BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 25, 2014

Edisi Cinta: Pertanyaan dari pembaca


“nak tanye klu ade org tu kate die suke kat kite tp cara dia luahkn prasaan tu cam main2 je btul ke die ske kte ye...tp die slalu brsifat mlindungi dri sye ni..
die jgak slalu curi lhat kearah sye...tp kmi xpenah brckap walaupon skali..die penah cakp i luv u kt sye dpan org rmai tp cra die xmeyakinkn sye yg die suke kt sye”

Ni salah satu soalan dari pembaca blog. Sudah lama aku meninggalkan title cikgu cinta sebab cikgu sendiri tidak jumpa2 cintanya.  Bila orang bertanya, aku cuba la menjawabnya walaupun aku ni bukannya pakar sangat. Terima kasih sudi bertanya.

Secara lumrahnya , lelaki ni sukar untuk tonjolkan perasaan yg dia suka kat someone walaupun jauh dari sudut hati dia sukakan someone tu. Ini mungkin sebab sudah diasuh sejak dari kecil lagi jgn ada sifat suka melayan perasaan. Sebab tu lelaki pandai sembunyikan dan melupakan perasaan mereka dgn mudah. Tetapi, lelaki cuba menonjolkan perasaan dgn cara dia sendiri, yg mungkin sukar utk wanita ketahuinya. Mengikut cerita saudari ni, mungkin lelaki tu menunjukkan perasaannya dengan cara melindungi saudari.

Namun demikian, wanita pula yang kita ketahui secara lumrahnya lebih menjurus kepada emosi, jadi mereka lebih suka kalau lelaki menyatakan cintanya sesuai dengan kehendaknya iaitu melalui kata2 atau ucapan. Wanita mau lelaki menyatakan cinta dgn sejujurnya bukan? Mungkin apa yg ditonjolkan oleh lelaki tu kepada saudari tidak tepat dengan apa yang saudari inginkan.

 “dia luahkan perasaan tu macam main2 je”- Mungkin lelaki tu menyatakan cintanya sambil gelak2, muka tak serius.? Ia kelihatannya tidak match bukan? Yang wanita inginkan sebenarnya menyatakan cinta sambil menunjukkan emosi yg betul2 dia sukakannya. Kalau tidak sesuai dengan apa yg wanita nak, wanita kurang yakin, ragu2 dan kurang percaya yg lelaki tu sukakanya.


Ramai yang kata wanita ni kompleks, ia membuatkan lelaki tak tahu bagaimana lagi cara untuk menyatakan perasaannya. Zaman dulu, ramai lelaki mengambil cara dgn mengutuskan surat, mereka letak surat cinta bawah meja kerja atau meja sekolah. Mcm mana aku tau? Ramai pakcik dan makcikku bercerita hal yg sama, surat itulah yg membuatkan hubungan mereka terjalin. Zaman canggih sekarang takkan nak bersurat2. Tapi surat yg ditulis dengan tangan sendiri dengan surat yg ditaip itu berbeza.

Sekian,


0 COMMENT. ( ^_^ ):