BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Mar 25, 2013

JOM KAHWIN!!


Assalamulalaikum..pembaca tersayang..

Now, tanggal 23,3,2013 dengan sekali lafaz.. abang aku dan kakak ipar dah sah bergelar suami isteri..hehe..bukan majlis kawen aku ye..aku lambat lagi kot...haha
aku rasa sedih pulak bila abang aku dah kawen…haha.. sepatutnya kita gembira bila orang kawen tapi aku ni sedih pulak.. xbetul la aku ni..

Just nak share gambar orang kawen.. Aku taknak menaip lebih2, biarlah gambar dibawah berbicara..nanti bila aku menaip kan panjang berjela2 la pulak..
tapi...gambar2 tak sempat nak edit..

cincin dah mas kahwin..


ni time akad nikah.. aku tengok abang aku nervous sangat.. dah bpe kali dia telan air liur..
tp nasib baik sekali lafaz ja..





puteri nuri..anak buahku..

aku adalah insan penyayang..hehe


perarakan..

macam sdih ja diorang ni..

ni abah aku..

ni mak aku..
ni abang aku anak ke-2.. lepas dia kawen terus berisi macam ni..
 akak aku-nak ke-4.. dia pon lepas kawen makin gempal..


ni abang sulung..yg ni lepas kawen xgemuk2...



aku tak tau masa ni pengantin tengah buat apa.. macam menari pon ada, nak bersilat pon ada..




ni aku dan kawan aku from japan..
semua my family terkezut..aku bawa kawan dr jepun...

comel kan bila orang jepun pakai selendang...
ok, itu sahaja, sebenarnya melambak gambar but takkan nak upload semua...
yang kawen ni abangku yg ke-3..aku anak ke-5..jd semua dah kawen atas2 aku... lepas ni aku la kot...hehe..dalam mood bergurau ye.. lepas ni habiskan yang bawah2 aku dulu..hehe


0 COMMENT. ( ^_^ ):