BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Dec 16, 2015

Running out of time

Kita di hujung tahun 2015, pertengahan bulan December. Sesekali aku terpikir cabaran apa yang bakal aku lalui di tahun akan datang.Kadang hidup ini indah kadang tidak indah. itu sudah lumrah. Itulah yang perlu kita lalui.Indah @ tidak indah kita sendiri yg pilih.Apabila aku menulis di blog aku teringatkan seseorang. Seseorang yg byk menolong aku & telah mencuri impian aku. Aku tahu dia akan baca setiap kali aku menulis. Dia baca & hafal ceritaku. Aku tidak meminta apa2 darinya. Aku cuma ingin memintanya menjaga diri agar suatu hari aku masih berpeluang menemuinya.

Jan 6, 2015

Kisah Banjir + Rumah

"Helicopter, rumah Iman pecah..." Jerit Iman dengan lantang sekali guna bahasa KL nye sambil pandang helicopter kt atas.

Harapannya supaya orang yg berada dalam helicopter itu dengar dan datang menjenguk rumahnya. Iman sgt syg rumahnya.

Rumah aku dah separuh runtuh akibat banjir. Sekarang, family masih menginap di sekolah, minggu depan dah start sek, xtau di mana mereka nk tinggal nanti. Yg aku plg risau ialah si Iman, kesian dia, sehelai sepinggan lari dari banjir hari tu hanya guitar mainannya selamat. Dia banyak bercerita dgn aku pasal rumah. Aku nampak dia macam kesiankan aku sbb aku balik rumah dh xdak. " Nanti umoh dh ciap baiki, ibu tido la umoh Iman deh? Dia pujuk aku spy aku blk rumah plk nanti. Melihat gelagat Anak buahku Iman, hati yg duka menjadi suka. Minggu lepas aku minta cuti balik kampung dan tolong family apa yang patut. Belikan Iman baju, Iman ni jenis yg cerewet sdkt, dia xpakai baju yg xdak pasangannya,dia akan mengamuk kalau kami cuba pakaikannya baju kawen. Sbb itula,kami juga terpaksa memilih pakaian yg diberi org asalah sepasang, kalai xdak terpaksala beli. Cerewet bukan Iman ni? Biasala, bukan slh dia sbb sudaj diajar dr kecik2 lg,baju seluar mesti sama bkn kawen.

Di gua musang, ini adalah kali kedua banjir tp banjir tahun 2001 yg lepas, air naik kt dapur rumah ja. Kali ni semua dh tahu, paling teruk. Nak buat macam mana, Allah lebih mengetahui. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, Allah takkan buat sesuatu tanpa sebab. Syukur family kita selamat. Kucing aku 2 ekor pon selamat, rupa2nya 3 hari slps air surut baru dia keluar dari siling rumah. Hui, dpt bertahan, gud boy gud girl. Sekarang ni aku rasa nak dk bersama family ja, nak harungi kesusahan bersama. Aku tengok abah n mak aku dah elok bertegur sapa, yg sebelum ni asyik nak berperang mulut, terutamanya mak aku, yela mungkin sblm ni mak masih marah sbb tinggalkan family. Nak buat macam mana, jodoh mak n abah xpanjang. Sudah ketentuan Illahi Tapi aku tahu jauh di sudut hati mak n abah msh slg menyayangi. Alamak .. terasa jiwang plk. Ok, saya tamatkan entry saya disini. Doakan semua mangsa banjir kuat & tabah hadapinya. Dan terima kasih x terhingga kpd aggta penyelamat, ahli2 sukarelawan & hamba2 Allah yg memberi bantuan semasa & selepas banjir. Hanya Allah shja yg dpt bls jasa baik mrk semua. Mrk sanggup berkorban demi mbantu mangsa banjir. Amat sedih sy mdengar khabar ada hamba Allah yg meninggal dlm prjlnn ke misi bantuan banjir