BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Nov 11, 2013

Panggilan Bahagia.

Girl your so one in a million your are.. Baby your the best i ever had...♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯
Bunyi ringtone handphoneku.. Aku yang sedang khusyuk melayari internet memandang ke arah bunyi tersebut lalu mencapainya..

"Wei, Iman nak cakap dengan ko, dia nak nyanyi katanya" Kata adikku lantas memberi handphonenya kepada Iman.

" Ibu jangan marah..Iman sayang Ibu..♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯
Ibu jangan marah.. Iman rindu Ibu...♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯
Suara lantang iman memecah kesunyian telingaku.. Suara comel itu membuatkan aku ingin jumpa iman saat itu juga tapi malangnya aku bukan superman yang boleh terbang ke mana sahaja, aku takda Doraemon yang boleh pinjamkan aku pintu ajaib dan kipas terbang.

"Ibu bila nak balik umah iman? Ibu g mana?- Tanya Iman.

"Ibu kat KL la, Iman datang la sini"-Jawabku

"Tak boleh, jauh..Iman takda duit nak beli tiket bus- Kata Iman.

"Iman ajak la Ma datang sini"- kataku.

"Ma demam, tak bole ikut,"- Jawab Iman.

(Sebenarnya, mak aku sedang tido waktu dia telefon, tapi Iman akan menganggap Mak aku demam setiap kali dia nampak mak tido.. Maklumla setiap kali mak nak tido, dia panggil anaknya untuk mengurut badan..jelas disini menunjukkan mak aku tak sihat di mata iman)


" Ibu sekolah dik, takleh nak balik lagi" Kataku.

" Nanti kalu ibu nak g sekolah, ibu datang la umah iman dulu, pas tu ibu pergila sekolah"- Kata Iman.

"Ok, nanti ibu g.." kataku.

"Mana ibu? Takda pon, Lambat ibu ni.."- Tanya Iman.

Aku hanya mampu bergelak ketawa dengan telatah iman, aku tau mungkin Iman teringatkan aku. Sekarang, percakapan Iman sudah semakin lancar tak macam dulu. Dia dah boleh menyebut KL, sebelum ni dia menyebut TL (Te el).. cakap pon xberhenti sampai tersasul nak panggil Ibu jadi Ubi, tak sempat aku nak mencelah... Sebelum ni bila aku call dia hanya cakap sekejap ja, tapi semalam tak tau kenapa dia yang call dan cakap banyak dengan suara bahagianya..

"Ok bye ibu..slmt malam.." Ibu jangan marah..Iman sayang Ibu..♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯ Ibu jangan marah.. Iman rindu Ibu...hehehe..."- Iman

Panggilan bahagia itu bermula dengan nyanyian dan berakhir dengan nyanyian juga, terharu pulak aku dengar iman nyanyi.. Kata adikku, lagu tu dia reka sendiri.. aku pelik juga kenapa liriknya tak bagi aku marahnya, adakah aku suka marah dia..hehe.. aku suka marah dia setiap kali dia tak dengar cakap aku..














Begitu banyak koleksi gambar iman dalam laptop aku, maklumla dapat anak buah yang suka bergambar, pantang tengok camera...



0 COMMENT. ( ^_^ ):