Jul 25, 2017

Cara Selamatkan Rumahtangga jika berlaku Jemu @ Bosan

Assalamualaikum pembaca.
Harini mak jemah nk tunaikan janji mak jemah trlepas taip dlm post sebelumnya. Mak jemah nak kongsikan tips macam mana nak buat kalau rumahtangga yg kita bina tetiba @ sudah sampai masa menjadi hambar/tawar/jemu/bosan.

Selepas sekian lama berkahwin & melayari bahtera cinta bersama pasangan kamu,tetiba kamu berasa jemu/bosan bersama pasangan. Mengapa jadi begini? sebab ada hal-hal tertentu yg kamu rasa sudaj bosan diulang2 @ tiada perubahan. Satu lagi,kamu rasa pasangan kamu tidak seperti awal2 bercintan cintun dulu, dlm erti kata lain, Apa yg kamu inginkan xdpt dipenuhi oleh pasangan, pasangan kamu yg kamu kenal sebelum nikah,jauh berbeza selepas nikah. Penyakit jemu sebegini selalu berlaku dlm rmh tgga. Bila jemu sebegini melanda kamu perlu ikhtiar sedaya mungkin untuk selamatkan rumah tangga. Mcm mna nk buat tu? Meh mak jemah kongsikan tips yg mak jemah pernah terbaca dlm buku (lupa tajuk buku) suatu ketika dahulu. Maaf la mmg mak jemah xdak pengalaman dlm hal ini sbb blm ada pasangan tp apa slhnya skdr berkongsi.

1. Kenalpasti punca/sebab.

Masa ni ego kena simpan dan kunci elok2. Kamu perlu bertanya kpd pasangan apa yang membuatkan dia jadi macam acuh xacuh bila bercakap/bersama dgn kamu, jgn malu bertanya, kalau xboleh nk tanya berdepan, tulislah surat kasi kt pasangan. Tanyalah apa yg pasangan xsuka & suka ttg diri pasangan. Yg penting bila kamu perasan tentang perubahan sikap/tgkahlaku pasangan, kamu perlu bertanya, jgn biarkan terlalu lama. Kalau boleh tanya sehingga dia bagi jawapannya, jgn biarkan pasangan pendam je dlm hati. Kalau xtau sbb mcm mana kita pulihkan kembali melainkan kamu dpt meneka sendiri dgn tepat puncanya.

2. Tukar keadaan.

Bila kita dh tahu puncanya, kita boleh teruskan agenda kita iaitu dengan cara menukar keadaan,bukan menukar pasangan ok!.

Jika kamu bosan sebab xbanyak masa terluang utk pasangan. Mohon cuti pergi melancong sekali sekala, kamu pergi berdua ja dgn pasangan kalau anak2 ad org nk jaga. Time melancong ni la kamu boleh rileks2 , romantik2, bermanja2 dgn pasangan. Mana taknya depan anak malu nk romantik2.

Jika si suami bosan dgn fizikal isteri, maklumla sjk beranak trs jd lain. Bagi isteri pakaila baju lawa2, muka taruhlah bedak skt, jgn bedak sejuk sdh la, berlawa2 skt dpn suami,kasi suami xjemu xbrkelip memandang kamu. Ni penting jgk tau walaupon si isteri dk rmh ja, xpela isteri comok2 sbb jaga anak,yg penting dh melawa. Kalau badan si isteri xmenyenangkan suami (maklumlah lelaki ni suka yg yg langsing2, yg indah2 dimata) kasi duit lebih skt utk bg menyenangkan di mata. Kedua2nya ya, bkn isteri saja yg kena. Si suami jgn sayang duit nk bg kt isteri utk melawa, hang jgk yg senang, ni x kadang tu hang dk tgk pompuan cantik luar sana, lepas tu hang bandingkan dgn isteri hang, hang merungut. Itu bermakna hang dh pertikaikan suri hati yg dh diciptakan untuk hang. Hang igt x hang yg membuat pilihan utk jadikankan dia isteri?. Kalau hang dpt terima dia seadanya xtimbullah rasa jemu, xyah hang keluarkan duit untuk buat isteri hang jd macam yg hang suka. Aduhh.. sory tetiba plk Mak jemah jd garang.. utara plk tu..haha..

Sekali sekala pergilah tgk wayang berdua, tgk cerita yg pasangan suka. Mak jemah cadangkan tgklah horror movie. Kenapa horror? hang try dulu pi tgk, lepas tu hang tgk perubahannya mcm mana. Kasitau kt mak jemah.

Jika puncanya si isteri asyik masak menu yg sama, apa kata si isteri cuba menu yg special skt, bagi suami rasa yg lain dr yg terbiasa.

Jika puncanya si suami lama dh dk berkenan dengan seorang perempuan, dlm kata lain suami berkeinginan nak tambah isteri. Masa ni si isteri kena kawal emosi, jangan terus serang, kungfu, silat, karate semua keluar, pinggan yg xda sayap pon boleh terbang. Masa ni si isteri mula rasa rendah diri, rasa kekurangan. Isteri kena tanya dulu kenapa dia nak tambah lg. Kalau suami kata nk bantu si janda, check dulu mampu x dr sg kewangan. Kalau mampu isteri boleh kata kt suami " awk blh tanggung dia, asal jgn kawen dgn dia". Betul apa? Kenapa suami nk kawen sebab simpati? Kalau suami nk kurangkan beban wanita tu trskanlah bantu dia, kalau isteri xrela, xkan suami sanggup nk leraikan segalanya?. Kalau sbb nafsu semata2 baik xpyh la wahai kaum suami, sampai ke sudah xcukup2. Hang kena sedar kadang Allah menguji hadirkan org lain dlm keluarga hang, Allah nk tgk sejauhmana kesetiaan hang pdNya & juga isteri. Hang jgn ingat nk seronok kt donia ja. Ok, Apa yg penting sekali kena jaga pergaulan dgn berlainan jantina, sbb kadang syaiton menghasut sat ja hang dh jatuh ditimpa tangga. Jika hang terjatuh bangkitlah & kembalilah pd yg maha Esa. Maaf mak jemah emo sekali lagi, tapi kena pikir elok2 kata mak Jemah. 

Sekali sekala tulisla surat cinta pd suami/isteri. Xsemestinya atas kertas sebab cintaku bukan diatas kertas dato siti kata. Byk medium lbh cpt,tepat, & padat. Zmn bercintan cintun dulu bagai nak rak pi search ayat berbunga2,skrg bila dh sah pasaipa malu pulok? Romantik dgn suami/isteri hang jugok. 

Akhir kata, buatla apa sahaja cara untuk kembalikan sinar dlm rmh tangga kalian, selagi mampu.. selamatkanlah rumah tangga kalian. Yg penting Doa jgn tinggal.

Assalamualaikum..

Jul 8, 2017

Kerelevanan poligami.

Bila disentuh pasal poligami tentu kaum lelaki suka. kaum wanita pula duka. haha. Tiada isteri yg sanggup dimadu. Yang ada tu mungkin satu pengorbanan seorang isteri demi menjaga rumah tangga yang dibina daripada berkecai begitu sahaja. Iye, mungkin ada isteri yang menunjukkan dia tiada masalah sekiranya bermadu,tapi sejauhmana dia ikhlas/redha jika dimadu?.

Orang selalu kata nak payung emas kasilah encik suami berkahwin lagi, bawa madu untuk si isteri. Adakah payung emas itu benar2 wujud? Tidak, payung emas tidak wujud, tidak ada dalil yg mengatakan ia wujud, yg ada hanya cerita reka2an @ hadis palsu berkenaan payung emas. Jadi, para isteri yg kasi suami kawen lain jgn terlalu mengharapkan payung emas. Nanti merajuk pula, bila tiba masa kita disana bertanya "mana payung emas untuk saya?". Tapi, tak mengapa xda payung emas, anda ada pahala yg Allah bagi berkat dari pengorbanan & kesabaran anda bagi orang lain kongsi suami. Tak semua isteri dikurniakan kesabaran setahap itu. Dulu, aku prnh terbaca status pensyarah aku kt fb, beliau ada buat kajian berkaitan poligami. Soalan dituju kpd kaum lelaki/suami dlm list friendsnya. Soalan berbunyi "Adakah anda berkeinginan untuk memiliki isteri lebih satu?" Kalau ya,nyatakan sebab. Lebih ramai yang jwb Ya, antara sebab diringkaskan:

-Nak bantu kaum hawa yg memerlukan bantuan.
- Mampu dari sg kewangan, yakin boleh adil.
-Naluri Lelaki ingin punya lebih dari satu isteri.
-Sunnah Nabi S.A.W
- Jika dikasi lampu hijau oleh isteri, just follow.
-Inginkan keluarga besar.
-Ingin kelainan dlm rumah tgga.

Ada juga yg tidak berkeinginan mempunyai isteri lebih dari satu atas sebab:

-Isteri sy sdh ckp sempurna di mata sy.
-Tak boleh, nnti kecoh dunia..haha
-Hanya ada satu nama dlm hati sy iaitu isteri sy.
-Xsanggup hancurkan hati isteri.
-Rasanya satu isteri sdh ckp utk buat keluarga sy bahagia.
-Isteri amanah Allah,mmg dia xsempurna,sy pon xsempurna, sampai bilapun sy brhrp hanya dia seorang menyempurnakan sy.

Nak berbahas pjg2, aku bknla arif sgt, mmg poligami tu xslh tp yg slh bila niat tu tersasar. Kalau ada yg nk berpoligami sebab bosan asyik dk ngadap isteri sorang tu ja kt rmh, kalau begitu..sampai bila2 pon xckp. Teringat kata2 ustaz Pahrol kalau bosan/jemu melanda rumah tangga, tukarlah keadaan bukan tukar pasangan. Take Note yer.Tukar keadaan tu mcm mana? Nanti mak jemah ada masa, mak jemah kongsikan tips. X pon boleh search blog ustaz pahrol.

Kaum suami kena sedar xsemua isteri boleh terima poligami. Yg ada mgkin satu dlm sejuta, dan hanya satu dlm sejuta kaum suami yg xterfikir nak berpoligami.. eh..gitu plk kan. Kalau aku jadi lelaki, aku nak tergolong dlm satu dlm sejuta tu. Dan kalau aku jd wanita aku xnak tergolong dlm satu dlm sejuta tu. Bg aku,isteri tu bknnya nasi, nk ditambah2.

"elerr..ckp blh la, kalau kau jd lelaki, kau blm tentu mampu menepis godaan/keindahan donia ni.."

Ya..Walaupon aku bukan lelaki, aku tahu x mudah nk menepis godaan syaiton bila berdepan dgn wanita. Aku sendiri pon bila nampak wanita cantik, xberkedip jgk. Hang janganla kata aku ni lesbian plk. Penglihatan lelaki & wanita tu berbeza. Apa yg perlu buat?. Tepuk dada tanya iman.

Kaum suami jika teringin berpoligami ada baiknya berfikir dahulu dampaknya pd semua org terdekat.Mak jemah xnak leter pjg2, nanti ada plk yg kecam mak jemah.

Assalamualaikum.

*Aku belum berkahwin,hanya memberi pendpt.

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...