BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Mar 2, 2013

MENJADI PENYEJUK MATA.



Apa maksud penyejuk mata tu?

Ok, Cuba kamu amati orang di sekeliling kamu, ada tak bila kamu jumpa dia kamu rasa hati kamu tenang ja, sejuk ja bila pandang dia, bila jumpa dia, bila bersama dia…dan kamu ada rasa happy bila bersama dia.. ibaratnya dia tu tak pernah mengeluarkan kata2 yang kesat, kasar dan yang menguris hati kita.. bila kita buat salah dia, tegur kita dgn cara yang baik, biarpun kita sebaliknya…kalau dia salah, dia cepat2 akan minta maaf..  ada x?? ada x?? lebih kurang macam tu la maksudnya.. nak mendalami maksudnya lagi cuba dengar lagu isteri solehah dari saff one ni... gerenti faham..




Siapa yang taknak jadi penyejuk mata kan? Jadi penyejuk mata kepada kawan2, penyejuk mata kepada family, penyejuk mata kepada sang suami dan semua makhluk di muka bumi ini..

Bila dengar ceramah ustazah Fatimah Sharha di Youtude, ia jadi inspirasi kepada aku untuk berusaha menjadi penyejuk mata…aku nak bila orang pandang aku, orang tenang ja.. tapi siapalah aku kan, aku manusia biasa kadang2 aku tak tahu apa yang aku buat tu silap, kalu aku ada buat silap harap tegur2la dan nasihatilah diri ini…hehe.. dan aku tahu tidak semua orang suka akan kita kan.. kalau semua suka akan kita…Alhamdulillah…

Sungguh, untuk menjadi penyejuk mata tu bukan tugas yang senang…. Ia xberhasil kalau kita hanya berhias cantik, berbaju cantik di hadapan orang… Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri aku ni untuk mencapai gelaran itu…

Menjadi penyejuk mata??

Percakapan - Kata Ustazah Fatimah syarha, kalau kita nak buat orang tenang ja bila bersama kita, kita mestilah mengeluarkan atau mengucapkan kata2 yang menyenangkan bukan menyakitkan. Cuba kita renung balik waktu kita bercakap dengan orang di sekeliling kita, adakah kata2 kita waktu bercakap  tu kata2 yang baik, bagus??? Semua dah pandai bezakan kata2 yang baik dan buruk kan?? Xdinafikan aku pon pernah mengeluarkan kata2 yg tidak baik sebab waktu tu aku dalam keadaan tidak terkawal dan dalam keadaan terpaksa utk membela diri..

Perbuatan/sikap- Jauhi daripada mulut celupar- terutamanya orang perempuan, ada juga yang jadi tabiatnya, hobinya dan hanya sekadar suka2… mmg xdapat lari dari bermulut celupar.. bila kawan bertemu kawan, ada sahaja cerita utk mengaibkan orang, dan ada juga tokok tambahnya… ok, cuba kita lihat perangai dan sikap kita pulak..??? kalau yang tidak baik ubahlah ia menjadi baik… mula dari sekarang..  jom sama2 kita stop it…

Persiapan antara roh kita dgn Allah - Bila sebut nama Allah…tetiba air mata ni ingin mengalir..subahanallah… bagaimana hubungan kita dengan Allah??? Jom, sama2 kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah… buat apa yang llah suka dan tinggalkan apa yg Allah tidak suka..

Persiapan akal- untuk jadi penyejuk mata kita mesti mencari dan menimba ilmu dengan lebih luas… kita harus tahu apa hak kita sebagai isteri, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai kawan dan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.. akal kita mestilah tenang dalam menghadapi segala ujian yang Allah berikan pada kita.. dan selalu bersangka baik pada takdir dengan cara menari bersama takdir..

Persiapan jasad- ini juga tidak ketinggalan, sebab manusia sukakan keindahan jadi kita mempersiapkan diri kita supaya kelihatan indah indah di mata orang sekeliling, tapi tidak secara berlebih-lebihan… teringat kata2 dari kak wardina- Kita tak perlu kecantikan fizikal untuk menjadi penyejuk mata. Namun,ini tak bermakna kita tak perlu menjaga fizikal kita. Islam sangat menitikberatkan soal kebersihan sehingga dikatakan kebersihan itu separuh dari iman.

apa yg penting??? yang penting, kita kena seimbangkan semuanya…
Ok, itu sahaja yang aku ingin kongsikan... selamat mencuba wahai pembaca..


jadilah macam bunga ni..sejuk ja mata memandang..



0 COMMENT. ( ^_^ ):