Mar 9, 2014

Khabar Sebuah Pesawat MH370


Kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS yg hilang, sehingga sekarang belum dikesan. Ya Allah apa yang berlaku kepada pesawat itu?

Amat sedih mendengar khabar tersebut, adikku mesej mengadu perasaan sedihnya, dia tidak dapat tido lena katanya, dan mimpi kelibat-kelibat orang meminta pertolongan.

Mak aku juga sedih katanya, mak aku cuba menggunakan apa yang telah dikurniakannya sebelum ini tetapi sudah lama tidak menggunakannya iaitu kuasa firasat, entahlah aku pon tidak tahu istilah yang tepat untuk menggambarkan apa yang dimiliki mak aku. Dulu mak aku terkenal sbgi orang yg boleh menyembuhkan penyakit misteri, menolong orang yang ada masalah dalam keluarga atau suami isteri, boleh membuatkan seseorang kelihatan berseri (mandi bunga),juga boleh mengesan lokasi barang atau sesuatu yang hilang. Namun, ia datangnya daripada Allah. Ia menjadi pekerjaan mak aku untuk mencari sesuap nasi. Cuma satu ja, ia tidak begitu berkesan jika orang tersebut ialah anaknya sendiri. Sekarang mak aku sudah jarang bekerja begitu, sudah penat katanya, memang fizikalnya tidak penat tetapi emosi yang penat. Banyak kisahnya, nanti aku ceritakan kemudian kalau aku tak lupa.

Menurut firasat mak aku, kapal terbang tersebut tenggelam jauh di dasar laut, kapal terbang tersebut tidak hancur. Sekarang masih ada penumpang yang hidup. Tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Wajah2 sedih, panik, cemas dan suara2 penumpang meminta tolong bergema dalam minda mak aku, ia membuatkan mak aku menitiskan air mata. 

Mak..boleh tak mak lakukan sesuatu?- Tanya adik
Itu pekerjaan Allah-Kata mak.


Ia cuma firasat mak aku, kata orang firasat kadang betul, kadang tidak. Apa-apapun yang penting marilah sama2 kita berdoa untuk keselamatan penumpang dan berharap semoga ada keajaiban berlaku. 


Mar 4, 2014

Waris dari pengalaman.


Sebenarnya, rugi bagi orang yang tidak tahu bawak motor. Susah untuk bergerak, motor senang untuk dapatkan tapi buat apa kalau tidak tahu memandunya. Dulu, aku tahu bawa motor tapi sejak kemalangan itu aku jadi takut untuk memacu motosikal. Sebenarnya, waktu aku memcuba naik motor tu, tanpa belajar terlebih dahulu, aku cuma memerhatikan adik. Aku memcubanya kerana dicabar oleh adik-adikku. Mentang2lah mereka pandai naik motor, ditanya aku dengan soalan “ kak sorang ja yang tak pandai naik motor kan, kenapa kak tak pandai , takut ke?

Terasa tercabar disitu. Malam tu jugak aku cuba naik, nak membuktikan la kononnya. Aku memacu dengan adikku yang bongsu dan adik yg ke-10. Pada mulanya yes..berjaya.. Tp lama kelamaan, bila nak turun bukit tu aku tak dapat kawal motor, terjatuh dalam longkang, nasib baik adik2ku tidak cedera Cuma aku saja yang cedera di lutut, sakit la jugak, tp aku sembunyikan kesakitan tu, aku taknak orang lain nampak aku sakit. Lagi satu tahap kebimbangan aku yang tinggi bila nak berhadapan dengan abah, membuatkan aku tidak sakit sama sekali. Memang orangnya tidak cedera parah, tp motornya parah di bahagian depan dan belakang, plat hilang, lampu depan belakang hancur. Kalau abah aku tahu mesti teruk aku kena marah. Adik2ku tak henti2 menakutkan aku sehingga membayangkan muka abah berubah seperti singa mengamuk. Namun, realitinya tidaklah seperti apa yang aku bayangkan. Realitinya abah langsung tidak marah walaupon motor parah dan harga membaikinya mesti tinggi. Dia hanya berwajah selamba seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku pada motor. Adik aku yang lebih2, mereka sangat suka mengejekku “Abah, kak rosakkan motor abah”. Aku menghembus nafas panjang, aku tertanya2 kenapa abah tidak marah. Mungkin mood abah baik kot. Aku hanya tersengih2 jela bila berdepan dengan abah.

Beberapa tahun kemudian, abah ada beli motor berwarna biru, katanya nak bagi kat aku untuk ke sekolah. Tapi malangnya aku masih lagi tidak yakin untuk bawak motor. M?otor tu jadi motor kegunaan untuk semua orang, Aku guna juga tp hanya jadi penumpang.

Masa kita kecil dulu, hanya memberontak saja semua permintaan kita ditunaikan oleh mak ayah bukan? Tapi kami tidak diajar begitu, kami tidak suka meminta2, apa yang kami inginkan, perlu usaha sendiri, kami tak ingin menyusahkan mak abah, nak biskut oreo, badminton, makanan atau benda yg mahal sedikit ,itu semua kena simpan duit sekolah terlebih dahulu ataupun menjual buah-buahan yg dipetik dr kebun abah. Kalau keinginan yg memerlukan jangka masa agak lama untuk kami kumpulkan duit, kami pakai cara lain, caranya tak susah, Cuma tunjukkan diri sebagai anak yang rajin pergi sekolah, rajin mengemas rumah, dan dpt keputusan yg cemerlang dalam exam, hooray!! abah belikan 2 basikal yang berwarna merah dan biru, merah untuk aku, biru untuk akak.


Sekarang berkeinginan untuk belajar kereta ja, motor yg beroda dua itu membuatkan aku tidak yakin, lainlah kereta yg beroda empat. Ok, seperti biasa jika ada keinginan, kena usaha sendiri, let’s start!



TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...