BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Dec 14, 2013

Pengimbau bangku sekolah..


Ada sebuah peristiwa yang bertahan lama diingatanku. Ia bukanlah peristiwa yang pahit, bukan juga peristiwa yg manis.. Sewaktu darjah 4, dalam kelas yg bukan cemerlang, bukan juga tercorot.. Tapi kelas yg jadi perhatian ramai cikgu.. suatu hari, cikgu sains (wanita) memberi homework kepada pelajar2nya dan meminta menghantar tugasan pada keesokan harinya.

Tiba hari mghantar tugasan, hanya beberapa orang pelajar sahaja yang menyiapkan tugasan. Wajah cikgu mula berubah, cikgu minta pelajar yg tidak menyiapkan tugasan beratur ke hadapan bersama dengan buku latihan. Aku salah seorang pelajar yg xsiapkan tugasan. Aku dan kawan-kawan berebut-rebut taknak ambil barisan paling depan sebab taktau apa yg jadi nanti bila orang first berdepan dengan cikgu. Aku orang yang kedua selepas berebut2 dengan kawan. Masa tu aku ingat cikgu nak tanya alasan tidak menyiapkan tugasan tapi yg berlaku ialah cikgu menampar kawanku dgn buku latihan, aku lebih bersedia untuk ditampar. Sakitnya tidak terperi, aku tidak menangis cuma mengalirkan air mata... Kawan-kawanku yang barisan belakang belum apa2 sudah menangis melihat kawan2nya ditampar.. mungkin berjangkit emosi dengan kawan2 yang lain..

Itulah hukumannya tidak menyiapkan tugasan.. memang pantas.. cikgu sains garang tapi dia baik sebenarnya.. Mungkin masa tu moodnya tidak berapa baik... Sikap tegasnya membuatkan ramai yang tersalah anggap dgnnya..

Jika diberi peluang bertemu dgn cikgu, aku ingin minta maaf di atas kesalahanku.. Bukan sebab tidak menyiapkan tugasan itu, tp masih ada banyak hal yang kami buat utk protes cikgu waktu kami tidak sukakan cikgu..  Juga ingin berterima kasih kepada cikgu yang banyak bersabar selama mendidik pelajar2nya yg bole dikatakan banyak main dari belajar.. Tanpa cikgu siapala kami..


Sampai sekarang, memori itu masih segar diingatan, mengapa peristiwa itu bertahan lama di ingatanku? Mungkin masa tu pengaruh peristiwa terhadap amygdala (emosi) dan hipocampus (tempat simpan ingatan) begitu kuat.. Atau adakah ini memori palsu yang sebagaimana banyak kajian telah mengiakan kewujudannya dalam otak manusia..  Usah difikirkan, ia adalah memori yg benar..hehe


2 COMMENT. ( ^_^ ):

nurbijen said...

sebenarnya pengalaman sebegitu menjadikan kita lebih "manusia"... Kita belajar betapa cikgu "marah" jika tak siapkan tugasan..
Saya pun pernah mengalami perkara yg sama... cuma bezanya bukan ditampar, tetapi dicubit hingga lebam berhari-hari... mak ayah sendiri tak pernah cubit sebegitu sakit... lepas tu, kerja sekolah sentiasa siap :)

farazura said...

betul tu puan.. Lepas tu kerja sekolah sentiasa siap, tp kerja cikgu yg mana pernah pukul jela..hehe.. Itu dulu la, bla dh bsr, dh tau tggjwb.. ^^