BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jun 25, 2013

TATKALA KEBIMBANGAN (ANXIETY) MELANDA DIRI.


Saya sedang mengalami kebimbangan pada tahap yang tinggi ataupon dalam istilah psikologi anxiety. Siapa yang tak pernah mengalami kebimbangan.. kamu semua pon pernah kan.. Tapi kadang-kadang orang buat dek je dengan gangguan emosi ni kan.. Kebimbangan ni berlaku bila kita berhadapan dengan keadaan yang menekan ataupon bahaya. Aku? sedang berhadapan dengan situasi yang menekan..

Ini bukanlah pertama kali aku mengalami gangguan kebimbangan tapi inilah kali pertama mengalami gangguan kebimbangan yang terlampau..darurat sangat... Sebab masalah pelajaran ditambah pulak dengan  masalah family dan lain-lain masalah lagi.. Ia telah buat aku jadi kacau..kacau..dan kacau.. aku tak dapat nak memberi fokus pada study.. Badan aku terasa penat, aku lihat tangan aku yang sedang pegang pen menggigil.. jiwaku susah untuk tenang..

apakah yang aku fikirkan..? aku fikirkan masalah dan penyelesaian.. sebab aku tak tahu adakah masalah aku ni dapat diselesaikan atau tidak itu yang buat aku jadi bimbang.. aku memikir-mikirkan hal itu sehingga badan penat dan stresss!! mataku sentiasa panas ditambah pulak negara yang sedang mengalami jerebu sekarang ni.. lagi la kena jaga2..

Kalau aku bagi nasihat kat orang lain jangan stress bole..tapi aku sendiri tak boleh nak handle stress aku.. tak boleh nak nasihatkan aku sendri.. pagi tadi terima mesej daripada adik, dia mengadu kat aku yang dia sangat stress kerja seorang kat butik pengantin tu.. sampaikan dia buat perkara yang tak betul nak hilangkan stress tu.. dia putarkan lagu rancak dan menari seorang diri di tempat kerja..kadang-kadang dia bercakap sorang-sorang.. biasala pelanggan ramai bila tiba musim kahwin.. selain dari musimnya pelanggan tidaklah ramai.. itu yang membuatkan dia tertekan.. kerja pulak tidaklah terlalu banyak bila xde orang nak kawen.. katanya boss dia kedekut nak ambik pekerja ramai-ramai..bajetla katakan... dia yang jadi mangsa bila kerja banyak dan kerja kurang... Susahkan? ada kerja banyak stress, kerja sikit pon stress.. Jadi aku hentamlah adik aku habis2.. hentam tu maksudnya bagi cadangan la..haha.. last2 aku bagi ayat "Satu ja pesanan aku kau jaga elok-elok mental kau tu, kesihatan mental tu sangat penting tau, kalau kau tak boleh nak handle ia akan memberi kesan kepada hidup kau..".Haha...dia pulak kata aku gila sebab menakut2kan dia..adoi..betul apa aku kata.. Takpa.. nanti akak kau ni balik lagi aku hentam kau.. 

*Aku harap gangguan ini akan beransur pulih secepat mungkin..



9 COMMENT. ( ^_^ ):

Cik Gee said...

gangguan2 yang tak baik ni semua datang dari syaitoooonnnn... banyakkan solat taubat & solat mlm.. inshaAllah, fikiran akan kembali ke aturannya.

nasihat perkara yg sama pada si adik ye..

:)

farazura said...

mmg pon pekerjaan syaitooooonn.. Ok kak, tp ni mmg stress thp tggi..smpi sy xleh nk buat pape.. akak pernah dlm keadaan sgt stres? mcm mana perasaan akak masa tu..hehe..
nanti sy kata kat adik sy

czueka zulaikha said...

stress ni kadang2 susah nak di kawal.. pernah juga rasa macam ni cuma kena elakkan bersendirian n cri kawan untuk luahkan :)

farazura said...

czueka zulaikha: Ye..sy suka brsendirian bila stress..itu yg jd mslh.. hehe..xpa, kita cuba yg terbaik utk halang..

Cik Gee said...

penah kot. putus cinta mase sem akhir. haha.. sgt childish kan tapi ni la hakikatnyer.

kak gee beruntong dapat roomate yg memahami. bila difikirkan balik, buat malu je bangun pagi dgn mata sembap depan budak 1st year -.-' roomate kak gee mase tu 1st year fac science. hehe.

perasaan ditinggalkan tu tak sakit sangat since kitorang pon ada diskus dan memang ada niat nak tamatkan hubungan ni cara baik.

cuma perasaan sakit hati sebab rasa ditipu bulat2 tu yg buat kak gee stress. haha. seb baik result exam okay. in fact much more better than ever.

kak gee dptkan khidmat nasihat dr kawan baik & supervisor kak gee mase tu, dr.Malini. She is very understanding lecturer, as I know. :)

tapi yg paling membantu kak gee rasanya bila kak gee perbanyakkan solat taubat & bangun sepertiga mlm. itu yg buat hati jadi tenang balik semula..

sob sob sob... amik tisu lap hingus jap. hehe.. ^^

farazura said...

hehe.. sedihnya cerita akak.. so far, sy xda lg stres dlm mslh cinta..hehe.. Mcm mana akak pi jmpa Dr. Malini? akak pi n gtau masalah akak ya?

Cik Gee said...

yes opkos.. masa ni dah takde malu2 dah.. kak gee cuma fikir yg kak gee perlu buat sesuatu. takkan la nak terus menerus dlm keadaan stress, sedangkan waktu tu semester akhir. dengan tesis & final exam lagi.

lagipun, dr.malini perasan perubahan pd wajah kak gee waktu tu. itu yg boleh terkeluOr segala cerita kat dia tu.. hehe..

bak kata Yulita (mesti fara kenal dia kan):

"sebenarnya kita dah tahu jawapannya. kita cuma nak dengar dari mulut org lain utk menenangkan hati kita sendiri.."

:)

farazura said...

kak gee:owh.. Dr.Malini perasan ya..
hehe..kenal sgt kak yulita slalu jmpa blk e.awang..
owh..kiranya akak ni jenis auditory la sama mcm sama.. auditory tu mksdnya kita tau jwpn/apa kta nk buat tp kita nk jgk dgr dr mulut org lain..(audotory tu sy blajar dalam NLP).

farazura said...

pembetulan: sama mcm saya..hehe