BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Dec 16, 2017

PART 1: Pengalaman permohonan online TUBE MEGA 2017.

Malam ni aku pinjam sedikit waktu untuk berkongsi @ bercerita sedikit pengalaman aku sebagai bekas peserta TUBE MEGA 2017. Alhamdulillah pada 21 Oktober tamat dengan jayanya kem di cancun park.

Apa tu TUBE MEGA? Boleh tak awak2 baca kt wed dia. Sebab nak terangkan pjg. hehe.. ok, Aku mulakan dengan pengalaman mengisi online terlebih dahulu.

Ok, nak jadikan cerita aku kenal TUBE ni melalui abang aku. Dia suruh apply, mana tahu ada rezeki. Sebelum ni pon aku xtau kewujudan TUBE ni. Kalau tau dh lama apply. Dalam kesibukan menjahit, waktu tu dalam bulan puasa, jam 3 pagi, setelah penat menjahit, aku rehat sebentar bersama kitkat..ehh.. tetiba teringat & tergerak hati nak apply sbb time abg aku suruh tu 2 mggu sblm tp aku xsempat & amnesia skjp ttg pesanan abg, terus capai laptop dan buka web TUBE. Mula mengisi dengan tenang, ada beberapa maklumat kena isi iaitu maklumat latar belakang, ni rilek ja isi, then ada bbrp soalan yang kena betul2 fokus, soalan seperti " kenapa nak ceburkan diri dlm bdg keusahawanan?".
"Apa perancangan anda di masa akan dtg (jangka Pendek, jangka pjg)". Itu antara soalan yang aku ingat, soalan lain ada lagi kot cuma aku dh terkena amnesia haha. belum tua dh lupa.

Macam aku dalam bidang jahitan, memang dah ada perancangan dan cita-cita aku sendiri. Eceh.. So, dengan semangat yang berkobar2 aku jawab soalan dengan senyum semanis honey. Mana tau wed TUBE tu boleh nampak orang yang apply dia. Hehe. Bagi sedekah senyum kt dia.

Jangan lupa bismillah sebelum apply tau. Jangan jawab soalan tu macam main2 je. Jawab dengan ringkas, padat & mutakhir. Xperlu panjang berjela2 pon, terus kpd point yg dia minta. Yang penting jawapan jelas. Ok. nampaknya masa jealouskan aku. Cukup stkt ini. Selamat memohon. Tahun 2018 awal la pulak. Permohonan dibuka pada 18hb dec 2017 - 12 January 2018. Kakok2, adik2, Abe2 hat berumur 18-30 yg berminat bdg perniagaan boleh la apply. In shaa Allah. Dapat xdpt blkg kira.

Assalamualaikum.

Bersambung part 2. Pengalaman interview.

0 COMMENT. ( ^_^ ):