BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jul 23, 2014

Melintas Depan Orang Solat.

Bila singgah solat dimana-mana,aku selalu resah bila dapat saf belakang,. Aku tidak berapa suka orang melintas depan ketika aku sedang solat. Walaupun dia sudah menunduk dan meraendahkan sebelah tangan macam orang minta lalu. Entah,aku rasakan ia tidak beradap, sudah banyak kali berlaku pada aku. Ia buat solat aku tidak khusyuk,ia juga buat aku bersangka yang bukan bukan tentang orang yang melintas dihadapanku. Aku fikir mereka tidak hormat aku dan tak pandang aku.

Aku juga pernah melintas depan orang solat sebab masa tu darurat nak cepat tapi rasa bersalah pula dengan orang itu. Ia macam tidak sopan dan tidak ada etika. Jadi jangan melintas sesuka hati di hadapan orang solat. Tunggu sehingga orang tu siap solat, bukannya lama, beberapa saat sahaja.

Jul 6, 2014

Pada Suatu Sahur


Alarm handset berbuyi tepat jam 4.00 pagi. Aku bangun dari tidur, lihat sekitar sunyi dan gelap, termenung seketika. Dalam hati “ Apa aku nak masak ni? Owh, panaskan laut semalam ja + telur masin + masak nasi + masak air + hidang = siap” . Terus bangun buka lampu dapur, mata terus pandang luar cermin dapur yang sedikit terbuka, nampak air sungai mengalir, pokok berangin, ada bunyi suara-suara haiwan entah tak tau apa yang mereka buat belum tido lagi. Suasana sunyi membuatkan mood aku juga sunyi. Memandangkan kerja tidaklah banyak sangat aku tak kejutkan pembantu aku. hehe. Mak pon tiada kat rumah, kalau ada boleh la juga dengar mak membebel, takdala rasa sunyi. Tetiba tak tau datang dari mana dua ekor kucing bermain polis entry, dah macam Tom & Jerry aku tengok. Lantak hang la kucing, asalkan hang bahagia. Terima kasih buat mood sunyi aku hilang.

Ketika memasak, tiba-tiba pula terdengar suara budak menangis. Iman la tu, tiada budak lain dalam rumah. Mesti dia tak selesa tido kalau sedar tiada orang di sebelahnya. Dia menangis sambil sebut “ ibu.. ibu..”. Aku dah tau mesti dia menyinggah kat dapur dahulu. Nampak aku ja dia senyap. Nampaknya moodnya dalam keadaan baik, selalunya dia memberontak suruh aku naik tido. Dengan wajah selamba dia ambil kerusi, naik atas kerusi nak tengok apa yang aku tengah masak.

Iman: Ibu buat gapo tengoh male ni? G la tido ibu.

Aku: Masak untuk sahur la dik, esok ke poso.

Iman: Iman nak buat bole? Bole ko?

Dia pandang aku serius dengan harapan aku akan bagi dia buat. (macam-macam si iman ni, semua benda yang aku buat, dia nak buat). Aku tak bagi sebab takut nanti kena minyak yang sedang memercik-mercik tu. Aku sendiri pon takutkan minyak. Memandangkan ada sedikit pinggan yang belum dibasuh. Iman suka membasuh pinggan jadi aku bagi dia buat kerja tu daripada dia dok mengamuk kat aku. Lepas membasuh pinggan, dia tanya ada lagi tak nak buat. Aku mengeleng kepala kata takda. Dia pergi naik atas ambil gitar mainannya. Dia minta aku tuju lagu.

Iman: Ibu nok lagu gapo? Biar iman main gitar.

Aku: Lagu mimi dik, aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. (cuba nyanyi walaupun tika tu suara baru bangun tido)

Dia terus petik gitar sambil maimim dan nyanyi part lirik yang dia tau. Boleh tahan la jugak petikan gitarnya daripada aku ni yang petik. Malam tu dia berselera kemain itupun sebab ada lauk favouritenya “telur masin”. Aku juga yang tidak ada selera, maklumla jarang sekali makan pagi tapi makanlah juga sedikit takut perut gastrik nanti. Habis makan iman mengajak aku main bunga api. Mimpi ke apa. 

Iman: Jom ibu g main bede nga bungo api.

Aku: Tak payah la dik, main male nanti.

Iman: Ni male dah ni. Jom la ibu, tejap jo, limo kali jo (tp jari tunjuk empat ja).

Aku: Hishh.. lepas maye subuh la dik.

Iman: Jom g maye.. jom la..

Dia tarik tangan aku g ambil air semayang. Dia pon ikut ambil air semayang dan ikut gerak geri tika aku semayang. Lepas berdoa, dia tolong lipatkan sejadah dan tarik tangan nak g main bunga api. Pagi subuh yang masih gelap, dengan aku sekali main bunga api. Aku berhati-hati supaya tak kelurkan suara volume tinggi.

Iman: Ibu, tengok ni iman panda tulis “A” doh. Tengok la ni (Aku sibuk dok taip mesej dari kawan, tertypo plk bila iman panggil). Celamat ali gayo..(tangan pusing-pusing, pinggul digoyangnnya).

Dia tulis huruf “A” pakai bunga api. Mungkin nampak huruf “A”di sebalik asap2 bunga api tu. Budak-budak sedang berimaginasi.

Katanya nak main lima tapi dah lebih sepuluh. Aku terus ajak dia naik rumah. Then dia suruh teman dia tengok cite cartoon. Sambil baring tu.

Iman: Ibu, tadi ke iman make nasi banyok.. Iman becar doh. (sebenarnya, dah banyak kali dia ulang). Dia nak orang bangun dengan dia, lompat2 sambil kata “yey!!! Iman dah becar”.

Kanak-kanak kan, dia nak cepat besar, cepat tinggi dan nak orang puji dia pandai. Nak jadi orang dewasa. Lepas tu suasana senyap, fokus tengok cerita, kejap-kejap iman perhatikan aku, takut aku pergi tempat lain. Aku g toilet pon nak ikut. Lama-lama, terlenalah kami tak tau siapa yang lena dulu. Hehe.. Tiap kali Iman bangun sahur, suasana sunyi pasti bertukar jadi riuh. 

-Tamat-



Jul 1, 2014

MerinduiMu


Duhai hujan yang menangis sayu.

Sampaikan salam rinduku padaNya.

HambaNya yang tidak layak untuk syurgaNya.

Namun bukan pula seksa neraka yang aku inginkan.

Sungguhpun aku tidak layak, aku rela berjuang untuk melayakkan diriku.

Duhai aingin yang menghembus sepi.

Sampaikan salam cintaku padaNya.

Katakanlah bahawa aku berterima kasih atas segala kurnianNya.

Sesungguhnya Ujian dan cubaanNya tidak pernah sia-sia.

Dialah yang membuatkanku hidup dan kepadaNya jugalah aku kembali.

Duhai hujan, duhai angin.

Usah dikau bersedih.

Senyumlah seperti selalu.

Di saat engkau diketepikan

Ingatlah Allah tetap ada bersamamu.


*Aku merinduiMu ya Allah.