BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Oct 19, 2014

Jejak Cinta Monyet


Waktu di ting1,minat dengan seorang pengawas ting 2, namanya shahril, orangnya segak, bersongkok, hitam manis, ada tahi lalat bawah dagu, lembut bicara tapi tegas. Sampaikan dua kawan sy selalu menyindir dan kenakan sy dgn dia. Masa tu sekolah sesi petang, setiap kali nak gi surau, pengawas2 akan lalu tepi tingkap sebelah kiri kelas, memandangkan kami dok sebelah kiri, mereka berdua suka menyindir sy " Wei, tahi lalat datang, peewit.." (entah,mereka pggil tahi lalat spy org lain xtau). Walaupun tika tu cikgu mengajar kt depan.

Suatu hari pengawas masuk kelas nak umumkan tarikh sport check, kawan cabar aku berlakon langgar bahu mcm dalam filem tu. Agak2 aku buat x? aku buat tp dalam versi aku sendiri. Bila dia melangkah kaki depan pintu kelas, aku dah ada kat depan, aku senyum lebar dari telinga kanan ke kiri & naikkan sedikit kening. Dia nampak aku pelik dan mengerut dahi. Tetiba cikgu datang, aku jadi kelam kabut, tak jadi nak keluar kelas sebaliknya masuk kelas seiring dengan dia. Masa dia nak umumkan sport check kelas pada hari sekian2, dia ada pandang uaku, senyum kambing & menundukkan kepala sekali. Semua kawan dia pandang dia. Oh malunya aku. Tak tau mana nk sorok muka. Sampaikan ponteng kelas sebab malu nak berdepan dengan dia.

Kawan aku cadangkan tulis surat minta maaf sebab byk bikin huru hara dgn dia. Masa tu mana ada hp,fb & sbgainya. Tapi aku jawab "buat aper? eii,malasla surat bagai. Bila dah tamat ting 1,dia pula tamat ting 2, akan masuk sek sesi pagi ting 3, dah tak bole dah nk tengok tahi lalat dia lebih2 lg dia pindah sekolah lain. Sampai sekarang hilang jejak dia. Ada sesipa yang kenal dia x? Nak minta maaf sebabo selalu buat hal dgn dia- Jejak sahabat.Kalau ada yang kenal bagitau saya.

2 COMMENT. ( ^_^ ):

CintaHati Lina said...

Best kan zaman sekolah menengah.. singgah dan follow sini....

Salam ukhwah dr mommylina

farazura said...

Yup. Memang best. Hehe. Time kasih,saya follow blk ti yer