BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Mar 16, 2013

KURSUS PRA-PERKAHWINAN.




Assalamualaikum…pembaca tersayang…

Selepas dah penat membaca bahan-bahan berkaitan tajuk tutorial yang akan dibentang pada minggu depan ni.. rasa nak berehat sekejap, dan rasa ingin bercerita dan kongsi pengalaman…

Tajuk ari ni.. kursus kahwin..
Siapa yang dah pergi kursus kahwin?? Angkat tangan…hehe..
Aku dah pergi kursus pra-perkahwinan.. tapi itu tidak bermakna aku akan kahwin pada masa terdekat.. calon pon takda, camne nak kawin… tapi yang aku hairannya, kawan2 dan family dok hapy sangat apasal.. aku lambat lagi kot… macam macam respon dapat…

SITUASI 1. BERCAKAP DGN ADIK DALAM TELEFON.

“ Wei, minggu depan aku nak g kursus kahwin, dia buat kat U aku” kata aku.

“ Mu nak kawen dah ka?? Bila??” adik aku.

“ Mu ingat orang g kursus kawen ni, nak kawen dalam masa terdekat ni ka? Aku saja la ambil, nak dapat ilmu, nanti nak kawen tak payah aku g kursus kawen dah “ kata aku.

“ Aku ingat mu nak kawen dah…” Adik aku.

SITUASI 2. BERBUAL DGN KAWAN.

“ Ari sabtu ni kita jumpa, amacam??” kata kawan aku.

“ tak boleh la wei, aku nak p kursus pra-kawin” jawab aku.

“ hah?? Kau nak kawin dah ka?? Bila wei?? Takda rebut tak da apa, tut tut dah nak p kursus kawen, apa cite..??” tanya kawan aku..

“ kau gila ka, aku takda calon lagi, aku nak kawen dengan sape?? Dengan kau?? Aku saja nak ambil awal2.. time ada kesempatan.. nanti nak kawin mana tau kita sibuk ka, apa ka..susah nak manage masa… kau tau x??” jawab aku.

“ macam2 la kau ni.” kata kawan aku.

Dan.. banyak lagi la aku dapat respon… kan dalam satu hari kita jumpa dan berinteraksi dengan ramai orang, sure la macam2 respon.. Hah.. lagi satu cerita pasal kawin jugak… lepas pertunangan abang aku  dan kakak ipar aku.. tetiba mak aku  tanya..

“ Zura, nanti kawin nak buat tema warna apa?” kata mak.

“ nak warna gold campur purple, comel tak mak ?? jawab aku.

“ nak cari orang mana” tanya mak aku lagi.

“Loading……” aku.

mak aku tanya, aku terus jawab la..pastu baru perasan… mak ni abang baru ja bertunang..dah tanya aku macam2.. family aku ni polik sikit, kalau bab kawin dia tak ikut status seseorang.. macam yang bekerja tak hairan kawin dulu daripada yang tengah belajar.. tapi familyku dia ikut urutan kelahiran..ikut turn… contohnya, lepas anak pertama, lepas tu anak kedua yang jadi perhatian lepas tu dalam bab kawin.. ok, lepas ni semua atas2 aku dah kawin… then, lepas tu turn aku pulak.. sebab tu la mak aku dah tanya macam2..

ok, cerita aku ni dah lari daripada tajuk… berbalik kepada tajuk.. apakah pengalaman?? Patut cerita ke er??haha..

apa yang nak aku katakan, sepanjang dua hari berlangsungnya majlis tu.. aku lebih banyak tido daripada fokus apa yang dibicarakan oleh ustaz2… serius, aku tak tau kenapa aku mengantuk sangat… mungkin boring dengan suasana ceramah seperti itu atau mungkin tak cukup tido, tp sebelum ni tak pernah aku tido dalam kelas… tapi aku dengar apa yang ustaz sampaikan.. mata tido telinga dengar Cuma tak dapat nak fokus…

bukan aku saja.. kawan aku pon turut mengalami perkara yg sama macam aku.. haha..
Tapi aku faham apa yang disampaikan oleh ustaz2.. nak mendirikan masjid ni, bukannya sesuatu yg  senang.. banyak lagi yang perlu aku dipelajari, diperbaiki… dan kena banyak cari ilmu.. Insya-Allah..

Selamat berkahwin semua..^^



0 COMMENT. ( ^_^ ):