Keluar dari kereta. Cuaca agak panas
sekali, cahaya matahari berada tepat di kepalaku, dahiku mengerut dan
automatik anak mata aku mengecil sedikit. Sambil menunggu bus datang, aku, mak
dan anak buah aku lepak kat kedai makan sekejap. Selesai order minuman, aku
melihat sesuatu yang tak kena.
“ Mak.. try mak tengok orang tu, dah la
dok telengtang, kaki kotor pulak tu, dia tak malu ker orang tengok dia? “ tanya
aku kat mak aku.
Mak aku tak nampak orang mana yang aku
maksudkan sebab pandangan mak dilindungi oleh tiang di kedai tu. Kemudian, aku
tak puas hati, bila orang tu jalan kat belakang aku, aku tanya lagi mak aku.
“ Ni mak, belakang orang ni, dia betul
ke tak ni? Tak pakai selipar.. Selamba jer dia ambik kuih makcik kedai tu”
tanya aku.
“ Owh dia ni.. Dia orang tak betul la,
dia selalu g kedai Cit kau tu, bila dah dapat makanan, dia pergi” Jawab mak aku.
Terkejut dengan apa yang mak aku
bagitau. Sebabnya? aku agak takut dengan orang gila, lebih2 lagi dia berada di belakangku. X.. Bukan salah dia, dia bukan gila, Cuma something wrong yg berlaku kat otak dia.
Orang tu berpakaian elok dan rambutnya
kemas bersikat, pakai T-shirt jersi Chelsea lagi, mungkin peminat Chelsea tapi
satu ja yg membuatkan dia nampak tidak kena iaitu dia memakai kain pelekat pada
jam 1 petang, di kedai yang banyak orang. Wajahnya dan gayanya seperti orang
normal. Sebelum aku masuk kedai tu, aku sempat melihatnya (sebab dia pakai kain
pelekat la aku lihatnya), responnya? Dia memandang aku kemudian memandang budak
kecik yg aku pimpim then terus pandang ke arah lain dengan pantas. Kalau sekali
kita tengok dia, kita cuma menganggapnya orang normal macam kita.
Kali ni aku jumpa orang xnormal yang
tak kacau orang dan orang lain juga tak kacaunya x seperti pakcik awie dan makcik senah yg pernah aku ceritakan. Mungkin orang lain dah terbiasa dengan
dia, mereka tidak marah dia mengambil kuih sesuka hatinya, mereka juga tidak
marah dia ulang alik, ke hulu ke hilir, tempat yang sama. Malah tidak ada
sorang pon respon kewujudannya itu mengganggu orang lain. Berulangkali dia
pergi ke kedai runcit sebelah tu kemudian dia datang balik kat kedai makan. Sebenarnya
apa yang orang tu cari?? Pertanyaan ini yg bermain di kepala aku sebenarnya.
Orang kata, orang sakit mental ni boleh
sembuh dengan ubat2 yang doctor bagi. Tp adakah org tersebut akan pulih
sepenuhnya atau perlu bergantung kepada ubat? Pakcik awie dari dulu sampai
sekarang masih lagi tidak berubah, masih berpelekat, tidak berbaju, dan
bungkusan kecil yang diikat dengan kain pelekat, selalu dibawanya kemana
sahaja. Tiada siapakah yg sudi merawat pakcik awie? Aku agak kesian juga sebab
orang ramai sering mengganggu dan membulinya walaupon dia tak kacau orang.
Penyakit mental ni ada banyak jenis tp
macam mana kita nak cam yg berbahaya atau tidak berbahaya kpd org lain?
*Berapa banyak soalan da.. sekadar
berkongsi cerita..
No comments:
Post a Comment