BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Oct 17, 2013

Perasaan - Bahagian 2

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.

Syukur pada Allah sehingga sekarang masih lagi memberi peluang untukku bernafas. 

Sekarang, aku masih lagi mahu berbicara tentang perasaan. Aku ingin bertanya mengapa manusia itu punya perasaan yang pelbagai? Kan lebih elok kalau kita cuma ada satu perasaan ja iaitu perasaan gembira. Sebenarnya ini soalan aku tatkala bersedih. Sedih itu menyakitkan.. kadangkala kita tidak sanggup menanggungnya, ia membebankan mental kita.. Bila sedih aku akan cari sebab dari hujung kaki hingga hujung kepala mengapa aku bersedih.. Aku cuba untuk cari penyelesaiannya. Tapi bila sedih tak bersebab bagaimana harus aku selesaikannya. Sampai satu saat aku akan salahkan diri sendiri dan juga orang lain. Bukankah itu tidak elok. Dan adakalanya kita cuba membandingkan kita dengan orang lain, kalau kita membandingkan kita dengan orang yang pandai dari kita, kita rasa sedih dan rendah diri.. kalau kita membandingkan dengan orang yang kurang pandai dari kita, kita rasa bersyukur. Begitu juga dengan membandingkan dengan orang yang kaya, kita rasa kita tidak ada apa-apa tapi jika dibandingkan dengan pengemis dan orang yang lagi susah daripada kita, kita rasa sangat bersyukur, bersyukur membuatkan kita lebih gembira. Ia dipanggil social comparison theory. Minggu lepas aku mempelajari teori tu dalam kelas social pyschology. Mungkin tu satu sebab kenapa kita rasa sedih dan tak gembira. Jadi lihatlah orang dibawahmu.

Lagi satu perasaan itu ciptaan Allah bukan? Kalau Allah hanya mencipta perasaan gembira, takkan kita nak gembira saat pemergian orang yang tersayang.. Sama juga Allah ciptakan manusia berpasangan lelaki dan perempuan.. Baik dan Jahat.. Syurga dan Neraka.. Sungguh uniknya ciptaan Allah..






0 COMMENT. ( ^_^ ):