BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 22, 2014

Bila budak kecil bertanya.

Di suatu pagi, saat matahari mula munculkan diri. Suara budak kecil yg sedang bermain2 melenyapkan kesunyian di pagi hari (mcm lagu raya plk).Tetiba, Terdengar suara Iman memanggilku, dia mengajak aku dan mak pergi ke kedai gunting rambut, mungkin tidak selesa dgn rambutnya yg agak panjang, mungkin juga meniru bapaknya yg baru sahaja gunting rambut. Mak aku drive kereta. Tiba di lampu isyarat, Iman bertanya.

“ Mai mana rambut ni?” Tanya iman sambil tangan bermain2 rambutnya, Mukanya agak mengerut memandang aku dan mak.

“Loading….” Aku dan mak. Bisu sejenak, memikirkan jawapan.

“ Tumbuh dalam kepala dik” Jawab aku.

“ Dalam kepala ada otak, rambut panjang2 mai mana?” Tanya Iman lagi, mungkin tidak mendapat jawapannya.

 Mak aku tergelak tak henti, tiba-tiba enjin kereta mati pula bila lampu isyarat hijau. Kereta kat belakang belum apa-apa tekan hon dua tiga kali, sabar ok. Mak mula kelam kabut, aku dan Iman turut berjangkit kelam kabut dengan mak. Dalam kelam kabut tu sesi soal jawab antara Iman dan aku terhenti. Bagus la, aku tak tau nak jawab apa kat iman, aku try google, ada 3 tahap pertumbuhan rambut, soalan lebih kepada biologi, takyah lah terangkan nanti bukan Iman yg pening, aku yang pening.

Budak2 kecil ni banyak bertanya kan? Kadang2 soalannya, sukar untuk kita terangkan sebab mereka budak2 lagi. Kita perlu terangkan dengan bahasa yg mudah mereka faham, kalau tak, tak sudah2 la dia bertanya. Dan soalan yg ditanya adakalanya juga kita tidak tahu.

Budak2 sebesar Iman pon sudah tahu bergaya, Bila aku suruh botakkan saja kepalanya, dia tidak mahu, nampak hodoh katanya. Dia masih setia dengan gaya rambutnya yg sediakala. Aku perhatikan, Iman agak fokus pada setiap helaian rambutnya yg digunting oleh kakak tu. Iman mmg cerewet orangnya.






0 COMMENT. ( ^_^ ):