BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jun 25, 2014

Catatan Pengembara


Salah satu yang membuatkan aku bahagia ialah mengembara. Saya pasti tentu dalam kalangan anda semua juga suka mengembara bukan?. Dengan mengembara, kita dapat banyak pengalaman, pemandangan dan pengetahuan. Mengembara tidak beerti kita pergi ke tempat yang jauh, tempat yang dekat dengan kita juga boleh dikatakan mengembara. Mencari dan menerokai apa yang tersirat atau mungkin apa yang kita tidak ketahui bakal kita ketahui dalam mengembara. Kita akan mengetahui apa erti hidup yang sebenar. Semakin kita kenal pemberian Tuhan, semakin kita bersyukur atas pemberianNya.

Oh ya, jangan lupa untuk merakam memori dan kenangan sewaktu mengembara, merakam dengan mata hati kita sendiri sudah cukup tanpa camera yang cantik dan mahal. Catatlah perkara2 atau hal2 yang tidak boleh kita ingat. Tulislah semula sebagai tatapan sendiri, tidak mengapa penulisan kita tidak berbunga-bunga, penulisan yang santai sudah cukup. Suatu hari pasti kita akan tersenyum saat kita membacanya semula. 

0 COMMENT. ( ^_^ ):