BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Oct 24, 2013

Biarkan Aku Bercerita...


Ini hasil daripada ketidakfahaman aku terhadap SPSS, pertama kali belajar SPSS aku selalu lupa yang signifikan harus bawah 0.05, disangkakan aku atas 0.05. Apa lagi, ni hasil tulisan lecturer aku, ditulis besar2 kat buku aku, nanti aku xlupa lagi katanya.. Betul la katanya, sekarang aku tidak pernah lupa.. haha.. Aku ingat time sekolah dulu ja cikgu conteng buku aku masuk U pon ada jugak.. Ingat lagi masa form 3, Cikgu matematik conteng besar2 dibuku aku dua formula yg selalu aku tertukar.. Sampai sekarang msh tertukar.. buku tu msh ada kat rumah dlm stor.. cikgu selalu perasan muka aku berkerut, itu tandanya aku tak faham apa yg cikgu ajar.. bila cikgu tanya aku, aku suruh cikgu ulang sekali lagi.. ada cikgu yg menggeleng2 kepalanya, ada cikgu mula menukar tone suara dari tone suara rendah ke tone suara tinggi.. Kalau xfaham lg, aku p cari cikgu.. (tiba2 rindu cikgu)


Ini baju yang diperbuat daripada kertas, Suatu ketika dahulu, ada sorang kawan aku bagi, buat kenangan katanya, sampai sekarang ada dengan aku, mana taknya aku lekatkan kat buku diary aku, sudah tentu dia tidak akan hilang kecuali aku bakar diary aku..


Ini lukisan aku tangkap gambarnya sebab lukisan ni menarik bila kita lihat betul2.. lukisan bercerita tak sama dengan kita bercerita.. tapi maaflah aku tangkap gambar tak cantik, cahaya xdapat disembunyikan seperti nyamuk aedes.. (apa aku merepek ni)




Ini hasil tangan kawan aku.. hasil dia lagi ok la daripada aku.. Tapi satu ja nak tanya dia tapi tak tertanya2.. kenapa wajahnya diwarna..?



Cuba teka apakah ini? apa yg cuba dilakukan oleh makhluk di atas?
haha.. ini hasil tangan adik aku, aku jumpa ketika sedang menyapu... aku ambil gambar sebab nak tunjuk kat dia bila dia besar nanti.. aku ingin menyoalnya, apa yg dilukis?adakah dia akan ingat lukisan ini..  nak menguji memory la konon.. 


taknak cerita, gambar ni dah cerita.. Kamu pernah buat macam ni pd org yg merokok?
Abah dan abang aku perokok tegar, mereka sedar rokok itu bahaya tapi tak sedar apa yg mereka anggap tu tak betul.. Anggap apa? anggap apa yg berlaku kt org lain takkan berlaku kat dia.. Habis sampai bila la mereka nak berhenti merokok.. Kemain lagi kat kotak rokok boh gambar ngeri..





Ni gambar google yg paling aku suka.. walaupon simple tp ada cerita bahagia yg selalu buat aku tersenyum setiap kali melihat gambar ni.. Teka cerita apakah?




0 COMMENT. ( ^_^ ):