BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Apr 19, 2013

AKU BERJALAN.. BERJALAN TANPA HENTI.

(gambar curi dari google)


Ku berjalan..
Berjalan dan terjalan tanpa henti..
Sambil menghitung detik sampainya aku ke destinasi yang ingin dituju..
Kenapakahku berjalan?
Pemandu bus secara tiba-tibanya tidak menyinggah ke destinasi yang kutujui..
Bila masakah dia bertukar jadual destinasinya..
Lalu diberhentikan aku di suatu tempat yang tidak dikenali...
Tetapi aku mengetahui bahawa tempat tersebut tidak jauh daripada destinasiku..
Cuma yang tidakku ketahui arah tuju untuk ke destinasi tersebut..

Ku berjalan dan berjalan tanpa henti..
Sepanjang perjalananku..
Kelihatan ragam-ragam manusia yang sedang mencuci mataku..
Dan mencuci telingaku..
Ada sekumpulan motosikal yang lalu lalang di didepanku..
Bersama bunyi ekzosnya yang boleh menggegarkan gegendang telingaku..

Ada sekumpulan remaja yang melepak tanpa objektif..
Lalu menegurku dengan tidak beradab.. dengan suara bunyian sejenis haiwan..

Ada juga yang sedang bergembira, ketawa riang…
Ada juga yang bergaduh dengan suara maki-makian…
ada yang sedang makan, ada yang sedang menonton..
itu semua seni manusia.. 

Ku teruskan berjalan tanpa henti..
Dalam perjalananku, 
terdapat banyak liku-liku yang menghalang perjalananku..
Dalam suasana malam… malam yang suram..
Kakiku tersandung dengan sebatang kayu yang terbiar..
Lalu rebahku seketika kemudian bangunku sendiri..

Aku berjalan lagi tanpa berhenti..
Dalam perjalananku, aku terkhilaf…
 aku terkeluh dengan apa yang terjadi padaku..
aku mempersoalkan kenapa bus yang kunaiki tidak pergi ke destinasi yang aku inginkan..
kerana aku terpaksa berjalan bersama segala liku-liku..

Namun, fikiran ini menarik peristiwa yang mengajarku 
bahawa keluhan itu tidak membawa apa-apa makna..walaupun sekadarsekecil kuman..
Peristiwa seorang nenek yang tidak mampu lagi berjalan.. 
tetapi tetap ingin berjalan ingin pergi ke rumah Allah.. 
kemudian didatangi seorang pemudi menawarkan diri untuk membantu nenek tersebut..
namun dihalang oleh nenek tersebut kerana ingin berjalan sendiri..

Terdetik persoalan kenapa kita yang sihat sejahtera ini perlu mengeluh
 sedangkan orang yang kurang sihat tidak mengeluh apa-apa..??
Peristiwa itu mengajarku supaya jangan pernah megeluh dengan apa yang Tuhan takdirkan kepada kita..

Berjalanku.. dan terus berjalan tanpa henti..
Kutemui dua cabang yang bakal menentukan 
sama ada aku sampai ke destinasi ataupun aku terus tersesat..

Berhentiku seketika, memberi laluan untuk otak menentukan arah tuju yang betul..
Kekeliruan pasti wujud, namun aku perlu memutuskan sama ada kiri atau kanan pilihanku..
Gerak hatiku mengatakan bahawa lorong kanan adalah lorong destinasiku..

Aku berjalan..berjalan tanpa henti lagi..
Kelihatan bayangan bangunan rumah yang aku ingin tujui..
Ternyata gerak hatiku mengatakan yang betul…
Aku sampai ke destinasiku dengan rasa yang teramat bersyukur..
Perjalanan selama 15 minit memberi seribu makna ..



0 COMMENT. ( ^_^ ):