BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Sep 28, 2013

Tolong Aku Putuskan...

Arrhhgg.. Tolong aku buat keputusan boleh?

Bila dah last semester ni, kepala otak aku ni asyik dok pikir nak buat apa lepas habis blajar ni..
Time balik raya hari tu, family tanya nak buat apa lepas ni.. ada yang suruh aku kerja terus, ada yang suruh aku aku sambung belajar, ada yang suruh aku kawen (ni mak aku la, bab kawen dia no 1, dia suka kenduri kendara ja, dia tak tau yang anak dia ni mana ada calon lagi..haha.. tapi kalau ada calon pon, belum sedia lagi, banyak lagi yang perlu aku belajar dlm hal rumah tgga ni, mana bole terus kawen ja)

Sebab terlalu ramai sangat yang bagi cadangan kat aku, aku jadi pening, setiap kali aku bagi kata putus, aku akan ingatkan kata2 orang, mulalah aku rasa bersalah.. sebab nak jaga hati orang..

Tapi memang sejak dari dulu lagi hanya satu saja keputusan aku iaitu sambung belajar selagi boleh sambung dan xda halangan. Bukan taknak kerja cari duit, memang nak.. Tapi aku pasti akan rindukan belajar bila kerja nanti. Aku tak puas lagi la belajar. Aku mau kutip banyak ilmu lagi. Aku bercadang nak sambung master sambil bekerja, kalau aku tak kerja bagaimana aku harus membiayai kos pelajaranku. Aku bukanlah dari keluarga yang senang. Sekarang aku sudah memikirkan di universiti manakah aku nak sambung? penginapan? biasiswa ? bidang apa? tajuk apa? dan yang paling penting penyelia... Penting bagi aku mencari penyelia yang baik.. aku tidak kisah sambung di universiti mana sekalipun asalkan penyelia tu penyelia yang baik, penyelia yang tidak menyesatkan kita..penyelia yang sedia untuk bagi tunjuk ajar.. tetapi ada ka penyelia yang ingin menyeliaku.. aku bukanlah pelajar yang cemerlang sangat..

Aku tahu buat master ni bukannya mudah, aku sudah mendengar pengalaman dan cerita dari senior2.. lebih2 yang ambik research.. dulu aku buat latihan ilmiah pon bukannya mudah jugak, tapi ia seronok sebab buat aku bekerja dan terus bekerja.. membaca bahan dan menulis latihan ilmiah juga sesuatu pekerjaan bukan..? aku suka bila tangan aku terus menaip sebab tu aku wujudkn blog ni sebab aku nak menaip la..haha..aku tak kisah orang mau baca atau tidak..

Kalau kita nak..kita akan berusaha kan, kalau usaha InsyaAllah tercapai...
Dan aku... masih lagi fening2, tapi hati ni nekad untuk sambung belajar.. Semuanya perlu buat keputusan.. otak ni menggelintar banyak maklumat, suara2 insan yang tersayang sering terdengar di ruangan gegendang telinga, kadang2 gegendang telinga ini bergegar.. tanda ada maklumat yang tidak diingini..



0 COMMENT. ( ^_^ ):