BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Oct 1, 2013

Suara siapakah memanggil-manggilku?



Sejak kebelakangan ini, aku sering terdengar suara-suara insan tersayang memanggil-manggilku..

Bilaku toleh ke belakang, tidakku jumpa walau seorang... Hati mula terasa hiba seketika..
Alangkah indahnya jika dapat bertemu tatkala hati sedang rindu..

Iman.. .anak buahku selalu singgah difikiranku...
Dialah yang selalu aku rindukan..
Dia kuanggap sebagai anakku, walaupun bukan anakku..
Dia juga anggap aku ibunya walaupun aku bukan ibunya..
Mungkin suatu hari dia akan tahu siapa ibunya...

Bila fikiran kosong..
Sempat lagi terbayang saat-saat dia melompat gembira..
Terdengar suara lantangnya memanggilku ibu..
Fikiran kosong akan jadi sejuta pertanyaan..
Baikkah dia? Sihatkah dia? dengan siapakah dia?
Semoga Allah sentiasa melindungi iman dan keluarga..

0 COMMENT. ( ^_^ ):