BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jul 27, 2013

Sejenak embun memecah kesayuan..


Embun pagi memecah kesayuanku di pagi hari... Bersyukur kerana masih lagi bernyawa.. dan dapat mengerjakan tugas seorang manusia..

Dari jauh, kelihatan seorang pemuda sedang memimpin tangan si kecil .. Kanak-kanak lelaki yang berpakaian sekolah.. Mungkin abang sedang menghantar adiknya ke sekolah.. 

Si abang berhenti di pinggir jalan dan menyerahkan adiknya kepada polis traffic yang menjaga keselamatan di jalan raya.. Adiknya kelihatan berat untuk melepaskan tangan abangnya, abangnya yang melepaskan tangan dan berbisik di telinga adiknya.. mungkin berbisik kata-kata nasihat atau semangat untuk adiknya ke sekolah..

Si kanak kecil memulakan langkahnya dengan lemah, berjalan perlahan melintas jalan,  melangkah tangga satu demi satu sambil memandang ke belakang melihat abangnya yang sedang berjalan, berjalan menuju ke arah yang ingin dituju.. Beberapa kali adiknya memandang ke belakang semata-mata ingin melihat abangnya.. abangnya hanya fokus berjalan menuju ke arah yang ingin dituju.. Apabila bayang-bayang abangnya tidak lagi kelihatan..barulah dia fokus menuju ke arah yang dia ingin tuju..

Terharu aku sejenak melihat kasih sayang kedua beradik itu, tersenyum kecil melihat mereka.. terpancar wajah kasih sayang antara kedua beradik itu.. Teringat di waktu kecil..aku hanya berjalan sorang2 ke sekolah.. jarang sekali familyku menghantarku ke sekolah, hanya pada hari pertama sebaik sahaja memulakan sesi sekolah sahaja aku merasainya.. Tapi ia tidak beerti tiadanya kasih sayang.. Mungkin ingin aku berdikari sebagaimana berdikarinya aku sekarang..


0 COMMENT. ( ^_^ ):