BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

May 1, 2013

Catatan tentang manusia.




Semakin hari, semakin penuh cacatan aku bersama manusia di sekelilingku..

Semakin hari, semakin aku mengenal apa itu insan yang bergelar manusia..

Semakin hari, semakin aku mengenal seni manusia yang warna warni..

Ada manusia hitam, putih, kuning, merah, hijau, biru, pink dan campur2..

Tapi yang hitam tidak semestinya hitam..

Yang putih tidak semestinya putih..

Disebalik keputihan dan kehitaman tersembunyi warna yang lain..

Kadang-kadang manusia tu buat aku jadi hitam..

Kadang-kadang manusia tu buat aku jadi putih..

Dari situ semakin ramai yang mewarnai aku, semakin aku kenal siapa aku..

Aku tidaklah terlalu putih dan juga tidaklah terlalu hitam..

Aku adalah manusia kelabu.. seringkali diri ini ingin menjadi manusia yang putih sahaja..

Tetapi ia tidak semudah itu.. kerana dihalang oleh dunia yang mencemburuiku..

Kenapakah kau cemburu padaku duhai dunia?

Tidakkkah kau tahu cemburu itu merupakan sifat yang tidak disukai olehNya..?

Aku harap aku dapat memulihkan sifat cemburu kau itu..

Supaya walaupun aku bukanlah manusia yang terlalu putih..

Tetapi aku mahu berjaya mengurangkan warna hitam daripada ada dalam diriku..

*Bukan mudah kita nak menghadapi ragam manusia di sekeliling kita bukan?

0 COMMENT. ( ^_^ ):