BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Oct 2, 2013

Dah PMR?



" Asalamualaikum kak.. rabu ni Yu dah exam PMR.. Doakan Yu tau, InsyaAllah, Yu akan cuba buat yang terbaik"

Itulah SMS dari adik aku 3 hari yang lepas, SMS itu telah membuatkan airmata aku mengalir.. MasyaAllah.. aku sampai terlupa hari rabu pelajar PMR dah nak exam.. Hari ni bukan??

Aku hanya dapat doakan dia sahaja.. Aku tak dapat bersama dia, tolong ajar dia, dan bagi dorongan kat dia.. Dia pernah berkata dia nak belajar sampai masuk U..  Hanya dia sorang adik aku yang punya semangat macam aku.. adik aku yang lain tidak berminat untuk belajar sehingga ke menara gading.. Mereka hanya belajar kerana orang suruh belajar sahaja.. Nasihat orang tidak diendah, sehingga orang tidak mampu lagi berkata apa dan akur dengan pilihannya... Tapi aku tidak salahkan mereka, setiap orang ada pendapat dan pilihan masing2.. Apa yang mereka fikirkan tidak sama dengan apa yang aku fikirkan.. Tapi aku bersyukur kerana mereka tidak dalam golongan seperti kebanyakan budak remaja sekarang yang berperangai macam2..

Berbalik kepada exam PMR tadi, Selamat menempuh exam PMR buat semua pelajar2 yang dikasihi... Do the Best.. Membaca buku jangan sampai lewat malam, nanti terlewat bangun pagi..hehe.. Ada satu kisah budak STPM membaca sampai larut malam.. then, terlewat pergi exam keesokannya.. Apa yang terjadi pada dia ? Nanti aku akan ceritakan kemudian.. 


0 COMMENT. ( ^_^ ):