BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Apr 30, 2013

SEJENAK CERITA SI CILIK


Tengah mengemas baju untuk balik ke KL. Masuk budak kecik yang bernama Iman Hakim dan terus duduk sambil melihat aku mengemas. Kemudian..

“ Ibu nak g mana? Tanya iman.

“ Ibu nak g belajar dik, nanti ibu balik pulak ye” jawabku.

“ Mana? Tanya iman lagi..

“ Key el dik, tempat ada lampu banyak2 yang adik g ari tu.” Jawabku.

“ Tel el? Jawab iman, agak pelat sedikit untuk menyebut KL.

“ Nak ikut..” kata iman dengan suaranya yang lantang dan agak comel..

“ Mana bole dik.. nanti adik g dengan ma la.. ibu g sekejap ja nanti balik plk” jawabku..

Lepas tu mulut iman mencebit, nak nangis.. iman terus keluar dari bilik, itu tandanya dia merajuk, bila aku keluar, aku tengok dia ambil bantal pastu tido depan Tv.. aku panggil2 nama iman tapi tak menyahut..dia hanya perpaling muka.. Dia jadi dingin dengan aku..Budak iman ni kalau merajuk memang macam tu.. merajuk sampai tertido depan TV.. Lepas tu mesti dia bangun tengok aku dah xda..  Aku selalu ingat dia, dia macam anak aku tapi dia bukan anak aku..

Dari kecik lagi iman dah terbiasa panggil aku ibu..sampai sekarang..
Bila berjalan dengan iman, orang ingat dia anak aku, sebab iman panggil aku ibu dengan suara lantangnya..hehe

ini la  si  Iman Hakim.

0 COMMENT. ( ^_^ ):