Apr 12, 2013

LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION



Assalamulaiakum pembaca tersayang...

Hambe rasa sudah lama pulak hambe tak menceloteh, memekik-mekik di blog hamba...
Bila tak update blog, Hambe rasa kesian pulak dengan blog aku ni.. Waktu macam ni baru ada masa sikit untuk update my blog..

Ok, hambe baru sahaja lepas menghadiri seminar pra-pekerjaan di Universiti hambe yang tersayang.. tahun depan hamba bakal menamatkan study hamba di universiti ini.. hambe berasa sayang la pulak untuk meninggalkan Universiti hambe, banyak kenangan2 pahit dan manis hambe tak dapat lupakan...

Ok, berbalik kepada seminar pra-kerja tu, Selepas menghadirinya selama 4 hari hamba dapati sangat sukar dan bukan mudah untuk mendapat pekerjaan yang kita impikan..walaupun pendidikan tinggi sekalipon..kerana banyak persaingan di sekeliling kita.. Kita ni ibarat produk.. kalau berkualiti, jenama baik dan tahan lama ramai customer akan cari produk tu..dan sebaliknya... jadi pandai2 la kita mencorakkan produk tersebut supaya ada tarikan daripada para customer...

Dalam seminar tu jugak dia ada sentuh pasal Law of Attraction (LOA) yang pernah aku postkan sebelum ni... Nak tau sape yang datang?? Zuhairi nopiah...hehe.. aku ingat dia pak ustaz..sekali dia kata " Tolong jangan panggil sy ustaz ya.."....haha.. 

aku ingat LOA ni xda dalam serikata BM, dan xda orang melayu yg buat.. rupanya ada jugak.. tajuk bukunya sedikit berlaianan sedikit sahaja iaitu Law of Universal Atraction (LUA)... tapi ia dari perspektif yang lebih luas.. kalau dalam LOA hanya tekankan dari perspektif manusia dan sekelilingnya.. apa yang kita perlu buat untuk capai impian kita.. manakala dalam LUA pula konsep dia sama tapi lebih banyak tekankan hubungan kita dengan Tuhan.. apa lagi, aku belilah bukunya sebab berkenan.. yg srikata BI pon aku  berkenan lgkan pula yg BM.. tapi belum baca habis lagi..
dan dari situ aku tersedar bahawa aku sudah lama tidak mengamalkan LOA dan mengaplikasikan dalam hidup aku berikutan peristiwa yang berlaku ke atas diriku..

Apa yang hambe nak bagitau disini bagus juga kita aplikasikan konsep LUA ni dalam hidup kita tapi ingat kita yang menarik apa yang kita fikirkan, kalau anda fikir negatif maka perkara negatif yang menimpa anda dan juga sebaliknya.. jadi, seeloknya, pilihlah untuk berfikiran positif sahaja.. dan jangan lupa belilah buku Law of Universal Atraction... hehe promote sikit..


No comments:

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...