BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Nov 2, 2013

Ada sesuatu yang tertinggal...

Otak agak berat dan berserabut, mungkin aku banyak berfikir.. Bermula bangkitnya aku dari tidur sampailah sekarang.. Tetiba ja macam-macam yang terlintas di kepala aku ni.. Bangun tido nampak hanger, teringat waktu kecil dulu mak aku selalu pukul kat punggung dgn hanger, kejutkan aku bangun subuh, itulah cara kejutkan orang yang susah nak sedar.. Dari situ la aku mula teringat semalam mak ada call aku sekejap then suruh telefon dia balik tapi aku tak call-call pon, aku lupa.. Masa tu la jugak aku fikir time bila aku nak call mak aku balik, masa tu la jugak kena bergegas mandi p kelas, kalu aku call mesti aku berbual panjang, masa mana nak mandi.. Tak jd call, pergi mandi..

Sementara menunggu bus, terfikirkan si iman.. jauh benar mengelamun, bus dah ada depan mata pon xperasan, nasib baik nampak kawan aku bergerak, baru tersedar dari lamunan.. 
Pagi yang agak kedinginan, dalam kelas pasang aircond tahap beku.. Kedengaran tone suara lecturer yang agak slow membuatkan aku mengantuk, mencuba dan terus mencuba untuk memberi tumpuan tetapi sayang tumpuan hanya sekejap sahaja, mata aku tidak dapat menahannya, makin lama makin layu, perlahan lahan suara lecturer mula hilang dari telinga.. Kepala yang tersengguk ke hadapan menghidupkan aku semula dari tido yang semakin hampir ke alam mimpi.. (apa aku merepek ni)..

Petang pon aku lupa nak call mak aku, mungkin keadaan yang membuatkan aku lupa... Malam, baru aku ingat dan terus call. Rupa-rupanya mak aku nak datang KL esok.. Selama 3 hari mak disini kat rumah akak aku.. Tapi aku janji dengan kawan nak pi rumah dia esok selama 3 hari.. Mak aku kata "Xpala, pergila.. jaga diri baik2". 

Patutla kepala aku agak lain sikit, rupanya ada sesuatu yang tertinggal iaitu call mak.. Lepas call mak, rasa lega sikit.. Mak..mak.. rindu kat mak sebenarnya.. Bila saya balik rumah mak selalu bawak saya pergi makan..hehe..itu yang paling saya suka..hehe..



0 COMMENT. ( ^_^ ):