BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jun 30, 2013

Berbicara Dengan Sepi..



Duhai Sepi..
Kadangkala engkau penyeri..
Kadangkala engakaulah api..

Duhai sepi..
Kadngkala engkau hadir tanpa diundang..
Menghayutkan aku tatkala dendang..

Duhai sepi..
Aku tidak minta ditemani engkau..
Aku yang diminta menemani engkau..

Duhai sepi..
Bisakah setelah diteman aku engkau lepaskan..
Lepaskan aku dalam kesepian..

Pergilah sepi..
Kerana aku mahu engkau tahu..
Sesungguhnya kesepian itu tidaklah seindah yang engkau sangkakan..






Jun 28, 2013

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.


Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum  ? 

Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang..

Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum?

Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit)


Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'.  Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat.  Kadang kala skop  kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari.  Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas yang diberikan.


Seterusnya, kenali setiap staf dalam organisasi, termasuklah 'tea lady' dan makcik tukang sapu. Ini penting kerana staf lazimnya tahu skop kerja masing-masing. Manakala, makcik tukang sapu tahu segenap ceruk bangunan organisasi.



Ketiga, jika kurang pasti, bertanya.  Tapi sebelum bertanya, 'google' dahulu.  Bak kata pepatah moden, 'ask google before you ask stupid question'.  Jika benar-benar buntu, barulah bertanya terutama apabila ada sesi pembentangan atau taklimat mingguan.



Keempat, laksanakan kerja melampau jangkauan.  Jika tugasan atau 'task' diberi perlu ke tahap 5 dalam skala 1 hingga 10, cubalah berikan hingga ke tahap 6 dan ke atas.  Pihak organisasi ingin melihat kemampuan sebenar calon kerana secara tidak langsung, calon berpotensi untuk diambil bekerja dengan organisasi berkenaan apabila bergraduat kelak.



Kelima, kreatif dan menyumbang.  Calon mestilah kreatif dan menyumbang ke arah penyelesaian masalah. Calon perlulah kreatif dalam menyiapkan tugasan. Ada calon yang hanya 'tangkap muak' dalam menyelesaikan tugasan, tidak bertanya atau lebih tepat malas bertanya jika ada masalah serta tidak menyumbang kepada kemajuan organisasi.



Keenam, kerja berkumpulan atau berpasukan. Organisasi mengamalkan kerja berpasukan.  Tiada istilah 'saya' dalam organisasi.  Semuanya adalah 'kami'.  Setiap calon perlu saling bantu membantu (dalam hal yang baik) terutamanya jika datang dari pusat pengajian yang sama.



'Last, but not least', tinggalkan sesuatu yang baik untuk diingati oleh sesuatu organisasi.  Mungkin ada prosedur atau modul atau apa sahaja yang boleh digunapakai selepas calon selesai menjalani LI hasil sumbangan pelajar LI berkenaan.  Kata pepatah, "budi yang baik dikenang jua". Sumbangkan sesuatu yang baik dan berkekalan kepada organisasi.



Perlu difahami tujuan LI adalah untuk mempraktiskan apa yang dipelajari di dewan kuliah di samping mendapatkan pengalaman dan ilmu baru dari organisasi berkenaan.  Jadikan objektif utama menjalani LI untuk menimba ilmu kerana semasa menjadi pelajar, banyak perkara yang sesebuah organisasi boleh kongsi termasuklah 'rahsia-rahsia' organisasi.

Ada tips tambahan daripada aku:

 * kalau dpt bos/ketua yg skema, garang dan tegas kekuatan mental yg tinggi amat diperlukan utk kita menhadapinya.. kalau boss/ketua marah jangan lawan, atau nangis, kita kena pandai tukar emosi boss yang marah tu kpd emosi yg tenang, maksud aku kita bagi kata2 yg lawak ka, revearse psikologi ka..manipulasi ka (cara manipulasi boss boleh tanya uncle google). Tapi kalau dapat boss yg tenang dan sporting pon jangan suka hati kita ja nak buat apa dan tak buat pape sebab walaupun dia ada watak begitu tapi dia memerhatikan kita, elakkan dok saja2 xbuat kerja, xda kerja cuba tanya boss kerja yg bole kita buat atau tanya org2 lain yg memerlukan pertolongan. 

* Pergi tempat mana2 pon anda akan berhadapan dengan macam2 jenis perangai rakan sekerja. Ada talam 4 muka, kawan makan kawan, kawan hipokrit, kawan buat ketupat belakang kita, kawan yang terlalu baik, kawan sporting (tp ingat manusia ni dia akan utamakan diri dia dahulu sebelum orang lain). Jadi kita perlu banyak sabar la dalam menghadapinya.

Teringat dengan taklimat dari penyelaras practical pagi tadi.. Dia bagi taklimat pasal bagaimana kita nak berhadapan dengan dunia kerja, dalam dunia kerja kita dah tak boleh tunjuk perangai kebudak2an kita lagi, kita kena betul2 jadi macam orang yang dah bekerja.. kalau tak boleh jugak sekali sekala kita boleh jadi pelakon..pelakon yg sebenarnya2 pelakon.. jiwailah watak kita sepertimana yg diarahkan oleh pengarah.  Takpon pakailah topeng yang bersesuaian dengan situasi.. Tadi sorang2 telah dipsiko oleh pensyarah.. pensyarah membaca personaliti pelajar.. katanya bukan salah kita, dah memang personaliti kita macam tu..nak buat macam mana.. contohnya, kalau orang yang mudah gelabah, bila buat kerja dlm gelabah hasil kerja yg terhasil kurang sempurna.. bab kata orang " Gelabah akan menjadi rebah" begitu la lebih kurang.. Kalau aku, aku mudah risau selagi masalah aku tidak dapat diselesaikan dlm jangka waktu yg aku tetapkan sendiri.. 


Akhir kata, selamat berpraktikal semua..






Jun 27, 2013

Praktikal?

Tut tut...Tut tut.. bunyi telefon, aku yang dalam keadaan  mamai bru bangun tido meraba-raba di bawah bantal mencari telefon dan menekan butang answer sebaik sahaja telefon brd di genggaman.

Aku: Hello..

Mak: Zura, kata nak balik hari ni, bila nak balik ni?

Aku: Mak orang tak jadi balik, tempat practical belum settle lagi.

Mak: Practical? apa tu..

Sudah banyak kali aku explain kt mak aku, tapi mak aku tidak mengerti, bila aku sebut practical kerja, dan bila dia dengar perkataan kerja ja perkara pertama dia akan tanya ialah gaji... mak aku hanya bersekolah sampai darjah 3, dia susah sikit nak faham pasal akademik. Selama ni, aku bagitau pasal result exam CGPA aku pun dia hanya mengangagguk-angguk tanpa mengerti apa apa kebendakah itu CGPA.. Abah aku juga, dia bersekolah hanya sampai darjah 6 tapi dia tahu menulis dan membaca.. dialah yg mengurus semua anaknya berkenaan dengan pendidikan.. Tapi, abah aku apa-apa hal yang aku bagitahu, dia hanya diam dan hanya bagi apa sahaja yang aku minta tanpa banyak soal dan apa sahaja yang aku nak buat dia izinkan sebab dia percaya kat anak dia.. 

Jadi susah untuk aku mengadu apa-apa hal yang berkenaan dengan pendidikan aku.. yang betul2 mengerti pasal study aku.. mungkin aku harus mencari personal caunselor..hehe

Jun 25, 2013

TATKALA KEBIMBANGAN (ANXIETY) MELANDA DIRI.


Saya sedang mengalami kebimbangan pada tahap yang tinggi ataupon dalam istilah psikologi anxiety. Siapa yang tak pernah mengalami kebimbangan.. kamu semua pon pernah kan.. Tapi kadang-kadang orang buat dek je dengan gangguan emosi ni kan.. Kebimbangan ni berlaku bila kita berhadapan dengan keadaan yang menekan ataupon bahaya. Aku? sedang berhadapan dengan situasi yang menekan..

Ini bukanlah pertama kali aku mengalami gangguan kebimbangan tapi inilah kali pertama mengalami gangguan kebimbangan yang terlampau..darurat sangat... Sebab masalah pelajaran ditambah pulak dengan  masalah family dan lain-lain masalah lagi.. Ia telah buat aku jadi kacau..kacau..dan kacau.. aku tak dapat nak memberi fokus pada study.. Badan aku terasa penat, aku lihat tangan aku yang sedang pegang pen menggigil.. jiwaku susah untuk tenang..

apakah yang aku fikirkan..? aku fikirkan masalah dan penyelesaian.. sebab aku tak tahu adakah masalah aku ni dapat diselesaikan atau tidak itu yang buat aku jadi bimbang.. aku memikir-mikirkan hal itu sehingga badan penat dan stresss!! mataku sentiasa panas ditambah pulak negara yang sedang mengalami jerebu sekarang ni.. lagi la kena jaga2..

Kalau aku bagi nasihat kat orang lain jangan stress bole..tapi aku sendiri tak boleh nak handle stress aku.. tak boleh nak nasihatkan aku sendri.. pagi tadi terima mesej daripada adik, dia mengadu kat aku yang dia sangat stress kerja seorang kat butik pengantin tu.. sampaikan dia buat perkara yang tak betul nak hilangkan stress tu.. dia putarkan lagu rancak dan menari seorang diri di tempat kerja..kadang-kadang dia bercakap sorang-sorang.. biasala pelanggan ramai bila tiba musim kahwin.. selain dari musimnya pelanggan tidaklah ramai.. itu yang membuatkan dia tertekan.. kerja pulak tidaklah terlalu banyak bila xde orang nak kawen.. katanya boss dia kedekut nak ambik pekerja ramai-ramai..bajetla katakan... dia yang jadi mangsa bila kerja banyak dan kerja kurang... Susahkan? ada kerja banyak stress, kerja sikit pon stress.. Jadi aku hentamlah adik aku habis2.. hentam tu maksudnya bagi cadangan la..haha.. last2 aku bagi ayat "Satu ja pesanan aku kau jaga elok-elok mental kau tu, kesihatan mental tu sangat penting tau, kalau kau tak boleh nak handle ia akan memberi kesan kepada hidup kau..".Haha...dia pulak kata aku gila sebab menakut2kan dia..adoi..betul apa aku kata.. Takpa.. nanti akak kau ni balik lagi aku hentam kau.. 

*Aku harap gangguan ini akan beransur pulih secepat mungkin..



Jun 16, 2013

SURAT UNTUK ABAH


///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Assalamualaikum Abah..

Maafkan kami kerana selama ini kami banyak buat salah kat abah..
Pertama, pernah salahkan abah di atas apa yang menimpa keluarga..
Kedua, pernah membenci abah kerana pergi tinggalkan kami dan mak..

Sejak abah pergi dari rumah.. semuanya berubah...
Adik-adik jarang pergi sekolah kerana hilang galakan daripada Abah..
Mak masih lagi seperti dahulu tetapi banyak berubah..
Kami salahkan Abah atas apa yang berlaku ke atas kami..

Tapi kami sedar kerana jasa abah jugalah kami dapat membesar..
Mungkin jodoh Mak dan Abah tidak panjang..
Kami sentiasa menari bersama alunan takdir yang Allah tetapkan..
kerana kami tahu tiada yang indah selain alunan muzik Allah..

Kami nak abah tahu walaupon kami marah abah, kami selalu rindu dengan abah...
kami rindu dengan masakan abah..
sup ayam,, gulai ikan patin, pucuk paku masak tempoyak tu semua..
kami belum pernah jumpa masakan sesedap masakan abah..
Mak dan adik tanya Abah masak macam mana? kami masak tak jadi pon macam abah...
kami nak abah tahu, Abah banyak tolong kami bukan..? kami selalu sedar..

walaupon wajah kami yang abah lihat tidak seperti apa yang diucapkan ini..
Tetapi ketahuilah bahawa wajah itu hanyalah topeng.. Kami terpaksa memakai topeng demi menjaga hati orang yang kami sayang..

Akhir sekali, Terima kasih banyak-banyak atas segala jasa Abah kepada kami...
Kami doakan abah sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa sahaja yang abah impikan..
Selamat hari bapa.. Abah...

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////



Jun 15, 2013

KISAH DI EXAM HALL.



Semalam paper exam delay.. haha tak pernah pon ada paper exam delay sebelum ni..
Sebelum ni bus delayed, train delayed and flight delayed yang pernah aku kena.. apakah perasaan anda sepanjang tempoh delayed?haha…xleh nak kata bosan gila aku menunggu, kalau tahu awal2 takpa la, ni bila dah ada situ la  baru nak delay2..

Sebenarnya semalam tu tersilap paper, tu yang delay tu…lebih kurang 30 lebih pelajar yang ambik paper tu terpaksa tunggu sampai paper tu datang.. selama sejam 15 minit kami tunggu..

Aku apa lagi masa tu la aku ambik peluang melihat manusia yang sedang menjawab exam.. bagaimanakah aksi-aksi yang dipaparkan oleh student semasa menjawab exam..?

Macam-macam aksi dan riak wajah aku tengok.. Ada yang merenung ke lantai sambil mengerut-ngerut dahi, ada yang pandang ke dinding sambil mata ke kiri ke kanan… mungkin sedang memerah otak atau mengingat sesuatu..  Jangan sampai aku lihat otak meletup sudah…

Ada yang menjawab dengan tenang mungkin setenang tuan empunya badan… Ada yang menjawab dengan kelam kabut seperti ada sesuatu yang dirisaukan… Ada yang menjawab seolah-olah tidak bernafas sama sekali…mungkin dengan cara menahan nafas idea datang bergolek-golek… Ada yang menjawab sambil kakinya bergoyang-goyang..Ya Allah tak boleh dok diam ka… Ada yang menjawab sambil menjeling ke arah jam dinding.. mungkin menjaga masa…masa itu kan emas…

Memerhatikan student menjawab soalan buatku tersenyum…tersenyum sebab manusia tu berbeza… ada macam-macam jenis.. ada cara tersendiri dalam menjawab exam.. pembantu peperiksaan yang hensem tu nampak aku sedang tersengih memandang orang menjawab exam… lepas tu aku menundukkan pandanganku.. haha.. malu nanti dia kata aku sengih sorang-sorang atau tersengih padanya..

Memang boring gila kalau bab menunggu, dah la dalam exam hall tak boleh brcakap.. yela kalau aku berbual2 dengan kawan aku akan mengganggu ketenteraman awam la pulak.. aku ambil la masa delayed tu untuk aku ingat dan faham balik apa yang aku belajar… dan banyak tengok orang ja..

Lecturer selalu datang ke meja student suruh sabar dalam menunggu paper exam yang betui akan datang jua… lecturer kata 10 minit lagi tapi kami tunggu berpuluh-puluh minit… tapi nasib baik datang juga, kalau tak macam mana...hehe

Alhamdulillah..walaupon migraine Allah tolong aku untuk tidak fokus kepada migraine tu sebaliknya fokus kepada menjawab soalan exam.. aku buat dek je dgn migraine.. kejap datang kejap hilang, datang pulak tak diundang...



Jun 14, 2013

MIGRAINE DATANG LAGI!


Keyakinan diri untuk menjawab exam esok semakin lenyap dan pudar..

Migraine datang kembali menyelubungi hidup aku.. pagi tadi bila cahaya matahari memancar ke arahku terasa seperti kejutan elektrik dikepalaku… pagi tadi juga waktu makan..tekak terasa loya.. makanan tidak sempat untuk aku habiskan..sebab aku takut bila aku memaksa diri untuk makan dan terus makan..nanti termuntah depan kawa-kawan aku, menggegar la di meja tu sekejap..haha

Ia mungkin berpunca daripada tidurku yang tidak pernah teratur semenjak setiap kali bermulanya semester baru.. dan stress juga sentiasa menghampiriku biarpun aku tidak pernah sama sekali terdetik pon ingin bersama stress.. aku juga makan tak teratur, perutku ini terlalu cerewet dan sangat memilih apabila berdepan dengan makanan.. Disini amat susah untuk aku jumpa dengan makanan yang aku idamkan tidak seperti di kampung.. cakap apa sahaja mau makan, depan mata..toint2 timbul.. arhgg..


Kepala ni sekejap berdenyut, sekejap tidak.. amat susah untuk aku study.. tapi tidak mengapa mungkin ini ujian dari Tuhan.. Migraine ni akan hilang sebaik sahaja aku mula bergerak menyelesaikan masalah ini.. 

Jun 12, 2013

Duit, Money, Wang, Uang, Fulus dan sewaktu dengannya..

Siapa kata duit, money atau wang tu tak penting?

Memang duit bukan segala-galanya, tapi hakikatnya segala-galanya memerlukan duit bukan?
Mana ada benda free dalam dunia ni.. masuk toilet pon kena 50 sen.

Orang dok kata duit tak penting pon..bahagia tu lebih penting..
Tapi sebab ada duit la yang buat kita bahagia… kalau takda duit, kita tak boleh nak buat apa, tak leh nak survival..dan tak bahagia..  dan manusia sanggup buat macam-macam untuk dapatkan duit bukan? Ia bukan semata-mata untuk jadi kaya ja tapi untuk survival…sebab nak hidup.. hidup...dan hidup....

ada ka orang yang tak nak hidup? Ada tapi itu orang yang bermasalah..

Sebab duit jugalah aku hampir hampir………
Tapi nasib baik ada jalan penyelesaian....

Jun 7, 2013

Selamat Menari Semua.




Alhamdulillah penulisan skrip sudah siap dihantar.. buat skrip pon rasa macam buat latihan ilmiah..

Selagi aku tak siap skrip ni selagi tu la hati tak leh dok diam.. jari jemari ni tidak henti menulis dan berimaginasi + berfikir.. kadang-kadang aku nak tergelak dengan imaginasi aku ni.. boleh ke buat macam tu dan macam ni…hehe.. aku pon tak tau la dapat berapa la aku punya skrip, dah berusaha yg termampu selebihya berserah kepada Allah..

Cerita aku hampir sama dengan tema blog aku ni.. Takdir itu ibarat muzik..ada muzik rancak, ada muzik slow dan bermacam-macam lagi alunan muzik.. kita sebagai penari haruslah menari mengikut alunan Muzik-Nya.. Andai kita ditakdirkan hidup dalam kesusahan, kita harus menerimanya.. kalau kita tidak menerimanya maka cacatlah tarian kita… setiap penari tu mesti diuji dengan alunan muzik yang dia suka dan ada juga yang tidak suka.. sekiranya dia pandai menari mengikut alunan muzik, Muzik yang dia tidak suka itu akan menjadi suka.. aku tak tau sama ada pemeriksa faham ke tidak.. tapi aku pasti dia faham sebab pensyarah aku tu bukan calang-calang orang, dia penulis skrip yang terbaik… aku ni siapa la..hanya itu yang mampu buat..janji lulus sudah skrip aku..

Teringat dengan kawan aku dia tanya “ fara..macam mana nak menari bersama takdir, macam ni ke? (sambil goyang-goyang badan dia, tangan mengalun-alun).

Kami tergelak. Memang tajuk kelihatan lucu sekali dong (tiba-tiba bahasa Indonesia), tapi sekarang ni kita memang sedang menari bersama takdir kita.. Selamat menari semua.

-------------


Sebenarnya minggu ni study week and next week exam.. aku harus berperang lagi, berperang sampai titisan darah terakhir..hehe.. Harap Allah permudahkan.. 


Jun 4, 2013

Tatkala Kemurungan melanda diri.



Aku telah mengambil kursus luar fakulti iaitu penulisan skrip drama/tv dan diberi tugasan menulis skrip. Dalam fikiran aku sudah ada jalan ceritanya tapi agak susah juga ya untuk menulisnya. Ceritaku tentang seorang wanita yang mengidap kemurungan/depresi setelah kehilangan orang yang tersayang. Dia juga bergelut dengan takdir yang sudah tertulis sejak azali lagi. Oleh sebab cerita tu berkaitan dengan kemurungan, aku search kat google, cari sedikit maklumat berkenaan dengan kemurungan. Dalam mencari2 info pasal kemurungan, tetiba aku teringat peristiwa yg berlaku ke atas aku ketika berumur 14 tahun. Aku mengalami kemurungan tapi bukan pada tahap yg terlalu klinikal, aku tidak berapa ingat dengan betul tapi yang aku ingat entah kenapa tiba2 malam tu aku berasa tiada seorang pon di dunia ni yang sayang aku, peduli dengan aku, malam tu aku sedih dan menangis hanya kerana angapan yg tidak benar.

Keluargaku semua sudah nyenyak diulit mimpi yang indah tapi aku menangis bersama dengan fikiran yang kacau. Aku rasa hanya aku sorang ja yang tinggal dalam dunia ni. Adik aku tersedar bunyi tangisan aku, dia bertanya kenapa aku menangis tapi aku tidak jawab pertanyaan itu, aku terus menangis dan menangis. Lalu adik aku biarkan saja aku, biasala orang mengantuk mana peduli dah..

Aku menangis dan tertido.. malam tu aku mimpi buruk.. aku mimpi yang pelik, aku tak tahu sama ada kamu semua pernah atau tidak mengalami mimpi yg sebegini.

Pernah belajar tak dalam subjek sains pasal jirim/zarah2 pepejal-cecair-gas? Mesti belajar kan.. ingat lagi tak susunan zarah macam mana? Pepejal-padat dan rapat, cecair- ada la jugak ruangnya, dan gas- ruang yang banyak dan jauh-jauh.. 

Aku mimpi pasal zarah2 tu la.. aku pon tak tahu kenapa boleh mimpi mcm tu..
Mula2 zarah pepejal yang bulat/molekul tu.. molekul2 tu bergelut antara satu sama lain, maklumlah susunan rapat dan padat. Mereka bergelut sesama mereka, aku juga bergelut dengan mimpi aku tu. Kemudian, Molekul pepejal tadi dapat bebaskan diri mereka dan mewujudkan sedikit ruang antara mereka. Yang aku peliknya, molekul tu daripada atas semakin menuju ke bawah dan ia menunjukkan semakin rapat dengan aku.

Molekul2 tu semua jadi macam cecair yang ada sedikit ruang yang boleh mereka bernafas. Molekul ja yang boleh bernafas tetapi aku lemah, nafasku semakin berkurang. Daripada menjadi cecair, molekul2 tu semua bergelut lagi, bertumbuk antara satu sama lain, nak ruang yang lebih luas dan tak nak terikat dengan susunan mereka. Jadi, molekul2 tersebut berjaya melepaskan diri dan hidup bebas ke huyung hayang beterbangan. Tapi semakin molekul itu bebas, semakin ia menghampiri aku. Nafas aku pon semakin tersesat.

Molekul tersebut meluru ke arah aku.. ibarat tebuan yang bersurai dari sarangnya? Apa yang kamu semua buat? Mesti lari kan.. Rupa-rupanya molekul pepejal-cecair dan gas tu tak boleh berpisah dan berpecah, kalau berpisah dia akan menuju ke arah aku.. lepas tu, aku tersedar dari mimpi , molekul2 tu tak sempat nak sesatkan nafas aku dengan begitu lama..

Aku bangun dan dapati kepala aku pening, jadi sakitla aku waktu tu… pagi tu bila adik2 aku bangun nak g sekolah, dia sedar yang aku ni sakit kepala sebab aku mengerut-ngerut dahi dan pegang kepala, dia inform kak mak aku.. then mak aku belikan ubat.. dia tanya semalam ok ja, knp tiba2 pagi ni sakit.. aku hanya mengeleng2kan kepala tanpa bersuara.. 

Lepas makan ubat pagi tu, aku tak dapat tido sebab teringatkan mimpi yang pelik malam tadi dan mimpi yang ngeri juga bagi aku… ngeri sebab mimpi tu buat aku bergelut, tak boleh bernafas, lemah..

Lepas semua adik2 aku pergi sekolah, tinggallah aku seorang dirumah.. biasanya waktu pagi memang aku dok sorang2 kat rumah pada hari sekolah sebab abah aku p keja, mak aku p bantu makcik aku kat kedai.. aku dok sorang2 waktu pagi dan p sekolah waktu petang..dulu ada sekolah sesi petang utk pelajar tgkatan 1 & 2, sekarang dh xda... Oleh kerana  keadaan aku xmengizinkan aku utk ke sekolah.. itu jadi satu hal pulak.. aku menangis sebab aku tak dapat p sekolah, masa tu aku manusia paling rajin p sekolah...

Apa lagi aku menangis dan terus menangis..


Apa yang jadi kat aku lepas tu? Nanti aku sambung cerita…


Jun 3, 2013

Syukur Alhamdulillah.. Terima Kasih semua..

Alhamdulillah..syukur..sebaik sahaja latihan ilmiah dihantar baru la diri ni berasa sedikit lega.. 

Waktu aku menaip kata-kata penghargaan untuk dimasukkan dalam latihan ilmiah aku tu… Tiba-tiba dengan lajunya air mata aku mengalir jatuh kepipi.. Hanya Tuhan saja yang tahu apa makna disebalik air mata itu..

Ya Allah, terima kasih banyak2 kerana memberi kekuatan kepada hambamu, bila aku jatuh Engkau bangunkan aku semula.. 

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan billionan dan trilionan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses menyempurnakan latihan ilmiah aku. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian semua. Terutamanya  Dr Mohd Awang iaitu penyelia yang sempoi dan penyelia yang sentiasa "cool" yang banyak memberi tunjuk ajar kpd sy.. Mak, abah, kawan-kawan seperjuangan dan semua yang mengenali diriku.. haha.. macam nak ucap terima kasih ja pada semua.. Tapi alamaknya panjang la post ni kalau aku sebut semua..

Mencabar jugak untuk siapkan sebuah latihan ilmiah ni.. sebenarnya ia memerlukan kita berfikir dan terus berfikir untuk menulis.. dalam berfikir juga kadang2 ada yang menghasut sehingga otak pon tak boleh nak berfikir jernih.. tapi aku tahu aku ada Allah yang sentiasa disisi.. Jadi, teruskan berfikir, jangan dilayan hasutan2 yang boleh merosakkan fikiran anda.. 

Ini baru permulaan, mana tahu lepas ni aku mungkin bakal mengadap thesis lagi...hehe.. kalau aku ditakdirkan mengadap thesis lagi lepas ni, aku akan berjuang habis-habisan.. sampai ke titisan darah terakhir.. haha..

Apa2 sahaja keputusan lepas ni, aku hanya berserah pada Allah.. aku dah cuba yang termampu..



                                            --------------------

Next..perlu siapkan satu lagi tugasan..iaitu Penulisan Skrip Drama/Tv.. tugasan yang bergantung sepenuhnya kepada otak kita.. bagaimana kita hendak membuat sebuah cerita yang dapat menarik perhatian pembaca/penonton.. Cerita yang lain dari yang lain.. Cerita yang ada ideologi tersendiri lagi menarik, cerita yang diselitkan dengan aspek antropologi, sosiologi dan psikologi.. 

Agak mencabar jugak.. Dah la aku ni insan tidak pandai menulis.. Cerita tu dah ada dalam kepala ni tapi untuk menulis tu bukanlah sesuatu yang mudah... 

Kalau la boleh pinjam otak penulis-penulis skrip yang handal.. dah lama Skrip aku dipilih oleh pengarah  untuk membuat sebuah filem…dan mungkin filem pon dah ditayangkan di pawagam sekarang…haha..


Okay.. aku akhiri disini, sebelum post ni berjela2 panjangnya..