BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jun 5, 2014

Aku Ibu.


Saya tidak pernah melahirkan anak tetapi sudah digelar ibu kpd anak buah yg seorang itu. Ya,kerana gelaran ibula yang telah membuatkan aku berasa seperti seorang ibu.Seorang ibu yang sentiasa mencari -cari dan menyebut nama anaknya jika tiada di depan mata. Seorang ibu yang sentiasa ingat anaknya setiap saat. Seorang ibu yang dahulukan keperluan dan kehendak anaknya.Seorang ibu yang cukup geram sekali kalau anaknya tidak mahu makan. Aku tau semua ibu berasakan sedemikian.

Biarpun dia bukan anak yang aku lahirkan tetapi perasaan keibuaan tu wujud sejak dari awal menjaganya lagi. Dari situ, aku belajar banyak perkara. Bukan mudah untuk membesarkan seorang anak.Anak ibarat kain yang putih, kitalah yang mencorakkannya. Sebenarnya, kita memerlukan ilmu untuk mendidik anak. Jangan pukul anak secara membabi buta, sebaiknya jelaskanlah dan terangkan sebab mengapa kita melarang anak bertindak spt apa kita tidak mahu, nakal dan sebagainya. Kita perlu jelaskan misalnya ketika melarang anak bermain pasir yang kotor, jelaskan padanya mengapatidak boleh main. Kalau kita melarang tanpa memberitahu alasan, kemungkinan anak akan mengulanginya lagi kerana mereka tidak faham mengapa mereka tidak bole melakukan sedemikian.

Jelaskan dengan bahasa kanak-kanak. Ramai yang mengadu di fb bahawa anaknya sangat nakal sehingga dia penat menjaganya.Tetapi terlebih dahulu kita mesti tahu kenapa anak kita nakal. Sebenarnya, kanak-kanak yang nakal sbabm emerlukan perhatian kita. Adakah kita cukup memberi perhatian pada anak kita? Kanak2 berbuat sesuatu kerana ingin menarik perhatian kita. Bila mereka merosakkan mainan misalnya kita pasti akan marah, mereka menganggap marah itu satu perhatian kita. Sebab tu ada kanak2 mengulangi perkara yang sama. Tetapi kalau kita terangkan. Kenapa tidak boleh main itu,main ini, anak akan berfikir dan ingat pesan kita setp kali ingin bermain sesuatu yang kita larang. Bukan mudah untuk lawan syaitan tidur yang taknak bangun ketika anak menangis malam, berjaga malam tangan selalu sangkut kat buai .. Time mandikan.si anak, nampak anak dalam bahaya cepat2.si ibu relakan diri ganti tempat si anak. Mungkin suatu hari bila aku sudah bergelar ibu yang sebenar aku akan lebih bersedia, buangkan segala keluhan.. Isyalah,aku akan pastikan diriku ada ilmu menjaga dan mendidik anak sebelum aku mempunyai anak,begitu juga dengan berumahtangga, aku harus ada ilmu rumahtangga dahulu sebelum berumahtangga. Sekian.

* Entry ini taipan dalam handphone, mungkin tidak kemas.

0 COMMENT. ( ^_^ ):