May 31, 2013

Kecelaruan apakah ini?




Assalamualaikum pembaca tersayang..

Semenjak dua menjak ini aku berasakan fikiran aku terlalu kacau.. aku terlalu banyak berfikir.. entah apa yang difikirkan aku, aku pon tak tau.. kadang-kadang aku berfikir tentang sesuatu yang tidak ada jawapannya… dan pertanyaan yang ada dalam fikiran aku ni, mendesak aku untuk mencari jawapan… 

selagi tidak dapat jawapan, selagi tu fikiran aku kacau.. Rasa berdentum-dentam ja dalam kepala otak ni..
Mungkin aku tak cukup rehat.. dan perlukan rehat.. tidur aku pon tidak teratur.. aku tidak biasa tidur awal.. paling awal jam 3pagi aku masuk tido dan bangun subuh kemudian tido balik beberapa jam, bangun pula jam 8.30 untuk ke kelas… kadang2 kitaran tido aku tidak sempat untuk masuk ke alam mimpi pon..


Memang di wajah aku kecelaruan itu tidak nampak, tapi dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu.. Kecelaruan apakah ini?  Aku harap aku akan pulih kepada sedia kala…Doakan saya..

May 30, 2013

Sebenarnya..dia bukan gila!!


Setiap kali aku melihat getah.. aku mesti teringatkan pakcik yang orang kampung gelarnya sebagai awie gila.. pakcik tu sebenarnya bukan gila tapi dia sakit..dia sakit mental.. orang ja anggap dia gila sbb xtau apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan gila..

Orang kata pakcik awie takut kepada getah, aku tak tau kenapa, mungkin dia pernah dibidas ataupun dilastik oleh orang2 sebelum ni sehingga dia fobia bila tengok getah.. macam cicak man la pulak takut getah, pernah pakcik tu datang rumah aku, dia kata rumah aku cantik dan dia suka dok umah aku, dia tak ganggu orang sebenarnya, orang yang ganggu dia..

aku ni apa lagi takut la bila dengar orang kata nanti dia pukul, aku terus pi dapatkan getah dan cuba berlagak macam orang nak melastik.. dia dengan gegasnya terus bangun dan keluar dari rumah aku bila nampak aku nak lastik.. aku lihat muka pakcik tu bengang gila dengan aku tapi aku hanya sengih-sengih la..

aku selalu dok pikir, macam mana pakcik tu boleh jadi sakit mental er?? Sebab apa dia jadi lagu tu? Agak-agaknya macam mana er fikiran orang gila? Selalunya apa yang ada dalam fikiran orang yang tak normal macam pakcik tu er?

Kadang-kadang soalan yang aku tanya tu buat aku pening kepala ja, aku ni kalau ada soalan mesti aku nak jawapan dia..  kalau nak g temubual pakcik tu, orang sakit mental boleh bagi jawapan betul ka?
Pastu aku lihat gaya dan action pakcik tu, dia tak penat ka ke sana ke mari tanpa tujuan? Jalan pusing-pusing, cakap sorang-sorang..

Selagi dia boleh berjalan, dia jalan, aku rasa dah banyak kali dia pusing meronda-ronda kampung aku, dan banyak kali sudah dia singgah rumah aku dan mengatakan hal yang sama, katanya rumah aku cantik, tuan rumah pon cantik.. aku hanya biarkan dia, asalkan dia tak kacau aku..
Pakcik tu tak penat ka berjalan tak henti2? Apa dia cari sebenarnya..?

Dan ada sorang lagi orang sakit mental tapi dianggap gila di kampung aku, dia digelar “senah metol”. Dia sebaya mak aku, Mak aku kata dia gila sebab dia pernah gugur, sejak dari tu dia jadi tak betul.. mungkin xleh terima hakikat..

Sebulan yang lepas time aku balik kampung , makcik tu ada lagi aku ingat dia dah tinggalkan kampung tu, dah 10 tahun aku tak nampak dia, tetiba bila aku balik elok ja dia lalu belakang umah aku sambil nyanyi lagu saloma..dengan gincunya yang merah-merah delima.. tapi dia nampak sudah semakin maju, pakaiannya sudah cantik.. hanya  namanya  tetap dipanggil senah metol, walaupon dia sudah tidak mental lagi..


10 tahun dulu, makcik ni kadang2 betul kadang2 tak betul, pelik juga.. kalau nak bersembang dengan dia boleh tapi jangan lebih daripada 3 minit.. kalau tak kata2 dia tu dah jadi tak betul..melarat habis.. aku tak pernah bersembang dengan makcik tu sebab mak aku tak kasi..

pernah kawan aku cerita masa dia sembang dengan makcik tu.. tetiba ja dia sebut mak dia dengan ada panggilan arwah kat depan.. sedangkan mak dia belum meninggal lagi.. dia kata.

“ arwah mak akak pon suka buat sambal belacan, dah la arwah mak akak cantik”

Bila dah keluar kata2 yg tak betul tu, kawan aku terus ja bla..

Ada satu lagi, time aku pi outbound kat Bandung hari tu, aku ternampak orang sakit mental berjalan tanpa seurat benang pon, aku dan kawan2 terkejut gila..tapi kitorang tak pandang lama2 ok, sekali pandang itu pon terpandang... dia seolah-olah berjalan sendiri, maksud aku dalam dunia ni dia sorang ja yang ada.. aku lihat manusia yang lalu lalang depan dia, seolah-olah manusia tu tak wujud pon.. 

Kesian jugak er orang yang sakit mental ni.. mental dia tak sihat, kacau, tak leh nak berfikir macam orang biasa malah yang ada dia fikir tentang sesuatu yang tidak pernah ada jawapannnya.. tapi kadang-kadang dia lagi pandai daripada kita.. pakcik awie yang aku cerita dari awal tu, budak2 test dia suh eja perkataan “ everest ” Dia boleh eja.. boleh cakap omputeh lagi.. my name is awie but i'm not crazy.. budak2 yg xtau pape just gelak ja..


Dan sekarang...aku pon dah jadi poning, aku dok fikir pasal masalah orang.. masalah aku sendiri pon belum selesai.. baik aku berhenti disini sahaja. Sekian.


May 18, 2013

Cerita Termenung dalam Menung..


Semasa menunggu bus untuk ke kampus tercinta, aku termenung sejenak kerana waktu itu sahaja peluang yang aku ada untuk termenung.. aku lihat orang yang menunggu bus hanya sepi, diam membisu tanpa kata.. aku mencuba untuk meneroka apa yang yang difikirkan oleh penunggu bus kerana aku melihat masing-masing khusyuk seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.. tetapi aku bukan lah orang yang handal untuk meneroka fikiran orang, bukan juga paranormal yang boleh membaca hati orang.. aku hanya boleh mempersepsikan dialog yang keluar melaui fikiran penunggu bus itu.. terlihat lampu-lampu yang menyala dan juga tidak berapa menyala.. tapi itu hanyalah persepsi aku.. persepsi itu kadang kala boleh menipu..


Dalam termenung, aku juga memikirkan bagaimanakah aku pada hari-hari yang akan datang.. terasa masa begitu pantas berlalu.. padahal aku rasa baru semalam meraikan tahun baru.. azam tahun yang lalu sudah tercapai tetapi azam tahun ini mampukah tercapai... dan waktu termenung itu jugalah mencari idea bagi menyusun jadual bagaimana untuk aku siapkan kerja-kerjaku yang melambak-lambak..

Oleh kerana terlalu boring menunggu pakcik bus datang, aku membuka dompet dan usha-usha apa yang ada dalam dompetku, aku ambil resit yang last sekali masa aku keluarkan duit.. alamak.. duit aku makin lama, makin kering.. aku memikirkan jalan macam mana untuk mendapatkan duit dengan status seorang pelajar.. keadaan tdk mengizinkan aku utk mencari duit sendiri... kadang-kadang malu jugak terpaksa minta duit dengan parents, maklumla kan dah besar..

Dalam termenung juga teringat peristiwa sekumpulan pakcik2 yang sedang berdebat pasal politik.. telinga aku curi dengar sedikit perbualan di sebuah pondok usang orang2 tua itu.. sudah lama PRU 13 berakhir, tapi masih lagi ada suara2 yang hangat dan hangit di sana sini.. ada suara tidak puas hati dengan keputusan yang dikeluarkan.. alahai pakcik..sudah la..terima la hakikatnya..

Sudahlah bercerita tentang dakwat, pengundi hantu kak limah, blackout whiteout.. semua itu adalah taktik.. kasihanilah hantu kak limah yang tidak bersalah dikatakan bersalah.. dan white tu lebih suci kenapa pula hendak memilih black..hehe.. 

lantas...Aku tersedar dari lamunan, aku lihat semua penunggu bus bergegas bangun menuju ke bus yang sudah ada di depan.. aku ja yang tak perasan sejak bila bus tu sudah ada di depan aku.. mereka berebut-rebut hendak naik.. apa lagi aku pon berebut juga la.. haha.. kata lecturerku itu merupakan tanda bahawa prinsip rukun negara yang kelima hampir pudar..


May 15, 2013

CIKGU OH CIKGU..




Cikgu oh cikgu..
Tanpa cikgu saya tidak akan menjadi macam saya sekarang..
Jadi yang macam mana..? saya boleh menulis, membaca, mengira, mewarna, dan sewaktu dengannya…hehe..kira menjadi la tu..

Selamat hari cikgu sedunia..

Bila aku recall balik apa yang berlaku pada aku pada zaman sekolah dulu..
Macam2 cacatan yang indah malah yang kurang indah pon masih lagi berlegar-legar bermain di minda aku..

Antara cacatan2 itu ialah waktu kelas fardu ain.. darjah 3, semua pelajar diberi tugas untuk menulis perkataan “Alhamdulillah” dalam tulisan jawi.. Macam biasa ustaz mesti jalan2 ke setiap meja, pastu ustaz berhenti di meja aku..pastu mengusap kepala aku dan mengatakan yang tulisan jawi aku sangat bagus.. apa lagi kembang la hidung 3 inci..hahaha.. kawan aku sebelah tu tetiba masam muka dengan aku, mungkin dia kecil hati sebab ustaz tak puji dia.. jadi, aku pon tak sedap hati.. aku kata la yang tulisan aku tak cantik pon tulisan dia lagi cantik..dia terus senyum.. tengok!! Pujian salah satu cara untuk buat orang suka kat kita.. 
sampai sekarang bila jumpa ustaz tu dia selalu kata “ cantik tulisan jawi fara”.. Terima kasih la Ustaz..

masa darjah lima, cikgu lempang pelajar dengan buku, semua kelas aku kena termasuk aku, sebab? Semua tak siapkan homework.. hui, boleh tahan jugak sakitnya, ada kawan2 aku sampai menangis, aku tak menangis sebab aku keras sikit..haha.. Tapi aku tahu mungkin cikgu tu menghadapi stress yang sangat tinggi.. kalau aku jadi cikgu pon, mungkin aku jugak bertindak begitu.. pelajar ni pon satu.. malas buat kerja.. itula ganjarannya.. tp malas tu sebab apa? Mesti ada sebab kan..
tapi nasib baik la cikgu pukul aku masa tu.. kalau tak aku tak berubah jadi budak yang rajin buat kerja sekolah lps tu tapi kerja sekolah bg subjek cikgu tu ja la.. hehe..

Dan sekali lagi cikgu yang sama marah aku sebab didapati meniru dalam kelas..haha.. aku salah seorang pelajar yang nakal jugak tapi aku budak baik..haha.. terima kasih cikgu sejak peristiwa tu saya jadi takut nak meniru.. dan maafkan saya sebab buat cikgu marah..

Ada cikgu yang sangat baik dengan aku, walaupon aku ni malas sangat nak belajar subjek dia.. disebabkan keprihatinan cikgu dan sungguh2 dalam mengajar, aku mula minat dengan apa yang cikgu ajarkan…bila exam hampir tiba, cikgu berpesan kepadaku “ fara..buat yang terbaik ya” aku nampak senyuman dan wajahnya seperti seorang ibu berpesan kpd anaknya dan exam SPM aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek dia..hehe.. then aku pi jumpa dia, wajahnya menunjukkan yang dia sangat gembira…

Terima kasih cikgu..atas keprihatinan cikgu… walaupun saya pelajar yang nakal, bermasalah dan banyak karenah.. Cikgu terus support saya tanpa sedikit pon kata2 keluhan dari cikgu..

Ada Cikgu yang sangat sporting dan sempoi.. bila cikgu mengajar ada saja lawak cikgu.. Cikgu selalu kata“fara ni proaktif la..patutnya semua tiru macam fara..” haha.. aku ingat lagi kata2 tu..  itu sebab aku tak suka tunggu cikgu suruh buat latihan.. dah memang dalam buku tu semua latihan kena buat.. jadi aku buat la then suh cikgu check bagi markah.. lain la kalau cikgu kata xyah buat..
Sebenarnya cikgu sedang guna teknik yang betul, memuji pelajar dapat memotivasikan pelajar untuk btgkahlaku positif dalam pembelajaran..

Tapi aku sangat sedih bila ada pelajar yang kata cikgu ada sikap bias, not fair, pilih kasih dan sebagainya.. orang kata cikgu buat aku macam emas sedangkan mereka gangsa saja. aku tengok cikgu bagi layanan yang sama ja dalam kelas Cuma cikgu sering sebut nama aku dalam kelas dan aku selalu ja kena tanya soalan.. Kenapa cikgu suka sebut nama aku itu aku tak tau.. mungkin nama “fara” tu komersial.. mudah ingat dan mudah sebut kot.. ada yang kata aku membodek cikgu.. oh no! itu tidak benar, Aceli.. aku adalah manusia yang  sedikit pon tidak pandai untuk membodek orang.. aku rasa tak perlu nak bodek2 nak dapatkan ilmu dari cikgu.. Tapi xpa la, biasa la manusia kan.. 

Terima kasih  Cikgu, sungguh besar jasa cikgu sehingga tak terbalas emas permata..
Teruskan usaha mendidik anak bangsa..


May 11, 2013

KISAH SEORANG IBU..


              Mak..oh.. mak..
           Dialah emakku dan dia jugalah abahku.. abahku bukan sudah pergi buat selama-lamanya tetapi jodohnya tidak panjang dengan mak aku.. dia pergi meninggalkan kami sekeluarga.. lalu membina kehidupan baru bersama keluarga barunya..

           Mak aku seorang yang sempoi dan sporting.. dan mak yang tidak mengongkong anaknya..

           Dia selalu berkorban untuk anaknya, sedangkan anaknya nak berkorban pon masih lagi berkira-kira.. teringat lagi di waktu kecil.. aku datangnya dari keluarga yang susah, adik-beradik ramai, kadang-kadang untuk mendapatkan sesuap nasi itu amat perit.. mak aku selalu mendahulukan anak2nya.. dia tidak kisah kalau dia tidak makan.. 
          kami yang kecil2 ni mana tau apa, tau makan ja.. tapi kami bersyukur kerana kami makan bukanlah kerana untuk kenikmatan tapi untuk hidup..
           
         Mak aku ni seorang yang hebat, dia hebat sebab berjaya membesarkan anak2nya yangramai pulak tu.. kadang2 aku terfikir jugak.. macam mana mak boleh jaga anak mak yang ramai ni.. mesti 1001 macam penat lelah yang ada...

             Mak kita ni mulut masin tau, janganlah kita buat benda yang dia tak suka sebab dia tahu apa yang akan jadi dengan anak dia.. gerak hati ibu ni sangat kuat..

             Teringat masa kecil, aku nak g sentuh monyet, nak gosok anak monyet, sebelum ni aku sentuh tak da pape pon yang jadi kat aku, anak monyet ni orang kata jinak.. pastu suatu hari aku nak p sentuh monyet ni, tapi mak aku tak bagi.. 

            dia kata nanti monyet gigit, aku kata mana ada gigit, monyet jinak.. pastu aku xdengar kata mak aku aku p jugak.. then, memang betul la monyet tu gigit aku kat tangan, boleh tahan ajam tjugak gigi monyet  sampai nampak kesan lubang bntuk gigi monyet tu.. ha.. itula padahnya tak dengar kata mak..

            Lepas kejadian tu, aku dah tak berani nak lawan cakap mak aku dah.. mak aku kata jangan, jangan la..

             Ok, aku  akhiri dengan ucapan selamat menyambut hari ibu..
             Ibu..Ibu.. engkaulah ratu hatiku..
             Bilaku berduka.. engkau hiburkan selalu...

             (*Lagu diatas adalah hadiah buat insan yang bernama ibu..anggaplah saya yang nyanyi dengan suara yang merdu bagai buluh perindu yanng ditiup aingin taufan..haha)

May 10, 2013

Tulisan Kak Ton mana ni? Comel sangat..

(sila tekan untuk lebih jelas)

Tulisan time battery full. Comel tak?
Mata segar bugar lagi time menulis..
Tapi taklah secomel kak Ton.



Tulisan time battery Low.
Mata tak dapat menolong aku daripada terus menulis.
Hasilnya.. apa dah jadi..?tulisan kak ton mana plk ni?

*persoalan= Kak ton tu sape sebenarnya? Kenapa namanya begitu hangat disebut-sebutkan dalam perbualan harian tidak kirala yang kanak-kanak, muda dan tua?

May 9, 2013

Sikap Tangguh Kerja ~~~ Stress.


Saya sedar bahawa saya sekarang sedang mengalami stress ataupun dipanggil tekanan..
memang raut wajah saya tidak menunjukkan stress kerana sejak dari kecil diasuh untuk sentiasa bersikap cool..
tetapi dalaman saya berdentum-dentum seperti dentuman guruh di langit..

Apa perlu saya buat?

Adakah saya perlu bertindak berfokuskan masalah? Atau berfokuskan emosi?

Mana mungkin saya selesaikan masalah stress saya dengan berfokuskan emosi..
Kalau menangis, menonton cerita lawak..
Memang tidak berkesan.. malah makin bertambah stress..dan penyelesaian tak tercapai..

Jadi saya perlu bertindak berfokuskan masalah..
Masalah saya - kerja yang banyak.. setinggi-tinggi gunung everest tinggi lagi kerja saya..
*Hehe..ini menipu namanya..
Penyelesaiannya - sila buat kerja anda sekarang fara.. jangan malas.. dan katakan tak nak pada “Sikap menangguh kerja”

Kenapa “Sikap menangguh kerja” tu sering menghampiri kita?

Sebab kita sering cari jalan untuk mengelak daripada melakukan tugas atau kerja kita.

Kenapa kita mengelak?

Sebab tugas tersebut tidak mengembirakan kita dan tugas tersebut membuatkan kita berasa tidak selesa.

Bagaimana kita nak buang sikap tangguh kerja ni?

Cuba tanamkan perasaan gembira dalam melakukan tugas.
Rancang.
Buatlah sekarang, bukan kemudian hari.
Kalau tugas anda selesai jangan lupa bagi sedikit pujian kepada hati anda sendiri seperti bagusnya, hebat tapi jangan puji lebih2..huhu
Jangan lupa juga bagi hadiah kat diri kita sendiri seperti pergi main bowling, tengok wayang..tapi jangan bagi hadiah lebih. 



May 8, 2013

Politik & Perkauman.





Mengapa, mengapa dan mengapa?

Politik dan perkauman bagai aur dengan tebing.

Dimana ada politik disitu ada perkauman.

Perkauman ini pula dijadikan sebuah isu-isu yang beterbangan ke sana sini.

Isu-isu yang saling berombak dan berangin sana sini tanpa tujuan yang benar.

Isu-isu ini bukanlah isu yang positif..

Malah isu-isu yang sensitif..

Isu-isu yang dianggap tidak aktif..

Yang sudah klise dan tidak  mendatangkan apa-apa kebaikan..

Yang ada cuma apa-apa sahaja sentimen..

Sentimen yang boleh merosakkan..memecahbelahkan..menjatuhkan..

Manusia sesama manusia..

Hati sesama hati..

Perasaan sesama perasaan..

Jiwa sesama jiwa..

Mengapa, mengapa dan mengapa?

Tidak bolehkah hati, perasaan dan jiwa itu dibetulkan..disatukan..dibangunkan..

bersama dan terus bersama..

Agar bukan sahaja negara yang sihat malah dunia pon turut sihat..


Apr 29, 2013

MIGRAINE PILIHANRAYA.


MAKIN HANGAT, MAKIN HANGIT MEDIA MASSA.. 
KALAU MAKANAN ANDA HANGIT, NAK MAKAN TAK?

hehe.. kali ni update ikut musim, tarikh mengundi dh makin menghampiri kita..
apa itu politik? walaupon aku tak berapa minat politik, tapi kita kena tau jugak kan.
sebab ni negara kita.. NEGARA KITA YANG TERCINTA.

---------

Orang kata PAS dan UMNO ni bagai api dengan air.. 
lecturer aku Dr.sulastry kata tidak.. sebenarnya PAS dan UMNO macam saudara kandung tapi lain emak..ideologi berbeza..

  • UMNO-perjuangan Melayu…PAS-ideologi islam..


Agak2nya..bolehkah UMNO dan PAS tu bersatu?

Apa halangan yang membuatkan kedua parti tersebut susah untuk bersatu?

  • Ideology perjuangan, Kepimpinan, Struktur dalam parti , pantang larang dan omong2 orang luar.

------

PRU13 bakal menjelma, aku harap apa yang aku mimpikan tu tak jadi pada aku masa tengah mengundi nanti.. Seram wei aku mimpi.. orang ramai memanipulasikan aku untuk aku undi pihak mana yang diorang nak.. selepas mimpi tu, aku terus migraine tau x..,mimpi tu karut ja..
Tp Saya ok! Saya dah besar! Mcm iklan dlm tv tu..

Dulu mak aku ada cite.. kawan dia ni sorang biru sorang hijau, orang kampong ja, mulanya berkawan baik, rapat pulak tu.. tapi bila tiba PR.. masing2 berdebat, bila berdebat apa lagi.. masing nak kata warna biru lagi baik, warna hijau lagi baik... semuanya nampak warna diorang tu ok ja.. dan keegoaan mula tertanam dalam diri masing2..
Pas tu mula la sebuah pergaduhan.. sampai sekarang tak boleh nak bersatu..

Kalau biru campur hijau jadi warna apa er?? Hehe..
siapa plihan anda? Kupilih Malaysia..hehe..
Nak ka negara kita ni diperintah oleh pemimpin yang salah? 
makanya, pilih la dengan betul..


CERITA PADA SUATU MALAM.


Masa aku pi pasar malam hari tu.. aku jalan sorang-sorang..
Jalan-jalan cari makan..
 dari jauh aku nampak pengemis (lelaki,tua).
Lantas sifat belas kasihan tu mesti datang kan..
Tangan aku secara perlahan hendak menyeluk saku seluar, 
nak keluarkan duit..
Tetiba.. bila aku pi dekat.. asap rokok menghampiri ruang hidungku..

Aku ingat asap rokok sape.. 
rupanya pakcik peminta sedekah tu..
Apa lagi.. aku memang tak boleh tahan dengan asap rokok..
Aku berjalan di lorong lain.. tak jadi nak bagi sedikit wang pada pakcik tu..
Dalam fikiran aku “ peminta sedekah pon merokok juga ka?
rokok dahla mahal.. mampu pulak dia beli.. 
Malboro pulak tu..haha
ka ada orang yang bagi dia..? (macam2 la kalau bercakap dengan hati ni)

Macam mana aku tahu malboro? Aku merokok jugak ka?? Haish.. tidokla..
Hidung aku ni selalu terhidu  bau asap rokok sedemikian..
Bau asap tu silap hari bulan dapat buat aku pengsang..
Bau asap tu persis bau asap rokok lecturer aku dan abang aku yang ambik rokok Malboro..

bau asap rokok tu sama ka berbeza?  
Tak kan.. bau asap rokok abah aku lain..rokok Dunhil..
Dunhil  lagi la poning baunya..setiap kali abah aku merokok depan aku, aku selalu lari pi jauh sebab aku tak tahan dengan bau asap rokok..
Abang dan abah aku salah seorang perokok tegar..
Mereka dan rokok tak boleh dipisahkan bagai aur dengan tebing..

Dulu rokok tu untuk orang yang berstatus tinggi…
maksudnya orang yang merokok tu orang yag kaya ja..
tapi sekarang dah lain.. orang yang status rendah atau yang miskin pon merokok juga.. dan sanggup buat pelbagai cara semata2 untuk beli rokok.. maka tak hairanla kalau pengemis jugak merokok..

Aku tak tau apa sebenarnya yang unik sangat rokok tu sehingga berjaya membuat ramai orang ketagih dengannya.
walaupon banyak iklan sana sini yang mendedahkan kesan pengambilan rokok ni yg sangat merbahaya.. tapi aku rasa iklan tu belum berjaya.. orang tetap merokok..
sebab aku rasa susah nak ubah sikap atau tanggapan orang tu sendiri.. macam mana er nak cakap.. ok, contohnya, abang aku tu..dia tau rokok tu bahaya tapi dia rasa semua tu takkan berlaku pada dia.. kalau dia ada rasa macam tu, macam mana dia nak ubah..
kalau nak kata kesedaran tu memang dia sedar..  tapi tanggapan dia tu..

Ok, aku berhenti disini..kalau tak berhenti makin panjang berjela post ni.. 
Tajuk tu action ja..hehe
Ok, akhir kata fikir-fikirkanlah..

Apr 28, 2013

MENULIS THESIS?





Kalau lah tesis tu boleh ditulis macam Blog ni.. tesis tu dah siap dijilid dah..

Ini menulis tesis, bukan menulis blog fara oi..

Hehe.. tapi malangnya.. tesis tu tak boleh kita tulis macam  kita tulis blog..
Tulis blog ni kita boleh tulis suka hati kita ja..giler2 kita pon xpa.. dengan ayat kadang2 entah pape..

Tapi tesis tak boleh ditulis macam tu.. takleh suka hati kita ja nak tulis... kita kena  banyak membaca dan memahami kajian kita dulu.. kalau dapat tesis yg macam tulis dalam blog..Tesis tu out terus…

Bab kata pengkaji2 yang handal.  ada beberapa cara dalam penulisan tesis kita.. iaitu 4C. apa itu  4C?
  •            Clear-Jelas- tulis direct ja.
  •       Concise- Ringkas- tulis word yg perlu sahaja.
  •        Consistents- konsisten- tulis word scr konsisten. Kalau mak bedah..tulis mak         bedah..jangan tulis kak bedah pulak..
  •       Coherent


Ayat jangan berbelit-belit.. kena straight to the point… tp masalah aku ni pompuan, kadang2 aku terperangkap dengan sifat pompuan yang suka buat ayat panjang2.. maksud aku perempuan tu kalau menulis mesti panjang dan, kalau tak pon berkias.. hehe.. betul tak?

Jangan berbunga-bunga atau jiwang karat.. kalau dalam blog boleh la nak putar belit n jiwang tahap gabang… yang ni aku tak jiwang ya.. memang sesetengah orang kata aku ni kalau mengayat tu jiwang.. tp bagi aku itu bukan jiwang.. itu bahasa yang mendalam..hehe..

Susah juga er sebenarnya.. tp walaubgimanapon.. apa yg penting..usaha dulu..buat yg the best..

Guck luck semua..


Apr 25, 2013

KITA DAN BOHONG.( Kenapa kita selalu bohong ???)





Sewaktuku termenung..dan asyik termenung tetiba ada sesuatu symbol bermain di kotak fikiran aku ni.. nak tau symbol apa? Simbol “?????” beserta dengan cahaya lampu yang tidak berapa nak menyala..

Apa yang aku fikirkan?
Aku tak tahu sama ada korang pernah terfikir tak apa yang aku fikir. Begini.. aku dapati setiap kali kita bercakap dengan orang sekeliling, ada ja perkataan yang bohong muncul sewaktu kita bercakap. Dalam erti kata lain, sebenarnya kita tak nak berbohong tapi tak tau tetiba ja boleh cakap bohong.. sebab? Kita nak senangkan hati orang sekeliling tu..walaupon kita berbohong..

Contohnya, mak aku bermusuh dengan makcik bedah dan dia tak suka kalau nama bedah disebut2, apatah lagi berhubung dengannya.. suatu hari aku jumpa makcik Bedah di pasaraya, makcik Bedah tegur dan bertanya khabar berita dariku. Dari belakang aku nampak mak aku, kemudian terus meminta diri pergi dari tempat tu. Mak aku nampak la, aku tengah cakap dengan seseorang dan dia bertanya.

“Kau cakap dengan siapa tu? Tanya mak.
“ Dengan makcik Ni (kawan baik mak aku yg selalu p rumah) Mak.. kawan mak tu” jawab aku sambil bohong.
Jelas tak disini tujuan aku bukan saja2 nak bohong tp aku tak nak mak aku marah kat aku dan nak jaga hati mak aku..

Contoh lainnya, bila tengah berbual dengan kawan.
“ Wei, kenapa kau selalu lambat datang ke kelas” tanya kawan.
“ Bus lambat datang la, aku tunggu lama giler” jawab aku.
Sebenarnya, bukan bus yang lambat, kita sendiri yg lambat turun.
Jelas tak kat sini yang kita bohong sebab nak tutup kesalahan/ kelemahan diri kita.
dan macam2 lg contoh yg mnyebabkan kita brbhg sbb prkara2 yg kecik kuman ja.
Konsep macam ni sama la macam abang aku, man besar, kalau bercakap janji tu janji ni.. padahal cakap saja ja nak senangkan hati orang, tp janji dia xbuat pom..

Ok, yg jadi persoalan aku la.. kenapa mesti kita bohong? Padahal kita tak berniat pon nak bohong.. kalau macam ni makin tambah la dosa..hehe..

Dalam kepala aku ni penuh dgn symbol ???????.
Adakah ada istilah yg dpt mnggambarkan situasi tersebut? Yg dpt memberi penerangan kpd situasi tersebut.. aku dh cuba cari kat pakcik google tapi.. apa yg harus aku taip? Bohong ..memang tak dapat jawapan..apa yg aku dapat ialah rancangan Betul ke Bohong yg kena karen tu.. 
Jadi kepada sesiapa yg tahu atau pernah belajar ka apa ka.. tolong bg info pada sy.. setiap persoalan kan ada jawapan.. selagi tak jumpa jawapan selagi tu aku dok pikir..
HA.. Siapa yg pakar psikologi.. sila jelaskan..hehe.. 


Apr 19, 2013

SUASANA PILIHAN RAYA 13 DI BAWAH SEDAR.


Semalam aku bermimpi..

Mimpikan suasana pilihan raya 13..

Suasana tersebut betul-betul membuatkan aku bergelut di dalam mimpi..

Semasa aku ingin memangkah undi  parti yang aku yakini..

Orang disekelilingku berbisik-bisik..

melontar-lontar suaranya kearah aku..

Aku kelihatan seperti orang yang mempunyai masalah kesihatan..

Mindaku sedang bergelut dalam mimpi..

Bermacam-macam seni suara yang ku dengar..

Bermacam-macam seni ayat yang aku dengar dari orang sekelilingku..

Lalu tanganku terhenti seketika..

Kemudian, aku merasakan masalah kesihatan berlalu pergi..

kehangatan suasana PRU bawah sedar mula menjadi sejuk..

Mindaku yang penuh dengan kekeliruan..

Menjadi minda yang penuh keyakinan..

Berasa lega kerana sudahpun menunaikan tanggungjawab..

Kelihatan suara yang kudengar, perlahan-lahan mengjauhiku..

Lalu…

Sedarku apabila suara azan berkumandang..

Ternyata suasana yang kuanggap realiti rupanya mimpi..

Suara hati tertanya apakah ada  maksud di sebalik mimpi itu..?

Atau tidak ada maksud apa-apa..

*atau..adakah aku kelihatan tidak sabar untuk balik mengundi kerana ini merupakan pertama kali..haha..

 *note-bawah sedar= mimpi.

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...