Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Perasaan. Show all posts

Feb 26, 2014

Ingin Bahagia? Pergilah Memancing!




Setiap kali mengimbau waktu kecil, senyuman lucu pasti menyelit dan mencelah, diiringi dengan ketawa kecil. Mengimbau kembali kenangan2 lama merupakan caraku yang terbaik untuk membuatkan diri ini sentiasa bertenaga, entah mengapa aku berasakan diriku seolah-olah tidak bertenaga jika tidak ada gelak tawa. Betul kata orang, ketawa itu ubat. Mungkin suatu hari aku harus mencari pendamping yang boleh membuatkan aku selalu ketawa. Zizan rajalawak? Tidk..nanti Emma Maembong mencari aku.. haha.. Ok dah..

Apa yang aku imbaukan, Waktu kecil dulu, aku dan adik-beradik banyak menghabiskan masa di sungai sebab sungai hanya beberapa langkah sahaja dari rumah. Banyak aktiviti yang kami buat, antaranya mencari etak, udang, memancing, main tarzan, pertandingan siapa handal terjun, siapa menyelam lebih lama dan banyak lagi. Tapi sejak banjir, kebanyakan orang tidak ada selera untuk melakukan aktiviti disitu. Kesian pulak aku lihat budak sekarang, mereka tidak dapat rasa apa yg kita rasa dulu. Mereka banyak bermain iphone, ipad, dan segala macam i lagi.

Ingin bahagia? pergilah memancing! Ya, memang dulu kami selalu melakukannya.

Memancing merupakan salah satu aktiviti tegar kami. Sebut sahaja memancing, suasananya kalah dari suasana di pasar malam, ia seakan suasana di hari raya. Meriah gitu. Masing-masing nak batang kail, tali pancing dan umpan yg terbaik. orang kata batang kail tak boleh dilangkah nanti susah untuk dapat ikan. Betul ka? Abang aku mengamuk bila diberitahu tali pancingnya dilangkah oleh adiknya tp tak tau siapa, dia sanggup buat yang lain.

Apa yang bahagianya memancing ni? Ia memberi kita kepuasan yang gila, gembira melompat-lompat bila dapat ikan, berasa puas dengan hasil yang kita usahakan sendiri. Aku pon pernah merasakannya.Walaupun tidak mendapat ikan sekalipun, kita juga berasa puas, puas sehari suntuk dapat memancing. Tapi memancing ni banyak juga larangannya, tak boleh bising, nanti ikan lari. Kami adik-beradik mananya tak bising, sorang bising sikit kena marah, nak bercakap kena pakai bahasa isyarat. Yang penting lg, kita kena bijak mencari point kat mana harus kita campakkan umpan kita tu, kena ada gerak hati sendiri kat mana tempat yang ikan mudah makan umpan. Salah campak, sangkut kayu, berus gigi pon boleh sangkut.

Harus sabar dan terus bersabar menunggu ikan. Mungkin tak semua orang suka memancing, memancing ni perlu sifat sabar yg byk, lebih baik pergi ke pasar beli ikan apa yang kita nak. Aku pernah terbabas, kadangkala aku ni jenis yg tidak sabar, aku tidak suka menunggu tp melihat orang lain boleh bersabar, knp kita tak boleh, jangan give up sudah, give up semasa memancing tandanya kita memperlekehkan diri kita sendiri. Ingat lagi dulu, bila sorang give up dah taknak memancing, orang akan bersorak “HOOOOOOOOOOO” ia kelihatannya seperti kita buat salah.


Kita akan mendapat kepuasan apabila kita minati sesuatu yang kita kerjakan. Sama la dengan apa yang kita kerjakan sekarang, asalkan kita minat, all is well.


Nov 17, 2012

JOM MERAWAT HATI KITA.

DISORDERKAH??



Assalamualaikum pembaca tersayang…hehe( bajet ramai pembaca).

Aku nak tanya kamu semua la… Pernah tak ada ketika tu korang rasa hidup korang Kosong ja… Macam lagu Najwa Latif tu..Kosong…Kosong…Oh…haha..

Kadang2 aku rasa pelik, adakalanya aku rasa sedih yang tidak bersebab.. Dah puas aku mencari jawapannya mengapakah aku bersedih… Tapi aku masih tidak ketemui jawapannya.. Memang tidak dinafikan pantang nampak orang, senyuman selalu dan mampu lagi terukir.. Tapi pada masa yang sama hati aku berasa sedih… Bila aku sedih..Mulalah semangat aku hilang..Pastu mulalah kerja2 yang melambak hanya jadi tontonan aku ja… Adakah aku dalam disorder??  No, no no, takkan sesekali aku biarkan disorder menghampiri aku… Tak kirala disorder apa sekalipon… Nasib baik aku sedar dengan ni semua..Kalau tak, ia makin berterusan… Ok, akanku tanganinya dengan segera..Faithing..!! Jom rawat hati kita…hehe

OK, kesimpulannya disini.. kalau korang sedar @ menyedari korang dalam perasaan yang negatif.. Korang jangan biarkan saja ia menguasai diri korang..Korang kena bagi solution pd diri kita sendiri… lihat apa yg jadi punca..dan cari solution utk masalah yg kita hadapi..


TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...