BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Mar 15, 2014

Pak cik bus memberontak


Pakcik bus yang memberontak..

Memekik-mekik suara yang kurang indah kepada penumpang..

Melolong-lolong hon ke arah kereta di hadapan..

Memandu seperti kuda liar berlari..

Tidak sedarkah penumpangnya ramai bukan seorang dua..

Agak kasihan dengan penumpang yang tidak dapat duduk..

Pak cik bus yang memberontak..

Wajah yang tenang tidak pernah dapat ku lihat atau bayangkan..

Melainkan wajah yang ketat yang amat..

Seakan-akan punya masalah negara..

Pak cik bus yang memberontak..

Ucapan terima kasih daripada penumpang tidak disahut..

Malah jelingan tajam yang dilemparkan..

Kami tidak minta dilayan seperti penumpang keretapi ataupun kapal terbang..

Cuma minta tidak dilayan sebegini..

Walaupun demikian, terima kasih banyak-banyak
kerana menghantar kami pulang ke destinasi dengan selamat..

Semoga pakcik bus tidak lagi memberontak..




0 COMMENT. ( ^_^ ):