza sama ada sikit atau banyak. Yang mengawalnya bergantung pada kita sendiri, kawal cara yang betul atau sebaliknya. 

*Sekadar melepaskan bosan.


Jan 5, 2014

Masa dan makna


Semakin hari, sama ada secara pantas atau perlahan masa tetap pergi..
Masa tidak menunggu kita kerana dia sudah lelah..
Sudah lelah menunggu kita bersama-sama dengannya..
Bersama-sama dalam sesuatu yang bermakna..
Walaupun sudah dikirimkan masa berkali-kali..
Tetap jua kita abaikannya..

Mengapa kita harus abaikan masa?
Suatu hari pasti kita akan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan dengan masa...


Dec 30, 2013

PENUTUP 2013


Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku ingin menutup tirai entry terakhir bagi tahun 2013.

Terima kasih mak, abah, keluarga, sahabat2, cikgu2, lecturer2 dan sesiapa sahaja yang kenal diri ini mahupun tak kenal. Terima kasih buat hidup ini begitu bermakna, terima kasih kerana sudi berkongsi segala suka duka bersamaku.. Meskipun adakalanya terpaksa aku berjalan di atas pohon yang rapuh, tetap jua mereka berjalan bersamaku..

Buat sahabat2 seuniversiti, sefakulti, sejabatan atau sekelas, tiada istilah berpisah ok, kita pasti bertemu jua kalau tidak waktu yang terdekat mungkin waktu bergelar ibu atau nenek nanti. Meskipun raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat..

Tolong maafkan aku, kalau aku ada buat silap. Kadang2 kita tak perasan yg kita telah mengguris lagi menghiris hati seseorang, Itu ok lagi tapi bagi yang perasan dirinya telah membuat salah tapi susah untuk minta maaf. inila yang bahaya, kadang2 boleh menghantui kita.

Tapi kenapa ada sesetengah orang susah sangat nak meminta maaf walaupun dia tau dia bersalah? Dan kenapa pula ada orang yang mudah sangat minta maaf walaupun dia tak bersalah? Tapi sedarlah bahawa perkataan maaf itulah yang boleh tegakkan semula tembok yang runtuh. Kadangkala kita perlu mulakan dulu untuk minta maaf walaupun kita tak salah, simpan ego tu dulu dalam peti keselamatan, supaya ia selamat di dalam, jangan biarkan ia keluar menguasai kita, dan jangan risau penilaian orang terhadap kita nanti kerana Allah itu maha tahu segalanya.


Bercakap tentang azam tahun baru, ia masih sama spt azam 2013, azam 2013 aku belum tercapai ia harus ditunaikan dahulu sebelum aku buat azam baru.. Mungkin ia perlukan masa yang agak lama..

Ok, Hujung tahun ni juga bakal ditutup tirai oleh himpunan Guling Kerajaan. Bagaimanakah agaknya suasana himpunan itu?

Tergelak seketika apabila mendengar masih ada lagi yang menyeru kita berfkir positif terhadap kenaikan harga yang melambung.. Dengan alasan yg tidak ada logiknya. Mungkin yg kaya raya mampu lagi relaks dgn apa yg berlaku tp tidak bagi yang susah macam kami ni.. Menyeru rakyat berjimat cermat tp yg menyeru tidak berbuat sedemikian. Malah makin melambung2 tahap pembazirannya. Yang terbaru 15 juta dihabiskan untuk detik 2014. 



Selamat Tahun Baru Semua.

Good Bye 2013, Welcome 2014


Dec 19, 2013

HAPUSKAN SOCIAL LOAFING!!


Sesesorang yang bekerja secara kumpulan cenderung untuk curi tulang kerana mereka menganggap ada orang lain dalam kumpulan tersebut yang akan buat kerja. Tanpa sedar hal inilah yang banyak terjadi dalam kalangan pelajar, pekerja, keluarga dan kita2.. Jadi apakah yg akan berlaku jika adanya fenomena sebegini?

Inilah social loafing, Aku kenal dgn istilah ni waktu praktikal dulu, aku menggambarkan situasi kerja, lecturer aku suh baca istilah ni.. Tp sekarang jumpa balik istilah ni dlm subjek psikologi sosial.. inilah kelebihan belajar psikologi, kita akan kenal dengan pelbagai istilah, istilah2 inilah yang memberi jawapan kepada kita tentang sesuatu yang berlaku dalam hidup dan persekitaran kita.. Tapi tidak ramai yg tertarik dengan ilmu psikologi padahal ia penting, ia penting utk kita memahami manusia lebih2 lagi manusia yg suka pakai topeng.. (dh melarat2 tulisan)


Back to the point, susah kan kalau kerja kumpulan ni.. kalau kumpulan tu terdiri daripada individu yg bertanggungjawab takpa la.. Ni tak, sudah diberi tugas masing-masing, tapi masih lagi xtau erti tanggungjawab.. Yang taunya, beri alasan yang sudah lapuk, lebih lapuk lagi dari bujang lapuk.. Terlalu mengharapkan orang lain, tp tidak fikirkan orang lain... 

Macam mana nak atasi fenomena ni? Macam mana kita nak hapuskan tgkahlaku social loafing ni dlm kalangan kumpulan kita? ketuk kepala ke.. - Dr Malini i need you...


Dec 12, 2013

Kenapa Lelaki tu Simple?


Kenapa lelaki tu simple?

Pada suatu malam, jam 3am, ketika online fb, ternampak adik lelaki bongsu aku yang berumur 14 tahun tu online kat fb.. Lalu aku menegurnya kat chat fb..

Aku: Hey! kat kedai CC lagi masa ni.. Buat apa? Dah tengah malam ni, p la balik rumah.
Adik: Bukan CC, kt rumah.
Aku: Rumah? Online pakai apa pulak?
Adik: Pakai telefon.
Aku: Bila masa beli telefon? Telefon apa? Harga berapa? Ambik duit mana?
Adik: Kerja la..
Aku: Kerja kat mana? Kerja macam mana? Dengan siapa? Brp sebulan gaji?
Adik: Hentian gua musang..

Ya Allah, tengok.. banyak soalan yang aku tanya tapi adik aku hanya memilih salah satu soalan yg aku ajukan.. Dia hanya bagi jawapan seketul saja.. Bila dah jadi macam tu, aku terus call mak aku tanya lebih terperinci pasal dia.. Semua soalan aku dah terjawab.. Balik nanti nak tukar telefon dgn adik..

Satu lagi kisah, Pada suatu hari, Waktu menunggu abang ambil aku nak balik kampung.. aku sms abang aku..

Aku: Kat mana? Lambat lagi ka sampai.. aku dah ada kat bawah ni..
Abang: Jap..
Aku: dah On the way ka kat rumah lagi..? aku nak pi naik umah balik, nak pi tandas..
Abang: ok..

Ni Lagi satu, jawab macam tu ja.. pening kepala aku.. pertanyan xterjawab.. Memang la pertanyaan xterlalu penting tp ia memerlukan jawapan.. dah jelas2 ada tanda soal kat situ.. 

Aku tak marah diorang, cuma aku tertanya2.. kenapa lelaki tu simple..? Sebenarnya lelaki bukan simple dalam hal ni ja, banyak lagi dalam hal lain yg aku perhatikan, cukup la dgn subjeknya adik dan abang aku.. Tp xsemestinya semua lelaki simple.. 

Orang kata lelaki ni simple, wanita ni complicated.. benarkah?
Salah satu bukti kita boleh lihat dalam sms.. bila perempuan sms "kat mana?" kepada kekasihnya..
Sebenarnya, perempuan bukan sahaja mengharapkan lelaki tu menjawab persoalannya sahaja tp mengharapkan jawapan yang lebih panjang yg boleh mengeratkan hubungan mereka.. betul dak? Baik  kamu mengaku.. 

Perempuan ni agak lemah dgn ayat lebih2 lagi dengan ayat berbunga2.. Aku ingat lagi pesan daripada pengamal Neuro-Lingustic Programming (NLP), katanya berhati-hatil dengan lelaki jenis Auditory iaitu lelaki yang pandai berkata-kata dan pandai mengayat..

*Terlebih kafein sudah, susah mata nak tido..

Dec 10, 2013

KITA NI BIAS BUKAN?



Apa itu bias atau berat sebelah?
Kalau ikut kamus dewan bias bermaksud kecenderungan atau sikap prejudis terhadap seseorang atau kumpulan terutamanya dalam perlakuan yang tidak adil.
Bias ni sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bias ada macam2 jenis.. bias gender, bias dalam keluarga, kumpulan, kawan, pendidikan, kerja dan sebagainya.. Tapi kali ni aku nak tulis pasal bias pemikiran, ia istilah dlm psikologi sosial..  


Okay, cuba kamu sediakan kertas dan jawab soalan di bawah.. Tulis ja kat mana2, tp jangan tulis atas meja sptmana yg selalu kamu buat kat sekolah dulu tu..

1. Saya tidak hadir ke kelas hari ini kerana?
2. Pointer saya sangat baik berbanding dengan semester lepas kerana?
3. Saya berjaya dapatkan kerja itu kerana?
4. Saya gagal dalam subjek sejarah kerana?



Sudah? Okay.. Berdasarkan kepada jawapan kita, bila sesuatu perkara yang berbau kejayaan atau positif, kita cenderung mengaitkannya kepada faktor dalaman kita. Manakala sesuatu yg berbau kegagalan atau negatif kita cenderung memberi jawapan berdasarkan faktor luaran. Itulah yang dikatakan sebagai bias keutamaan kendiri atau self-serving bias..

contoh soalan 1 di atas, bagi yg jawab xhadir kls sebab bus lambat, demam, sakit perut, pening kepala atau sesuatu yg disebabkan oleh takdir (faktor luaran), sebenarnya dia sedang bias terhadap dirinya sendiri.. walaupun sebenarnya dia tidak hadir ke kelas kerana bangun lambat.. (faktor dalaman). Kita akan cari alasan yang tidak menampakkan yg kita ni buruk..

Bagi soalan 2, soalan positif kan.. kebanyakan orang cenderung untuk memberi jawapan berdasarkan sebab diri kita sendiri.. sudah tentu kita beri jawapan – pointer sy baik berbanding mggu lepas kerana kerja keras saya, usaha gigih saya.. ada ka orang bagi jawapan sebab saya meniru dalam exam walaupun dia betul2 meniru dalam exam..

Begitu juga soalan 4, jawapan kita- kerana subjek sejarah sangat susah, xde rezeki.. walaupun kita gagal kerana tidak membaca..


Jadi nak kata disini, pemikiran kita ni bias,kita akan mengaitkan sebab takdir atau orang lain atas perkara buruk atau nasib yg melanda diri kita, jarang sekali kita mengakui kesilapan kita.. kita akan cari juga sebab lain semata2 nak selamatkan diri kita…

Akan bersambung dgn tajuk bias2 yg lain..


Nov 22, 2013

Ingatan kita




Ingatan atau memori kita ni susah untuk diterangkan dan susah untuk faham bukan?
Tidak semua peristiwa yang kita lalui sebelum ni kita dapat ingat. Kekadang peristiwa yang kita tidak mau ingat, kita akan ingat, kekadang juga peristiwa yang kita mau ingat, ia hilang begitu sahaja dalam ingatan kita. Mungkin ada something wrong yg berlaku kat otak kita..


Ingat lagi tak apa yang kita buat pada hari isnin tarikh 12.11.12 ? Bermula dari bangun tidur sampai nak masuk tidur balik, ingat tak? Pasti tak boleh ingat semuanya bukan? Tapi ada juga orang yang boleh ingat semua perkara yang dia buat walaupun sudah bertahun-tahun lamanya, dia boleh ingat apa yang berlaku pada mana-mana tarikh, bila-bila ja dia boleh ingat baju apa yang dipakai, apa yang dia makan time tu, apa yang dia dengar… kita ni belum tentu ingat semua perkara yang berlaku semalam..  Itu kita namakan sebagai ingatan autobiografi atau autobiographical remembering. Ini tajuk yang baru aku belajar minggu lepas dalam kelas otak dan tingkahlaku. Yang mengajar Dr. Awang, satu-satunya lecturer yang cakap sangat laju, bagaikan tidak ada jedanya.. tapi faham ja apa yg diajar, Cuma kadang2 tak dapat nak tangkap.. Itu salah otak aku atau orang lain juga berasakan hal yang sama spt aku? Haha..


Ok, berbalik kepada tajuk td.. Betul ka ada orang yang boleh ingat semua? Mcam mana dia boleh jadi macam tu? Kalau dia boleh ingat semua bermakna semua yang dia baca, dia boleh ingat? Tak ke peningnya? Aku pon dah rasa pening ni.. pening mencari jawapan.. rasa nak jadi macam dia ja sekejap, nak rasa apa yang dia rasa bila diberi kelebihan macam tu.. lepas tu aku balik kpd diri aku yang asal.. (ingat power rangers ke nak bertukar2 ni)


Lecturer bertanya zaman manakah yang banyak kita ingat?

Mungkin ramai yang kata zaman remaja, sebab zaman remaja lah yang banyak sangat mencipta kenangan2 yang tak dapat kita padam dalam ingatan, zaman kita dengan kawan2, dengan buah hati, berseronok, berpoya dan bermacam-macam hal lg.. tapi aku tak, ia zaman aku mengalami kecelaruan.. apa yang aku celarukan? Malas nak cerita, aku tak nak ingat kenangan yang tidak membahagiakan aku.. Cuma hal yang betul2 bermakna jela yang ingat berbanding banyaknya pada zaman kanak-kanak.. Kalau waktu dapat diputarkan, aku pilih kembali ke zaman kanak-kanak, skip zaman remaja.. terus sambung umur 18 ke atas.. (istilah “kalau” semuanya boleh). Sungguh indah zaman kanak-kanak bukan? lebih-lebih lagi yang berasal dari kampung, itu zaman “Hak bermain, hak kita”.. sebab berhak la kena rotan dengan abang, cubit lg.. ia bukan hukuman sebab melakukan kesalahan ia hukuman yg bermaksud jangan ada lagi result exam yg seteruk result UPSR.. haha..amik kau fara.. 




Nov 15, 2013

Mimpi Oh Mimpi


Semalam aku bermimpi sesuatu tapi aku gagal mengingatinya semula... mimpi tu ada lagi dalam kepala aku.. cuma mungkin tidak ada cue untuk aku ingat balik mimpi tu, mungkin jugak suatu hari mimpi tu akan aku ingat bila adanya cue.. Mungkin mimpi itu kurang penting bagiku, tak payah la ingat... 

Kenapa ada mimpi yang kita ingat dan ada yang kita tak ingat?

Betul ka berdasarkan pembacaan aku, kita bermimpi setiap hari...?

Macam mana kita boleh ingat dan macam mana kita tak boleh ingat?

Mimpi ni ada mimpi buruk ada mimpi baik bukan?

Mimpi apa yang terus kekal dalam ingatan kita sampai sekarang?

Banyak juga ingat tapi takda la banyak..  Mimpi yang paling aku ingat ialah mimpi aku dalam sungai.. mimpi ni dah lama berlaku tapi aku tidak ingat bila, mimpinya begini.. Di sebuah sungai yang luas, belakang umah aku ja sungai tu, tapi yang peliknya tidak ada air, cuma aku sorang yang berada disitu, aku mencari-cari kemana perginya manusia lain.. Bila aku pandang belakang aku, aku nampak air sungai yang laju turun.. Perasaan aku masa tu..sangat takut.. aku lari.. air sungai makin menghampiriku.. aku lari seboleh-bolehnya, sungai makin hampir.. tapi sikit pon tak kena.. Tiba2...

"Bangun la zura wei, dah pukul brp ni..." -Mak aku membebel..  Sedar dari tidur, termenung sejenak..

Satu lagi mimpi arwah nenek, aku pakai baju arwah nenek.. Tetiba aku pulak yang jadi arwah nenek aku. Orang tergamam lihat nenek masih hidup. Tapi wajah aku tidak muncul lagi selepas memakai baju arwah nenek.. Ke mana perginya aku..

Aku dengar ada satu alat dicipta untuk wujudkan mimpi mereka sendiri.. Orang yang nak mimpi tu kena lihat terlebih dahulu gambar yang nak dimimpi , lepas tu record jalan cerita.. Nama alat tu Yumemi-Kobo, ia produk dari Jepun, aduh.. canggih betul.. Tapi betul ka..? Macam pelik jer..

Kalau anda ada alat tu, nak mimpi apa??? haha.. mesti korang nak mimpi Aeron Aziz ni..



Nov 13, 2013

Pekerjaan yang paling mahal gajinya..


Tahukah anda pekerjaan yang paling mahal gajinya di dunia ialah berfikir. Satu idea hebat ada yang bernilai berjuta-juta ringgit, dan ada juga idea yang tdk perlu dibayar tapi mampu mengubah dunia. Itu adalah pekerjaan berfikir.

Siapakah orang yang "berfikir"..?

Orang yang pandai berbahas/berdebat ialah orang pandai berfikir- (Ini hanya perangkap)

Orang yang dapat jawab soalan matematik yg susah dan teka teki ialah orang yang berfikir- (Ini hanya perangkap)

Orang yang jawab soalan sukar yang diberi cikgu ialah orang yang pandai berfikir- (Ini hanya perangkap).

Semua orang-orang di atas ni sudah tentu orang yang pintar atau IQ yang tinggi tapi tidak semestinya orang yang mahir berfikir. Kenapa pulak? Menurut Ainon Mohd, ramai orang yang pintar, apabila berfikir mereka hanya mengambil sudut pandangan mereka sahaja, mereka akan mempertahankan sudut pandangannya dengan menggunakan IQ mereka. Bila dah jadi macam ni, mereka rasa tak perlu nak dengar pandangan atau pendapat orang. Mereka ada ego yang tinggi, mereka anggap merekalah yang betul dan menganggap orang lain salah. Ini lah orang panggil gegala "perangkap kepintaran".

Cuba lihat orang2 disekeling anda.. ada dak gegala ni? aku sudah jumpa jawapannya, Baru aku faham.. sebelum ni aku hanya tanya pada diri aku sendiri kenapa dia jadi macam tu... Bila aku selongkar buku ni, baru jumpa jawapan.. So, aku tak yah la nak pening lagi bila tengok kelakuannya macam tu..

Habis siapa orang yang berfikir ni..? Orang yang berfikir ialah orang yang mempunyai persepsi yang luas, pandai membuat ramalan, pandai cari maklumat baru, pandai memberi nilai kepada maklumat. Misalnya, walaupun kita tak diberi maklumat lengkap ttg sesuatu masalah, kita boleh guna otak untuk menghasilkan maklumat tambahan sendiri. Dalam erti kata lain ialah berfikir.. Jadi, kita kena banyak persepsi la sebab persepsi ni la proses pertama kita dalam berfikir. Apa kebenda persepsi? Persepsi merupakan proses minda kita membaca alam,mentafsir alam, dan memahami alam.. Berapa kerapkah kita berpersepsi setiap hari?Jadi, berapa kerapkah kita berfikir? Time mana otak kita kita berfikir?   Entah..aku pon tak tau..kena banyak membaca.. yang aku tau, bila kepala otak kita penat time tu la kita banyak fikir..apa yang difikir tu Wallahu'alam la..


Jadi, Marilah kita sama2 rebutlah peluang kerja ni.. Mahal gajinya..hehe..



Nov 8, 2013

Gua Musang oh Gua Musang.


Gua Musang? Mungkin ramai yang belum kenal dengan sebuah daerah ni. Gua musang merupakan sebuah daerah yang terletak di sebuah selatan negeri kelantan yang mana merupakan sempadan antara negeri Kelantan dengan Pahang, Perak dan Terengganu. Gua Musang tempat aku dibesarkan bukan tempat membesar yer. Apa yang ada di Gua Musang? Anda pergi melawat Gua Musang.. Pasti Gua-gua disana yang menjadi tarikan..hehe.. Sebenarnya banyak tempat menarik di gua musang cuma aku yang xbanyak melancong dan melencong walaupun tempat aku sendiri.. Pergilah ke sungai Neggiri atau sungai ketil kalau nak berakit ka, berkayat ka.. Pergilah ke Taman Herba (taman Etnobotani) kalau nak rock climbing, flying fox atau abseiling.. Aku tak pernah g rock climbing, ni semua salah abang aku, dia dah banyak kali pergi tapi tak pernah nak ajak aku..tak pernah cerita dia pergi mana2, aku tau dia ke sana sini pon melalui kawan aku.. Kawan aku selalu tanya " Farah..kau xikut abang kau ke g daki bukit..?" Jawapan aku "hah yaka?(dalam hati)... Aku ada hal,malas nak ikut.." Kat rumah aku buat muka masam dia buat det..ja. (Emo sekejap)

Rumah aku terletak di tengah-tengah bandar antara bandar baru dan bandar lama.. Di kawasan DUN Galas yang tak pernah dimenangi oleh PAS kecuali pada PRU 2008 yang tergempar tu..  Dulu banyak padang, pokok dimana tempat aku bermain layang2, sorok2, guli dan segala macam jenis mainan zaman dulu tapi sekarang dah banyak bangunan, sebab tulah aku tengok budak2 dok main atas jalan.. takda tempat bermain rupanya.. Tapi aku bertuah sebab rumah aku dekat dengan hospital, sekolah, stesen bus, keretapi dan shopping mall...hehe.. Senang apa2 nanti..

Pemandangan dari atas

(apa yg paling aku suka ialah gua)

Bandar Baru

Hospital 

Stesen Keretapi


Sungai Neggiri

Taman etnobotani (Tempat PLKN)

Gua Madu- tempat yg sering aku lepak suatu ketika dahulu.
 Tempat yang terkenal dengan sup gearbox..


Zaman kecik2..

Iman yang comel






Tengok gambar.. semua berlatar belakangkan gua.. Sebab tu nama Gua Musang... Kenapa Musang? Sebab Gua tu musang punya... Dia ada sejarahnya.. Ceritanya begini.. Pada suatu ketika dahulu, ada sekumpulan orang asli keluar memburu, mereka ternampak Musang mengejar Ayam hutan di kawasan gua (salah satu gua) tu, tetiba ayam hilang.. Kejadian berulang pada hari berikutnya, Mereka menganggap gua itu gua musang punya maka diberi nama Gua Musang.. 

Waktu kecik2 dulu aku selalu dengar cerita misteri dari kakak dan abang aku berkenaan salah satu gua yang terdapat di gua musang... Ada harta karun la,ada penjaga la..ghost la..  masa tu aku terbayang macam cerita Ahmad Albab, aku pernah mengajak kakak aku pergi semata2 nak cari harta karun.. nak tau betul ke tidak.. Tapi sampai sekarang aku belum pernah menjijak kaki ke gua tersebut.. Tidak ada sorang pon yang ingin temankan aku...





Nov 1, 2013

Mirror Neuron?





Berapakah neuron dalam otak kita? Jawapan dari uncle google ialah 100 juta, ada juga 100 billion. Betul ke entah google ni..buat aku pening ja.. aku kena tanya balik cikgu sains yang selalu aku peningkan tu..
Neuron merupakan sejenis sel saraf yang berfungsi menerima dan menghantar maklumat ke otak kita. Ia boleh dikatakan sebagai alat untuk menghubungkan otak dan respon kita.

Ok, berbalik kepada tajuk. Apakah bendanya Mirror Neuron (cermin neuron) itu..? Mirror neuron merupakan salah satu neuron yang ada dalam otak kita. Kenapa nama mirror? Cuba kita pandang cermin, kita senyum dan buat muka comel-comel , yang dalam cermin tu ikut kita dak? Tiru kita dak? ha.. Itulah kita, kita adalah cermin dari yang kita tiru. Mengikut pembacaan, Mirror neuron dikatakan sebagai respon otak kita berkaitan dengan keupayaan kita meniru dan bertindak. Sebab dialah kita boleh belajar, berprososial dan berempati. 

Misalnya, masa sedang menonton ombak rindu, tengok Maya karin dan Aoron aziz asyik nangis je keje, jadi mirror neuron ni la dok antar respon kat otak dan dengan kita-kita sekali dok nangis, ada rasa yang sama macam maya karin rasa.. empati la katakan.. apa itu empati? Empati ialah keupayaan seseorang merasakan apa yang orang lain rasa... Lebih kurang gitu la contoh..

Pada awalnya pengkaji buat kajian dalam kalangan monyet. Monyet yang melihat kawannya yang tengah makan pisang secara automatik terdapat satu neuron dalam otak monyet tu menjadi aktif yang mana neuron sama yang telah diaktifkan oleh kawannya itu. Jadi otak monyet yang hanya dok tengok tu sama dengan otak monyet yang dok makan pisang. Kemudian, pengkaji mula buat kat manusia pula. Hasilnya sama. 

Cuba perhatikan budak yang dok tengah main game kereta, seolah2 dia yang tengah drive, kepala kiri kepala kanan.. tekan break pon dengan badan2 sekali.. lebih dasyat dari orang real drive... Terlebih mirror neuron kot...

Mirror neuron ni ada dalam setiap otak manusia cuma yang bezanya sejauhmana tahap kemampuan seseorang untuk bertindak.. Bagi kes kanak-kanak autisme, mereka mungkin lambat sedikit dalam peniruan atau pemodelan.. Dalam bahasa misalnya, mereka mungkin agak lambat belajar bercakap.. 

Sebenarnya banyak lagi persoalan2 yang bermain tapi aku belum lagi teroka dengan sepenuhnya tentang istilah ni.. Ni istilah yang baru aku pelajari beberapa hari yang lepas.. Kalau anda ingin tahu dengan lebih banyak, cari ja kat internet..

*Maaf, baru perasan berterabur aku tulis..


Oct 10, 2013

Macam ni ke gejala Autisme?

Beberapa bulan yang lepas, bila aku bersama iman anak buahku, muncul keraguan dihati tentang kelakuannya yang aku perhatikan agak pelik sedikit berbanding dengan kanak-kanak lain. Biasala semestinya aku akan berfikir positif, mungkin itu memang sikapnya tetapi makin lama makin banyak kelakuan yang tidak sepatutnya ada pada kanak-kanak yang normal.. Tapi sekarang aku mula terfikir balik, otak aku tak henti2 fikir dan nak tau apa dan kenapa iman ada tingkahlaku yg sedemikian rupa. Bila fikir2, aku tak dapat jawapan, jadi aku bertanya kepada lecturer aku, dia kata mungkin budak tu hyper atau autisme.. Jadi aku selidik la apa simptom2nya.. Hasilnya, banyak simptom autisme ada pd iman.. Tapi itu belum check dan test lagi, macam mana nak pergi check, dengar perkataan hospital pon iman nangis tak mau pergi.. Balik nanti pasti kami akan cari cara lain untuk iman pergi jumpa Dr. Antara simptom2 tu..

Iman akan menangis dan mengamuk tanpa sebab-Pada hari tertentu, sebelum dan selepas tido dia mengamuk, sudah habis orang bertanya apa yang iman mau tetapi dia tidak memberi sebab kenapa, biasanya bila ditanya dia terus jawab apa yang dia mau. Bila orang menegurnya dia akan mengamuk kat orang tu, dia akan serang orang tu, aku pon pernah diserang sampai lari lintang pukang. Agak lama la jugak dia menangis, bila makcik dan pakcik dia dah tak tau nak buat apa kitorang biarkan sahaja. Beberapa jam kemudian dia akan berhenti menangis, dia mula senyum dan bermain seperti biasa. 

Iman juga cenderung mencederakan diri dia kalau dia tak dapat balas balik apa yang orang lain buat kat dia. Adik lelaki aku suka mengusiknya, bila dia terlalu marah dia cederakan diri sendiri seperti hantuk kepala ke dinding, mengigit tangannya, mengetuk kepalanya. Kanak2 lain mesti takut nak buat semua tu. Bila aku baca self injuries behavior itu adalah caranya untuk menarik perhatian orang dan ingin seseorang tu berasa bersalah kepadanya. Yang ni aku paling risau, dia akan buat apa saja cara untuk cederakan dia sendiri semata2 nak tarik perhatian orang.

Kadang2, Iman tak boleh disentuh ketika dia sedang tido, aku tak tau pula kenapa, waktu kecil2 dulu tidaklah seperti ni. Iman juga ada perangai pelik dalam pemakaiannya, ada sesetengah pakaian dia tidak selesa memakainya dan dia selalu memilih seluar pendek berbanding seluar panjang, aku tanya kenapa taknak seluar panjang, dia hanya menggeleng kepala. 

Iman juga kadang2 akan jadi seperti budak hyperactive, dia tak boleh dok diam. Bila dia main, dia cepat bosan dan mudah beralih perhatian daripada main tu kepada main yang lain. Lepas dia main kereta, tak sampai beberapa minit dia pergi menunggang basikal pula kemudian dia akan memanjat kerusi la, terjun dari kerusi la. Macam2. 

Dalam aktiviti belajar, dia susah sikit nak bagi tumpuan, aku ajar dia menulis, mengeja dan mengira perkara basic macam huruf A-Z, 1-10, dia agak slow sedikit tapi dia dah boleh mengira sebab tiap kali naik tangga sambil pegang tangan iman aku akan mengira dan iman ikut mengira. Bila aku perhatikan, satu kelebihan yang ada pada iman ialah daya ingatan dia, dia cepat mengingat sesuatu. Misal, jalan kemana2, dia tau jalan ke hospital sebab tu setiap kali mak aku bawa dia g hospital dia akan nangis dan mengamuk, belum sampai hospital lagi, dia dah kata taknak pergi, dia takut hospital sejak dari peristiwa dia demam teruk tu, mungkin dia tidak suka jarum di tangannya. Mungkin dia ingat lagi. Kadang2 sesuatu keadaan yang aku rasa tak mampu dingat oleh aku dia ingat.


Aku harap bila pergi check nanti tidak ada apa2 yang berlaku kat iman..



TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...