BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Nov 22, 2014

Kehadapan pembaca

Kehadapan pembacaku sekalian,

Aku tidak tahu siapa anda, aku tidak kisah jika ada atau tidak orang yg membaca blog ini. Aku cuma mahu menulis dan selamanya aku ingin menulis. Aku bukan menulis atas dasar nama, juga bukan atas dasar populariti. Aku menulis  kerana menulis membuatkan aku bahagia. Memang aku sudah lama tidak menulis di blog sebab ketiadaan internet di rumah. Ia telah merampas kebahagiaanku. Sekarang aku di office. Buat apa kat office bukan ka cuti? haha, aku kat office bukan gilakan kerja cuma aku tidak betah di rumah sewa kerana ia membuatkan aku jadi gila. Gila apa? gilakan tidur. Sebenarnya, aku tidak berapa suka tidur di siang hari, aku cuma tidur di malam hari. Jika aku di office sukurang2nya aku berbuat sesuatu bukannya tidur. Aku berhajat ingin belajar menjahit pada hujung minggu, tapi tidak ada kelas yang dekat, dahlah aku tidak berkenderaan. Hajatku belum kesampaian tapi aku usaha belajar online dahulu. Aku tidak ingin menulis panjang tentang kehidupanku kerana kehidupan orang lain lebih penting. Sekian sahaja.

Pembacaku, sesiapapun anda, aku ingin berterima kasih kerana menjejaki atau sesat di blog ini.

0 COMMENT. ( ^_^ ):