MLM?
Apa benda tu? MLM yang nak aku ceritakankan ini bukan Maharaja Lawak Mega,
bukan juga Multi-Level Modelling dan bukan juga Multi-Level Mouthaking. Aku nak cerita pasal Multi- Level Marketing.
Ya, mungkin sudah ada yg mengenalinya dan ada juga yg belum kenal dengan MLM. MLM
ni sejenis perniagaan bergantung kpd produk yang dijual dan berapa banyak kos
yg perlu dikeluarkan oleh kita untuk menyertainya. Tujuan entry bukannya
semata-mata ingin memperkenalkan apa yang dikatakan MLM tu cuma ingin
mendedahkan sesuatu yang anda tidak tahu atau tidak menyedari apa yang berlaku
dalam MLM.
“Sebenarnya
aku taknak join tapi entah kenapa tiba-tiba aku terjoin pulak”
“
Entahla, aku pon tak tau, dah terlajak join”
Inilah
salah satu rungutan dari orang yang pernah terlibat dengan MLM. Sorry to say,
bukan nak burukkan MLM cuma terdapat segelintir mereka dalam MLM ni pakai cara
tipu. Kalau mereka betul2 berniaga dengan cara yg betul its ok la.
Sebenarnya
mereka ni sangat bijak bermain psikologi dengan orang sekeliling. Kalau yang
bagitau direct to the point tu mungkin okay lagi. Ini tidak, ada yang sanggup
menipu. Mungkin itu cara mereka untuk cari makan. Kalau kita seorang pekerja,
mereka menawarkan kita ke tempat interview yg menjanjikan pekerjaan yang ada
masa depan, kalau kita seorang pelajar, mereka menawarkan kita untuk ke sesuatu
tempat seminar kerjaya, workshop, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Padahal,
mereka membawa kita ke tempat mereka, sungguh indah khabar dari rupa. Perlu
diingatkan, sebaik sahaja kita melangkah kaki ke tempat tersebut, fikiran kita
sudah dikawal oleh mereka. Mereka tonjolkan peribadi yang baik, berpakaian
kemas, bersopan santun, pandangan manis, kata2 mereka macam orang yang hebat.
Apa
yang mereka buat sampai kita tak boleh berfikir dengan jernih?
Pertamanya,
selesai sahaja sesi introduction produk yg mereka jual, keputusannya bergantung
kepada kita samaada nak atau tidak, ada setengah orang senang untuk diperdaya
dan ada juga masih lagi boleh menepisnya. Mereka cuba manipulasikan kita dengan
cara memberi kita pilihan. Misalnya mereka berkata “ Nak bayar hari ni ke
esok?”. Kita tak kata pon yang kita nak join kan. Mengikut pembacaan aku la,
bila kita diberi pilihan spt ni otak kita dikawal oleh minda bawah sedar
ataupun dipanggil minda kewarasan kita. Kita dah tak sempat nak fikir apa2, tak
beri peluang kepada kita untuk memikirkan alasan lain, kita Cuma jawab soalan
yang ditanya iaitu hari ni atau esok. Bagi yang dapat mengawal minda bawah
sedar tu ok la. Susah ke nak kawal minda bawah sedar ni?
Cara
ni kita boleh buat kat suami, anak, adik, kakak atau orang lain kalau kita nak
cepat2 capai target kita. Misalnya kita terus bagi soalan macam ni “ Abang,
holiday minggu depan nak g bercuti kat Indonesia ke Thailand? Jangan pula kita
tanya “Abang, minggu depan boleh x kita p bercuti?” Kalau tanya macam ni, suami
akan bagi alasan “ Abang nak rehat kat rumah jer” (Ini hanya ulasan sampingan)
Then,
teknik yg mereka gunakan foot in the door, ia istilah psikolgi. Mereka minta
kita wang sedikit dahulu, bukan sepenuhnya. Misalnya, join dengan diorang
memerlukan sejumlah wang seribu, diorang akan minta 500 dahulu. Apa akan jadi
bila kita bagi duit tu? Mesti la kita sayang nak tinggalkan, alang-alang kita dah
bagi duit tu, kita pon join la awalaupon hati tidak mahu. Mereka ni sangat bijak
sekali, bila kita menukar fikiran untuk tidak terlibat dan ingin kembali wang
kita. Apa yang mereka buat? Mereka terus psiko. Mereka sangat pandai
berkata-kata, mereka mengubah fikiran kita dari yang negatif ke positif dengan
sekelip mata sahaja. Kita pula terkena lagi.
Selain
tu, ada juga yang meminta terus kepada jumlah wang yg besar kemudian baru minta
jumlah yang kecil. Dalam psikologi ia dinamakan teknik door in the face. Nampaknya
ada juga yang sanggup memberi sekaligus dalam jumlah wang yang besar tapi ia
hanya segelintir sahaja, kebanyakan dari mereka mampu memulakan dengan jumlah
wang yang kecil. Mungkin orang tu kaya. Jumlah yg besar kita dah bagi, takkan
kita nak tinggalkan macam tu ja kan? Minta balik.. jangan harap dia mau bagi,
dia hanya akan terus mempengaruhi kita.
Sorry
to say, bila difikirkan balik, berkat ke duit yang mereka dapat tu dengan cara
menipu orang? Yela, mungkin kalau kita berkata perkara yang sebenar pada
awalnya, kejayaan agak tipis. Untuk cepat macam tu la.
*Aku boring,aku menulis
No comments:
Post a Comment