BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

May 4, 2014

Segenap khabar


Assalamualaikum.. Sudah lama rasanya aku tak menulis, aku sibuk menulis untuk orang lain. Aku tidak sempat nak membalas pertanyaan daripada pembaca blog. InsyaAllah kalau ada masa nanti aku jawab. Kebanyakannya pembaca bertanya pasal cinta, Alamak.. Aku tidaklah pandai sangat tapi aku cubalah menjawab. 

Nampaknya, lebih kurang 3 bulan sudah tamat pengajian di UM tercinta, tidak ada lagi riuh rendah suara rakan-rakan sekelas , tidak ada lagi kata-kata yang memerliku lambat ke kelas, tidak ada ada suara pujian dan kutukan dari lecturer. Semua itu sudah dirakam menjadi memori. Hanya memori indah yang dirakam. Entah aku tidak tahu mana perginya memori tidak indah, mungkin sudah dipadam. Sesekali fikiran ini mengajakku untuk mengenang kembali memori indah itu. Aku masih lagi disini, tetapi berasa janggal kerana tidak ada rakan-rakanku yang riuh itu. Hanya bayangan mereka saja yang aku nampak. 

Semua sudah membawa haluan masing-masing, tiba masanya untuk menjejaki dunia buruh untuk mengejar hobi, mengejar mimpi, mengejar cita-cita, mengejar cinta dan  mengejar apa saja yang hendak dikejar. Anda mengejar apa? hehe..

0 COMMENT. ( ^_^ ):