BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Mar 22, 2014

Warkah Perantau- Berkorban apa sahaja


“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra sejati dan mulia”

Adakalanya kita harus berkorban untuk orang yang kita sayang bukan?

Emakku, dari kecil aku sudah nampak, dia selalu berkorban untuk anak-anaknya.

Dia sanggup tidak makan asalkan anaknya makan.

Dia sanggup cedera asalkan bukan anaknya yang cedera.

Apa yang kita selalu buat? Kita selalu memberontak jika keinginan kita tidak ditunaikan. Kita selalu pentingkan diri sendiri.

Bila emak tidak ada dirumah, hidup bagaikan kosong macam lagu najwa latiff.

Bila emak pulang ke rumah, perasaan amat gembira kami tonjolkan di belakang emak, kosong tidak ada lagi, malah bermacam-macam nombor yang muncul. 

Masing-masing berusaha untuk mencari perhatian mak dan bermanja-manja dengan mak.

Terlalu comel wajah bahagia kami bila emak berada di samping kami. Bila dirumah kami selalu ikut emak sehingga tidak sedar mak ingin masuk toilet pon kami ikut. Kami comel bukan?

Abahku, Dia sanggup bekerja keras bukan untuk dirinya Tetapi untuk anak-anaknya.

Ingin memastikan anaknya ke sekolah. Abah sangat suka melihat anaknya rajin dan semangat ke sekolah. Biarpun abah tidak banyak cakap, kami tau abah inginkan yang terbaik untuk anaknya.

Sebaik sahaja mendengar bunyi motor Suzuki kepunyaan abah, kami menyorak dan melompat gembira.

“Yey yey abah dah balik”, suara kanak-kanak riang itulah membuatkan rumah tidak pernah bisu.

Kepulangan abah dari kerja kami nantikan kerana “Abah nak duit, nak beli chocolate”, dulu seposen dua posen pon sudah memadai untuk mengisi perut yang mengada, ingin makan makanan lain selain nasi. Kami selalu berhati-hati apabila berbual dengan abah, skrip ditulis terlebih dahulu di kotak fikiran sebelum memulakan perbualan dengan abah. Keinginan kami abah cuba tunaikan walaupun wang sekadar cukup makan.

Lihatlah ! Ibu bapa sanggup buat apa saja untuk kita lebih daripada kepentingan dirinya, adakah kita juga sanggup berbuat apa saja sepertimana ibu bapa kita buat? Begitu hebatnya kasih sayang mereka terhadap kita.

Emak dan Abah.. ketahuilah bahawa kami sangat memerlukan mak dan abah di samping kami walaupun kami semakin hari semakin sudah menginjak usia tua, berkedut sana sini tidak lagi seperti kanak-kanak yang comel dahulu. Kami sangat rindukan saat sekeluarga berkumpul bersama seperti dahulu. Pasti mak rindukan wajah comel bahagia kami bukan? Namun, apakan daya masing-masing punya tujuan yang memaksa kita berpisah raga tetapi ketahuilah hati dan doa kami selalu ada emak dan abah. Semoga emak dan abah dipanjangkan umur. Amin..


0 COMMENT. ( ^_^ ):