BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Sep 29, 2013

Surat untuk dia..

Andai engkau mengerti apa yang aku mengerti..

Pasti awan tidak menangis..

Andai engkau tahu apa yang aku tahu..
Pasti langit tidak bersedih..

Andai engkau tahu dan mengerti  isi hatiku..
Pasti dunia tidak memandang sinis padaku..

Aku tahu sampai hujung dunia pun engkau tidak akan pernah mengerti apa yang ada dihatiku..
Kerana engkau tidak pernah cuba untuk mengertinya, apatah lagi untuk mengerti..

Aku tidak salahkan engkau kerana aku tahu terlalu rumit bagi kaum Adam untuk mengerti kaum Hawa yang dikatakan rumit..

Tetapi tidak mengapa, awan yang menangis pasti tersenyum jua, langit yang sedih pasti bahagia jua, dunia tidak lagi sinis padaku..

Tiada lagi tangisan pilu, tiada lagi kesedihan..
Yang ada istana bahagia yang dikurniakan oleh-Nya..

Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya terus hanyut dalam kesedihan..
Cuma sesekali Allah menguji hamba-Nya supaya kita mengenali erti bahagia..
Kita sebagai hamba-Nya harus redha dengan tarian takdirNya..


0 COMMENT. ( ^_^ ):